Thursday, August 28, 2008

Tahniah DSAI ! ! !

Salam Reformasi,

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

~ Berbahagia bersama isterinya menyebabkan 'Seseumpah Saiful' cemburu ~

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

~ Penerus perjuangan: Puteri Reformasi ~

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kita tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan anda semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM


Tahniah saya ucapkan kepada DSAI dan semua penyokong PKR atas kejayaan yang besar pada saya walaupun ada segelintir mengatakan Permatang Pauh itu merupakan sebuah 'territory' yang kecil sahaja dan tidak memberikan sebarang makna pun kepada rakyat dan sama sekali tidak menggentarkan pihak lawan. Kita tunggu dan lihat sahaja ya. Pucuk pimpinan baru yang kita harap-harapkan bakal terlaksana. Semoga berjaya DSAI !!! Tepati janji anda.


Memo buat Pak Lah dan rakan-rakannya:

Teruskan menaiki LRT selepas ini. Jangan lupa bawa menantu, KJ tu sekali ya. :D Menantu bapak.:P


~ Memerdekakan Rakyat, Demi Memerdekakan Negara ~

~ Mesej ini Mesej Rakyat ~

Wednesday, August 27, 2008

Mari Menuju Izzah !

Salam alayk,

Baru pulang dari Usrah Umum 1 o8/09 yang dianjurkan oleh Institusi Usrah Melaka. Apa perasaan saya ya?Hmm...Sedih bercampur gembira dan juga bersyukur atas nikmatNya kerana masih diberi peluang untuk menimba ilmu. Ya, ilmu yang akan membawa sesorang itu ke Jannah. Menuntut ilmu itu merupakan suatu kewajipan setiap insan seperti yang disampaikan dalam Surah al-Alaq. Ayat pertama yang disampaikan kepada Rasul junjungan s.aw melalui malaikat Jibril. Iqra', yang membawa maksud baca. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sudah menunjukkan betapa pentingnya kita mencari ilmu sehingga ke liang lahad. Tapi kita perlu ingat ilmu tanpa amal juga tidak membawa sebarang manfaat. Jadi kita perlulah bijak seiringkan antara ilmu dan amal. Ingat, kalau mahu akidah yang jelas mestilah melaui ilmu.

~ Usrah Umum last year (tak snap pic tadi :P ) ~

Saya tidak mahu menyentuh dengan lebih dalam lagi mengenai ilmu ini. Dengan kata lain 'serahkan pada yang pakar' :P. Apa yang saya nak ceritakan di sini merupakan Usrah Umum yang dianjurkan oleh IU Melaka dengan kerjasama STAD. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada yang terlibat. Hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian. Sesungguhnya, berjihad di dalam jalan dakwah dijanjikan ganjaran besar di akhirat kelak. Tapi, janganlah kita semata-mata berdakwah untuk mendapatkan ganjaran. Perlulah menanamkan niat yang betul seperti dalam Hadith 40 Imam Nawawi ada menyebut 'Innama a'malu binniyat', yang membawa maksud sesungguhnya sesuatu itu bermula dengan niat.

~ Tamrin 1 07 dalam kenangan terindah ~

Tajuk ceramah kali ini disampaikan oleh Ustaz Fahim yang merupakan lecturer Fosee dan juga penasihat kepada Institusi Usrah Melaka. Macam kenal je kan? Ustaz ni penah mengajar saya pada sem 2 semasa Foundation. Tak pernah skip kelas ustaz ni sebab saya suka sangat cara penyampaian dia. Tak terlalu rigid dan ia mudah masuk dengan pelbagai jenis pelajar. Pendidik macam inilah yang kita cari sekarang dalam mendepani masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan belia. ( bukan bermaksud nak ampu ye. Hehe...dah abis exam pun :D)

