Sunday, March 29, 2009

Kisah Seminggu

huhu. Baru tahu P1Wimax ada coverage dekat puchong. So, masa cuti tuh baba beli sebab senang nanti mama nak guna. Rumah saya dapat wifi tapi ikut timenye lah. Kadang laju, kadang tak dapat terus. Dulu baba guna celcom broadband. Tapi modem dia yang lama punya, bukan cucuk macam usb tuh.Beso gedabak. Tak muat dalam comp pattern baru. Laptop baba atas ni muatlah. Sekarang wimax tengah buat promotion besar-besaran & sambutannya pun agak menggalakkan. Dengar org ceritalah. Tapi memang best guna wimax ni. Laju wei. Maybe belum ramai guna lagi kot. Macam Stre**** dulu.huhu. EP, silalah mencontohi kelajuan wimax ok. Tidak perlu melampaui batas kuasa kuda (versi sarcastic).


Serba sedikit kisah seminggu saya . . .


Cuti seminggu kali ni saya tidak ke mana sangat. Banyak masa dihabiskan dirumah sebab cuti sekolah sudah habis. Cuti MMU memang tidak sama dengan cuti sekolah atau mana-mana IPTA. Tapi ada bagusnya saya rasa. At least, kalau hang out mane-mane takdelah ramai sangat orang.hihi. Hari sabtu lepas isha ajak lepak-lepak di Syed Bistro yang berdekatan dengan rumah saya. Isha ajak Athira sekali tapi dia belum balik dari Melaka. Cadangnya lepas lepak kat Syed nak pergi UM jumpa Farhana. Tapi macam tak bestlah pulak kalau tak cukup kuota. Before Asar saya dah balik ke rumah sebab Isha nak amik mak dia kat Shah Alam.


Malamnya, saya & family ke Kg.Baru sebab mama nak treat for dinner. So, malam tuh makan western di Stable Steak House. Oklah jugak makan kat situ. Service pun bagus and tempat pun agak selesa. Semuanya berunsurkan kuda. Maybe tauke kedai tuh ahli equestrian kot =p

Esoknya (ahad), Isha ajak saya ke KLCC sebab ada UK Fair dekat convention centre dia. Dia nak cari maklumat sikit before fly bulan 9 ni. So, Isha suruh saya ajak Athira sekali. Nasib baik budak ni dah ada kat rumah dia. Boleh pulak terlepas bus semalam. apelah dinosaurus ni..! Pukul 12.30 isha fetched saya & tira kat rumah dan kteorang terus ke Bukit Jalil. So, dari situ naik LRT ke KLCC. Sampai je kat sana, baru tahu bukan minggu tu dorang buat UK Fair but start 26hb. Cisdale betul. Isha silap info rupenya.huhu. Alang2 dah sampai sana, kteorang pun jalan-jalan & lunch dekat food court. Boleh pulak terjumpa beberapa student MMU kat sane. Haish. Tengah lunch tuh Osama Saddiq lalu sebelah kteorang. Dia tegur sikit-sikt, maybe segan kut sebab datang dengan family. Pape je budak ni.huhu.

KLCC bukanlah tempat yang menarik sangat bagi saya untuk hang out sebab barang kat situ agak mahal & ramai teenages yang kena hack jiwanya melepak disitu. So, kteorang decide pergi Sogo. Malangnya silap jalan pulak. Patutnya kami naik LRT ke Bandaraya. Tapi tersilap pergi ke Plaza Rakyat.hish. Malu2 ;P Dari Plaza Rakyat tuh, kami terus ke Bukit Jalil & balik ke rumah. Masing-masing dah kepenatan.

Malamnya, tira sms ajak pergi IOI Mall esoknya/Selasa sebab nak jalan-jalan kat new wing dia yang baru bukak. Jadinya, kteorang berdua pergi hari Selasa sebab penat Ahad tu belum hilang lagi.kununnya.hihi. Dalam pukul 11 pagi kami sudah keluar rumah but before that pergi sekolah kteorang dulu. Saya nak amik sijil SPM.huhu. Baru nak amik. Lepas settle hal tu, barulah kami ke IOI Mall. Oklah jugak new wing tuh tapi belum bukak sepenuhnya lagi. Next time pergi, semua dah complete kot. Harap2lah.

