Hidup ini berfasa-fasa dan cukuplah saya ringkaskan tahun 2009 kepada 3.
3, 1 dan 2
Trimester 3 merupakan antara sesi pembelajaran yang indah dan selesa.
Merapatkan saya dengan orang-orang yang saya hanya ber'hai2' dahulu.
Masa yang kurang dari 5 bulan memberi peluang kepada saya mengenali budaya
baba&nyonyaMuzium, rumah, restoran, kedai dan galeri
Kami selongkar semuanya
Tarian menjadi tidak mustahil lagi dalam hidup saya
Jikalau dahulu amat kekok dengan rentaknya dan sekarang nah, tak kenal maka tak cinta.
Rungutan, kritan, kesabaran dan peluh yang menitis di kaki jalan Jonker akhirnya berbaloi apabila kami berjaya mendapat
full marks untuk
research ini.
Segala puji bagiNya.
Trimester ini juga mengenalkan saya dengan bahasa al-Quran
Duraosu al-gharati al-arobiahDaripada
ana anta, di pengakhiran kelas kami boleh berinteraksi secara penuh (ayat
basic dicampur dialek melayu) bagaimana hendak berjual-beli di pasar.
Terima kasih Ustaz!
Ustaz Najib yang sangat
cool sehingga membolehkan kami duduk di biliknya bergosip, dan ber'hye' di kedai mamak!
"Rapat-rapatkan saf", sentiasa menjadi sebutan dikala kuiz.
Indah dan tiada ulangan!
Bulan June, 2009
Bermulanya
Trimester 1 bagi pelajar MMU dan boleh dikatakan secara
official saya masuk ke Law School
Ada yang bahagia dan tidak kurang juga menyesakkan jiwa.
Bebanan kerja membataskan sedikit demi sedikit ruang berseronok.
Saya mengenali erti serius dalam pelajaran dan merubah sedikit diri saya yang dahulu iaitu ketika di asasi, FOSEE kata warga MMU
Isu perlembagaan, kontrak, sistem kehakiman dan konsep undang-undang menjadi sebahagian daripada hidup saya.
Akta sentiasa dipastikan didalam beg tangan dan buku-buku tebal mula menghakis duit poket.
lexisnexis,
clj,
malaysianbar dan sebagainya semakin sinonim menjadi sumber rujukan.
Law library pula menjadi rumah kedua dikala ujian dan peperiksaan semakin menghampiri.
Trimester yang sekaligus merubah saya yang dahulu.
Alhamdulillah,
hijrah itu penting.
Setiap yang bertemu akan berpisah.
Dan perpisahan itu tidak pernah memutuskan tali persahabatan yang kami bina.
For good, mereka pergi.
Mencari jalan untuk menemui
destiny yang diimpikan.
Sahabat yang saya kenal, sekelas dari tingkatan 1 dan pernah sebantal telah terbang 7000 miles away from me.
Yang baik-baik untuk
kau dan bahagia itu dimana-mana.
Kita pernah bertemu lutut di library masjid.
Di kala itu hanya sapaan yang memulakan perbualan atau perbincangan, senang kata.
Memori kelas arab sekali lagi membawa kepada sebuah perkenalan yang lebih erat.
Berkongsi minat yang sama, menjadi
stalker orang itu orang ini, SRC, plaza siswa, bukit beruang, POPULAR menjadi tempat kita.
Sekejap dan pantas sunguh kita menjadi sahabat.
Dan
kau telah pergi meninggalkan Mr.Left bawah EP, eh dan ajoo.Mungkin
Kini, menjadi tugas aku untuk meng'stalk' mereka.
Tidak mengapa, demi sahabat
(^-^)v
Sesi pembelajaran yang sangat singkat yang pernah saya/kami rasa sejak menjadi pelajar MMU Melaka.
Trimester 2 yang kurang daripada 2 bulan dan hanya mengambil 2 subjek elektif.
Satu subjek yang memerlukan saya memakai secomel penguin dan satu lagi bebas.
Trimester yang agak
relax jika dibandingkan dengan trimester 1 sehingga boleh dikatakan berkaraoke seminggu sekali.
Jika tidak di Dreambox, ke Jetty lah kami dan rasanya
amoi di sana pun sudah naik kenal dengan muka kami.
Di penghujung trimester, saya/kami labuhkan tirai sebelum berjuang di medan peperiksaan dengan berbeca mengelilingi Danga Baya.
Indah sangat indah.
Seindah lagu Dia yang didendangkan oleh Sheila Majid.
atau untuk lebih ber'hiperbola', seperti Ai Otsuka Planetarium
Johor memang indah dan terima kasih teman-teman yang sudi mengajak untuk berseronok bersama.
Terima kasih juga teman yang sudi memberi layanan yang two thumbs up!
p/s:
Terasa seperti ingin menukilkan Surat-surat Perempuan Johor edisi ke-2.haha Kurang 8 hari daripada tarikh kelahiran, saya merentas lebih kurang 8 dekad yang lampau bersama Natrah, Che Aminah, Mansor Adabi dll.
Panggung Sari Istana Budaya menjadi pentas detik-detik pahit manis yang dilalui oleh mereka.
Segalanya rahsia dan abadi.
"When two worlds collide for the love of a girl"Ini bukan penghujung.
Tidak terlambat untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru.Walaupun sudah 19 hari berlalu, dan happy 20th and a month for me!