~ Bersatu dalam membina empayar Islam ~

Sedikit perkongsian hasil daripada ceramah tersebut:
  • Ibnu Kathir r.a yang merupakan penafsir hadith yang munfasil ada menyatakan mengenai perubahan diri manusia selepas Ramadhan yang terbahagi kepada 3. Antaranya:
    • Menjadi lebih baik dari sebelumnya ~ contohnya: Dulu si A ini jarang sekali datang ke masjid. Tapi, selepas Ramdhan A sangat rajin ke masjid terutama untuk solat Fardhu secara Jemaah.
    • Tidak berubah macam sebelum Ramadhan ~ Sebelum Ramadhan selalu 'dating' atau bergayut dengan aweknya. Masa Ramadhan pun tetap nak ber'dating' juga. Tapi baik sikitlah. Sebab pakwenya nak solat Terawih dulu. Selepas Terawih baru pergi 'date'. Sama jugak selepas Ramadhan.
    • Menjadi lebih teruk selepas Ramadhan ~ Contoh: Masa Ramadhan pergi 'dating' lepas Terawih tapi selepas Ramadhan terus lupa jalan pulang ke rumah. :D
~ Belon umpama amanat yang kita ada. Terpulang bagaimana kita menjaganya supaya tidak dicucuk kakak fasi :P ~
  • Amalan yang memberi manfaat bukan sahaja dari segi rohani tetapi jasmani. Amalan ini boleh diamalkan pada bulan-bulan yang lain dan bukan hanya pada Ramadhan. Antaranya:
    • Mandi sebelum Subuh ~ Dalam pukul 3.30 pagi dan mandi air sejuk. Tak perlu lah pakai heater ye. Kita bukan 'mat saleh' bak kata Ustaz. InsyaAllah, ia akan memberi kesegaran pada tubuh badan dan juga minda. Mungkin ada di antara kita telah ditakut-takutkan oleh mitos orang tua-tua 'jangan mandi malam-malam, nanti dapat paru-paru berair'. Tetapi, sampai sekarang kita tak dapat menjumpai kesahihannya. Ini amalam Nabi. Bila jadi amalan baginda, ia mestilah sunnah. Dan setiap sunnah itu memberi manfaat kepada kita. Kalau tak, mungkin Nabi pun sudah lama kena paru-paru berair ni.
    • Solat sunat dan baca Quran ~ Amalan ini terpulang kepada individu. Bak kata ustaz Fahim nak baca perkataan Yaasin 10 kali pun tidak mengapa. Setiap amalan yang baik itu tetap dicatat. Jangan risau. :)
    • Sahur ~ Seelok-eloknya sebelum Subuh. Dengan kata lain dilambat-lambatkan. Tapi, jangan azan Subuh berkumandang masih mengulum makanan ye. :P Sesungguhnya Sahurlah yang membezakan puasa bagi agama Islam dan agama lain. Agama lain tidak mempunyai sahur. Mengikut kajian saintifik pula, sistem penghadaman manusia berjalan aktif pada sebelah pagi. Jadi, ia merupakan suatu cara dalam mencegah penyakit kanser. Mari kita amalkan. Mencegah lebih elok dari merawat. :D
    • Mengimarahkan masjid ~ Solat Fardhu, Terawih,Qiam bolehlah dilakukan di masjid. InsyaAllah, Ukhuwwah sesama Muslim juga dapat diperkukuhkan. Besar syafaatnya.
    • Lailatul-Qadr ~ Kejar pahala pada 10 malam terakhir iaitu pada malam ganjil. Doa yang terbaik merupakan memohon ampun dari Allah sepanjang kita hidup atas muka buminya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. :)
~ Akhirul Qalam ~

~ Jika kita muliakan Allah, Allah akan muliakan kita pada pandangan manusia ~

Sunday, August 24, 2008

Perkongsian Diambang Ramadhan

Salam,

Sekadar perkongsian mengenai kejadian semasa Ramadhan. Mari kita renungi bersama. Semoga kita peroleh kebaikan dariNya. Biiznillah. :)


Penurunan Al-quran:

"al-quran adalah kalamullah yang mulia, diturunkan kepada nabi yg mulia yakni nabi Muhammad S.A.W , melalui perantaraan malaikat yg mulia yakni malaikat jibrail, pada bulan ygg mulia yakni RAMADHAN, pada mlm yg mulia yakni mlm lailatul qadr, ditempat yg mulia yakni makkatul mukarramah, kepada umat yg paling mulia yakni umat nabi Muhammad S.AW.dan membacanya dikira sebagai ibadah.

"Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah."


Peristiwa badar al-kubra:

Perang pertama dalam Islam yg berlaku pada 2 Ramadhan tahun ke-2hijrah. peperangan yg melibatkan 313 org tentera ISLAM dan 1,000 org tentera musyrikin Mekah. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. ape yg menarik yg ingin ana tekankan ialah mengenai pertolongan dari Allah terhadap mereka yg berjuang pada jalanNya. bayangkan, walaupun mereka bertempur ketika sedang berpuasa dan bilangan tentera yg jauh lebih sedikit daripada tentera musuh, namun mereka berjaya memenangi pertempuran. justeru, berpuasa bukanlah merupakan asbab lemahnya kita untuk berjuang dan juga bukanlah merupakan alasan yg selayaknya digunakan oleh pejuang2 agama Allah untuk melarikan diri daripada medan pertempuran.

"Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya."

(Aali 'Imran: 123-125)


Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad saw ke Tabuk:

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.

Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

Islam sampai ke Yaman:

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.


Khalid bin Al Walid meruntuhkn berhala al 'uzza:
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.


penyerahan Bandar Taif:

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

pembukaan Andalus(sepanyol):

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

peperangan zalaqoh;portugal-

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol:

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.


Peperangan yakhliz:

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Tertawannya garis bar lev, Israel:

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.


Sekian sahaja perkongsian yang tak seberapa dari saya. Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Teman muhasabah diri.:)

List to do during Ramadhan:

~ Baca dan hayati maksudnya ~

~ Mari kita mengimarahkan masjid ~

~ Pemantapan ilmu: Imtihan is just around the corner :P ~

Cukup sekadar tiga. InsyaAllah kalau diberi kemampuan akan ditambah lagi. Ayuh mari kita
........................................