Hari Rabu pun keluar dgn Tira jugak. Kali ni bukan pergi bersuka-ria ok. Kami ada urusan dengan PTPTN di Damansara Heights. Keluar pukul 10.30pg dan balik semula 12.30tgh. Sekejap je, bukan lama mana pun urusan dia. Peramah betul orang-orang kat kaunter dia. Berbeza dengan wakil PTPTN yang selalu datang kat MMU. Macam ada masalah kulit muka yang tak boleh strecth je.

~ bunga yg mama suh saya snap masa cuti ~
Hari Sabtu adik ke Uniten sebab sekolah dia buat sukan disana. So, saya tak kemana-mana & just temankan mama pergi kenduri di rumah jiran. Petangnya, baba dah hantar balik ke Melaka sebab ahad Baba nak penang. mama & adik ikut sekali. Hish, jeles tol :( Itu jelah aktiviti luar saya cuti ni. Masa lebih banyak dihabiskan di rumah, lepak-lepak dengan Mama & main kucen. Assignment sudah menanti untuk disiapkan and midterm test pun sudah berdekatan dengan penjuru.huhu. Takut2. Banyak benda kena siapkan. Bye2 never say goodbye!

Selamat kembali ke MMU :)
p/s: 1 more episode to go!

Wednesday, March 18, 2009

adik oh adik

(^-^)
oh.
patutlah suruh akak on9 semalam ye
beria-ia call masa orang tengah tidur pulak tu
hish
penuh sukacita rupenya

[wengweng]
whatever it is, tahniahlah cik adik.
jangan lupe belanje akak isekrem
huhu
credit & terima kasih banyak buat Pak Latip
atas kesudian menyiarkan emel adik
sila lihat disini
moga adik terus sukses
di'sini' & di'sana'
(",)
~ adik gemuk.akak langsing~
p/s: silalah percaya :D

Tuesday, March 17, 2009

The Boy In The Striped Pajamas

Sabtu lepas, aimi ajak saya untuk menonton movie Slum Millionaire (tajuk sebenar = Slumdog Millionaire). Agak lama jugaklah Aimi ajak saya tengok cerita ni sama-sama, tapi masing-masing busy dengan tugas. So, weekend tu kita orang tengok dalam pukul 12 lebih dan habis dekat pukul 3. Sebelum tu, aimi ajak pergi tapau nasi dekat KS dulu. Malas nak lunch dekat sana sebab makan sambil tengok movie baru syok.huhu.

Best cerita ni walaupun saya kurang minat dengan cerita yang berunsurkan Hindustan. Slum Millionaire ni mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki yang terpaksa melalui pelbagai rintangan sejak dari kecil sehinggalah meningkat ke alam dewasa. Suatu hari, Jamal (pelakon utama) menyertai pertandingan Who Wants To Be A Millionaire dan berjaya mendapat 10 Million Rupees di mana peserta daripada bidang profesional pun gagal untuk sampai ke tahap itu.

Nak tahu bagaimana Jamal berjaya menjawab kesemua soalan tersebut dan apa kesudahannya? Luangkan masa anda untuk menonton filem ini. Jangan malu-malu.ahaha.

---------------
Selepas habis cerita Slum Millionaire tu dan hantar amy sampai ke pintu (hehe.dia duk bwh rumah saya je), saya sambung tengok cerita lain pulak. Kali ni english movie yang bertajuk The Boy In The Striped Pajamas. Movie ni Akil bagi dekat saya suruh saya tengok & komen. Saya tak tahu whether cerita ni released dekat M'sia atau tidak. Tapi saya tahu cerita ni berasal dari sebuah novel karya John Boyne.

Movie ni mengisahkan keperitan yang dilalui oleh Jews ketika zaman kekejaman Hitler dan bagi saya ianya merupakan antara propaganda Yahudi untuk menarik simpati masyarakat dunia dengan memberi gambaran semua agama melakukan kekejaman terhadap agama mereka. Memang kalau kita menonton filem ni, secara tidak langsung kita sendiri akan menerbitkan kata-kata simpati apabila melihat kekejaman yang diterima oleh mereka.

