Sunday, April 25, 2010

jom tapi jangan jom pada saya.

Peratus keinginan ini sama seperti keinginan menonton natrah, lewat 2009. Teater natrah saya berjaya hadirkan diri di saat akhir tetapi yang ini seperti tiada rezeki. Nak kata pasrah, belum lagi.

Salam puisi saya kirimkan buat mereka yang pasti. Raikan!

Saturday, April 24, 2010

Sekarang tak sama dengan tadi.huu

Rasa sangap sangat malam ni.

emotionless? tak jugak. bercampur-baur mungkin. Setelah enam hari bersama, kehulu-kehilir, kesana-kesinun dan hari ini masing-masing bertempiaran. Sunyi, tersadai saya di bilik yang berkepuk ini keseorangan. Sudah dua malam mereka sleepover di bilik ni. Cerita itu ini, terlelap dengan sendirinya. haih bila lagi ye dapat seperti tadi, semalam, kelmarin dan empunya kelmarin?.

selagi punya gigi & nafsu makan

Isnin malam kami ke Umbai. Makan hidupan laut yang segar dan bakal menyegarkan saiz badan. Sekali-sekala. Harap dapat makan di Parameswara, malangnya tutup pula sebab cuti isnin. walaweih. Selepas bersantap, lepak di pantai yang tak tahu namanya tetapi dekat dengan Eye on Malaysia sambil melayan blues.

Selasa ke utara Johor. Ada urusan yang perlu dibereskan. Noktah. Kuatkan hati masing-masing.

Rabu, nyaris kami masih ingat exam is just around the corner. Belajar-belajar.

jisim badan itu subjektif

Aktiviti makan-makan mana mungkin dipisahkan. Seoul Garden pula menjadi sasaran kami di hari khamis. Kenyang tahap melampau dah rasa. Tak boleh makan selalu takut lebih korea dari korean.hehe Saya rasa SG ni sesuai untuk mengeratkan hubungan tak kiralah keluarga, kenkawan, mertua, bakal, bekas dan segala jenis hubungan kecuali di luar tabii lah untuk meluangkan masa masak dan makan bersama. Contohnya, yang bakal-bakal tu bolehlah nak tunjuk bakat memasak dekat mertua ke dan sewaktu dengannya. kankan? :D

Jumaat malam, kalau ada machine untuk memperlahankan waktu amatlah nikmat. Destinasi pertama ke Chinatown atau lebih popularnya Jonker St. dan ada jugak insan-insan yang menggelarnya Jonker Walk. Saya ke sana boleh dikira dengan ruas ibu jari. Amatlah jarang sebab tak tahu apa yang hendak dibeli disana. Kebanyakannya benda kecil-kecil comel yang memang confirm tidak akan digunakan secara optimis dan hilang dalam masa seminggu. hihi tapi Petaling Street, i loike! Takpe sekali-sekala cuci mata tengok pakcik makcik cina berdongdang sayang tepi-tepi jalan, comel.

Penat di Jonker dan kehausan tahap gaban sebab tak tahu nak beli air dia mana, kami terus ke Pantai Puteri. Layan blues lagi. hehe taklah kali ni nak celup kaki kat air laut Melaka. Pantai Melaka sekarang amat menyedihkan. Semua mahu ditambak, demi pembangunan 1Malaysia. Disebabkan sampai pun 11 lebih malam, tak dapat nak tengok ketam merangkak. Ketam pun tahu tidur! Kami? Masih bercanda di persisiran pantai. Sekali-sekala ;)

Akhirnya terlaksana juga keinginan menyantap sup ekor. burrpp alhamdulillah kenyang, bolehlah. Ingat ingin terus pulang ke rumah, tetapi almaklumlah anak-anak masih tak puas berjalan. Jadinya, Sungai Melaka menjadi next station. Cantiklah jugak view malam disana dan sempatlah kami merakam gambar keluarga buat kenangan untuk anak cucu.

Hari ini hari Sabtu dan setiap yang berpisah dijadikan untuk bertemu kembali. InsyaAllah. Masing-masing, kumpul duit banyak-banyak untuk mendatangkan lebih nikmat berfoya-foya di masa akan datang. Berfoya-foya bukan bermaksud ke Aloha, ingat! hehe Sekarang masa untuk rindu-rinduan, fb-fban dan ym-yman.

Sayang untuk semua;

Syam/Mimi.

Sunday, April 11, 2010

pesta buku yang 'retrospective'.

Pesta buku kali ni walaupun agak banyak booth dibuka berbanding tahun lepas tapi saya lebih prefer pesta buku yang sebelumnya. Saya rasa lebih senang nak cari buku sebab dah get used dengan beberapa booth/publisher yang wajib singgah setiap tahun. Tetapi tahun ni kedudukannya sedikit berbeza dan terpaksa jalan jauh sebab ada yang bukak booth di seberang sungai. Jadinya, ada buku yang telah dilistkan tetapi tak dapat dibeli sebab tak jumpa booth yang biasa pergi. Saya ada menanyakan dengan usher yang bertugas tetapi mereka sendiri tidak tahu kedudukan publisher dengan tepat. Perkara yang amat menyedihkan..

novel sastera yang dapat dibeli dan Alhamdulillah dapat berjumpa dengan penulisnya


mendekatkan penulis dan pembaca

Jumlah buku yang saya beli tahun ni agak kurang berbanding tahun lepas tetapi tetap puas hati sebab buku yang ditarget sudah berada dalam genggaman dan juga dapat berjumpa dengan beberapa orang penulis dan sasterawan negara ke 10 iaitu Dato' Dr Anwar Ridhwan.

Antara buku yang dibeli:

- Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Dr. Asri Zainal Abidin
- Buku-buku di atas.
- Imam Maliki - Abdul Latip Talib
- Beberapa buku yang dikirim oleh kawan
- Malaysia Legal System - Wan Arfah Hamzah

Beberapa buku yang tak dapat dibeli:

- Hadiah Sastera 2009 daripada utusan publication (tak keluar lagi)
- Murabbi Cinta & Secangkir Teh Pengubat Letih - Ust Hasrizal (saya tak jumpa booth dia, silap diri sendiri sebab tak check awal-awal dekat blog ust publisher mana yang keluarkan buku. Rupa-rupanya Galeri Ilmu...)
- Beberapa akta.

Sebelum pulang ke Melaka singgah sekejap di low yat plaza sebab saya nak cari external. Laptop sudah berat dengan movie dan doramas eh lecture notes yang banyak!

warna dia cun [pink & ada lovelove] dan harga pun nice sebab mr.n ikut & dia boleh deal dengan awek cina tu in mandarin. Best bawak mr.n ni shopping especially kalau nak pergi petaling street.muahahaha!

Jumpa lagi tahun depan.