(^_^) Ma aslama ila liqa' (^_^)

Ahlan Ya Ramadhan

Salam alayk,

Kaifa halukum? Pejam celik pejam celik hari ini sudah 22 Syaaban 1429H dan tinggal berapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadhan. Adakah kita sudah bersedia? Jawapannya terletak pada diri kita sendiri dan iman masing-masing. Di sini saya ingin berkongsi lagu yang berkaitan dengan Ramadhan yang pada saya sangat menarik untuk didengar. Ayuh, mari kita hayati bait-bait liriknya. :D

Ramadhan Datang - Tompi

Ramadhan datang alam pun riang menyambut bulan yang berkah umat berdendang kumandang azan pertanda hati yang senang hoo... hati yang gembira hoo... penuh suka cita

Sebulan kita kan berpuasa melawan lapar dahaga kalahkan nafsu rayuan syetan menjadi insan yang taqwa hoo... hati yang gembira hoo... penuh suka cita

Tarawih dan tadarus bersujud di tengah malam berzikir dan berdoa menyebut asmaMu ALLAH dan tak lupa berzakat sempurnakan kewajiban mensucikan jiwa sebagai insan yang fitri

Tarawih dan tadarus bersujud di tengah malam berzikir dan berdoa menyebut asmaMu ALLAH dan tak lupa berzakat sempurnakan kewajiban mensucikan jiwa sebagai makhluk ALLAH

Friday, August 22, 2008

Mari Kita Enjoy !!!

Helo everyone,

Now i'm going to tell u about my vacation with my best buddies last Monday. A week before that, Isha did asked me whether i'm free or not for this week because INTEC students will have a holiday and she didn't plan to go anywhere. She came on Sunday morning and i fetched her at Melaka Sentral alone because my T-Rex had a program with Usrah which is called Kembara Ilmu if i'm not mistaken in KL on that day.

We cooked Tomyam for our lunch and it's so yummy...:D Hehe... It's quite 1 year we're not cook together. Really miss that moment. So, after taking our meal and had a short break, we decided to go to Dataran Pahlawan and Mahkota Parade. We're just had a sightseeing and Isha bought 1 blouse at MP while i bought 1 Kaftan for Mama at DP. I think Malacca is not the right place to shop so much compared to KL. So, i preferred just to had a window shopping and same like Isha.

We went back around 9.30pm and we're not taking our dinner yet because we wanted to cook again. We cooked a simple Mushroom Fried Rice and it's again satisfied our stomach. Isha said it's better to cook by our own self rather than eat outside. It's all because the quality of the food are not reasonable to the price that will charge us. :(

On the next day, i had a Malaysian Legal System tutorial at 8.00 -9.00 a.m. There's no class after that because on Monday, my schedule is quite free. After the class, i went back and i felt quite shock because Isha and T-Rex had already prepared for our breakfast. They cooked fried rice and Nugget. Very tasty...:P It's so heaven Hunny because it's quite a long time we're not gathered like this. It's much better if Fana joined us. But it's ok. Maybe next time yeah. :)

Around 10.30 a.m we rushed to MC to take bus to go to Taman Mini Malaysia. We already planned tp go there. Around 12.oo p.m we reached there and we're so excited to enjoy our day. I'm not going to tell on detail just enjoy the pic ok. :D


~ T-Rex and Isha: Delegation of Perlis :D ~

~ Weird cara T-Rex masak :P ~

~ Huhu ~

~ Kalau duduk dpn pintu org tua2 kata apa ye ? :p ~

Mana apinya Isha ? :-/

~ Ayula kunun :O ~

Promoting Kedah (apa maknanya ni ? = D )

~ Tak de hujan pun :) ~

~ Suka tahap melampau ~

~ Ayah, ibu & anak ~

~ Mengukir janji di bawah cendawan :-) ~

~ Teman tapi Mesra ~

~ Bergambar bersama ~

Yang mana satu pengantin lelaki ??? :-P

Pengantin laki larikss :-( tapi mcm suka. Pelik :P

Penantian itu suatu penyiksaan :p senyum dalam duka :)

Muka melampau. Kat Muar je pun Isha oii..:)

Ni agak pelikSss. Terlebih feel..:D

~ Over penat membanting tulang ~

~ Boleh dijadikan mengukur ketinggian ~

T-rex, Isha (berdiri) syamimi (duduk) fana (dalam pegangan syamimi) :D

~ Kami ~

~ Nak belasah sape ni T-rex ??? Mcm tau je :P ~

~ Tadau ko tolu utk tadau do tamu, jambatan Tampouroli....x ingat da :D ~

~ Mau ke mana ibu-ibu sekalian ? :) ~

~ Gumbira ~

~ Halwa telinga ~

(^-^) The End (^_^)