Tapi bagi saya setiap cerita atau perkara yang berlaku ada hikmahnya dan ada moral of the story walaupun seteruk mana sesuatu perkara itu berlaku. Antara moral value yang dapat saya observed dari filem ni, walau apa jua agama yang kita anuti, kita mesti respect dan treat setiap manusia tanpa membeza-bezakan mereka. Itu yang diajarkan Islam dalam konsep Tauhid (Unity) dan Islam tidak pernah mendidik penganutnya untuk melakukan kekejaman terhadap agama lain. Humanity tuh penting untuk membina sebuah peradaban yang harmoni. That's it.

So, dari cerita ni kita boleh lihat bagaimana pro-Hitler menindas Jews sehiggakan mereka dibunuh hidup-hidup dan dibakar dalam suatu bilik yang sempit serta tidak dibenarkan untuk hidup di atas muka bumi ini.Holocaust.

Itulah serba sedikit ulasan saya mengenai movies yang saya tonton sabtu lepas. Ada pro & conts nya. Malamnya saya ke kampus menghadiri Malam Persembahan Bumi Palestin di Main Hall MMU Melaka. Overall menarik dan dari situ kita boleh lihat ramai jugak yang concern terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Harap-harap perhatian yang kita berikan terhadap saudara seagama kita disana tidak hanya bermusim.

Wonderpet, wonderpet. Apa yang penting?
Doa & boikot.

(^-^)

That's all for today. See u soon (",)

Friday, March 13, 2009

url

Copy & paste boleh dianggap sebagai assignment ke? Kan lebih baik hantar URL je kat lecture. http:// blablabla~~.

Senangkan search dkt google/yahoo atau nak nampak lagi smart pergi wiki. Right click, copy & paste dan letak dkt words. Wo. Kaler biru2 untuk footnotes pun tak ubah. Ori.

Hish. Tak marah. Seronok ni.

FUFU~~

Thursday, March 12, 2009

Almost Paradise

Sukacita

ehehe. Dah lame tak update nih. Rase kekok pulak. Bukan ape, ade masalah connection sikit. Eh tak. Saya yang malas nak update sebab sibuk marathon Boys Before Flowers & layan prog realiti We Get Married. Best wei. Dulu layan jugak cerita Korea. Tapi lama dah berhenti. Mula-mula sekali layan Winter Sonata. Aqi, sile jgn mengeluarkan 'audible' yang tak patut2. Lepas tu cerita Love Story in Harvard. Ni pun best. Then, Full House, My Girl & Stairways to Heaven. Dan sekarang dengan gigihnya melayan Goo Jun Pyuo BBF. Serius best.

Tapi yang agak mengecewakan sekarang, dorang tak update lagi episode selepas 17. Hampeh. Tak sabar ni. Tak baik buat orang ternanti-nantikan.. Haish. Ha, lagi satu. Dengar cerita [da lame dengar pun] Full House 2 coming soon. Ye2 je. Silelah update secepat yang mungkin ye.

(^~^)

Perkembangan buku pulak:

Oh. Saya sudah habis baca novel Saasatul Ibaad. 2 minggu lepas. Buku pertama FT yang agak lambat untuk saya sentuh. Saya beli buku tu dah lama jugaklah. Tapi tak tahu kenapa tak tergerak hati untuk membaca. So, untuk datangkan mood saya letak buku tu sebelah bantal selagi saya tak sentuh. [petua mendatangkan mood membaca] Then, last 2 weeks barulah mood tuh datang. Buku tuh boleh dikategorikan berunsur sejarah Melayu yang dijadikan medium untuk mendidik pemimpin zaman sekarang. Bagus jugak dijadikan hadiah 'besday' pak2 menteri ni. Anyway, maaf ye Hanif. Saya rasa malaslah pulak nak buat review novel ni sebab orang lain dan termasuk awak kot dah khatam 33 kali buku ni.heheh. Halal lah ye :p

Ni buku the latest yang saya tengah baca.

"i love my job. i love the satisfaction of spotting the loophole in a contract. i love the adrenaline rush of closing a deal. i love the thrill of negotiation and arguing and making the best point in the room."

is that ur passion?

Best2. Saya marathon dalam bus masa balik rumah & dari rumah balik ke Melaka. Minggu nih habis lah kot.

'A mistake isn't a mistake. Unless it can't be put right'.

p/s: keep humming the sound of 'Almost Paradise'. Huhu :D

Sunday, March 1, 2009

hoOhoO

lama dah tak updatekan.busy sikit kebelakangan ni. Boleh dikatakan tiap-tiap malam saya MIA. Mission tu perlulah dirahsiakan demi kesejahteraan umat sejagat. Semalam saya dengan Aqi lepak-lepak kat SRC. Sekali lagi Mission utama kami dirahsiakan. Solid 4 jam kitaorang dekat sana. Pukul 1.30 pagi, kami dah surrender dan kemas-kemas barang untuk meneruskan mission yang ke-2. 2nd mission ni berlaku kat Petronas BBU.Oh, tidak perlu inform disini. Bahaya2.

Seterusnya, sampai di EP Aqi telah lupa jalan pulang ke tempat asalnya. So, kami pun decide untuk menjalankan 3rd mission.Oho. Yang ini lagi mencabar. Menentukan riwayat hidup sesuatu benda dan finally kami berjaya. Credit buat Aqi. Banyak jugak cabaran yang kami tempuh. Yang paling utama, saya & Aqi tidak dapat tidur semalaman.huh. Bukan salah saya. Si Aqi yang takut tidur satu katil dengan saya. Dia cakap fobia. No offence.

Mission yang ke-4, saya, Aqi & Amy dah berjanji untuk panjat gunung. ye, gunung. Saya cakap bukit tapi Aqi tetap dengan pendirian. GUNUNG! So, kami ber3 dengan semangat MMU Commonwealth [tak sampai Olimpik lg] melakukan warmup di MMU Main Field sebelum mendaki GUNUNG. Memula Amy cuak nak daki GUNUNG sebab hari mendung, tapi saya & Aqi cuba meniupkan semangat Amy untuk meneruskan misi yang ke 4 ini. Untuk pengetahuan pembaca, saya & Aqi tidak tidur langsung sebelum pergi hiking. Pukul 6 pagi, Aqi sudah sibuk suruh call Amy ajak pergi hiking. Saya cuba mewaraskan Aqi bahawasanya beruk2 di gunung itu akan bengkak kalenjar pituitarinya apabila melihat kami di sana pagi2 buta ini.Huh.

Lepas misi yang ke4 itu [tidak mencapai piawaian], kami breakfast di KS. Secara tidak dirancang misi ke-5 berlaku dengan sendirinya. Pagi-pagi buta, saya & Aqi sudah menjadi stalker Ust Najib. Dari jauh, kami sudah dapat merasakan aura Ust. Si Aqi apa lagi. Nampak Ust terus lambai2. Huh. Malu sekejap. Kawan sape la ni. Saya? oh.mestilah tegur. Result kuiz belum keluar lagi. Saya pun sapalah صباح الخير dan ustaz dengan sengihan seperti biasa menjawab صباح النور .

Misi stalker belum habis lagi. Bila Ust balik je, kami terus usha Ust makan apa. Teh tarik. Suku je Ust minum. Jadi saya pun suruh si Aqi minum 3/4 air ustaz yang tinggal. Bukan susah macam makan scorpian dalam Faktor Takut tu. Siap cakap lagi. Minum sisa orang berilmu takpe. Dapat berkat nanti. Mane tau dapat A+ Bahasa Arab.Heheh. [hish, jangan ikut.Gurauan dipagi buta]. Dah habis bersarapan, kami balik ke EP melengkapkan mission ke3 sebab tiba-tiba timbul prob. Haish. So, saya & Aqi angkut segala peralatan untuk turun ke bawah rumah dan cuba settlekan di situ. Fuh. Masih tak cure. Finally, si Aqi bawak sume peralatan masuk ke campus dan menyiapkan disana. Wengweng. MISSION ACCOMPLISHED!

Aqi, thanks tau!