Wednesday, August 13, 2008

Kerinduan . . .

Salam,

Sudah lama saya tak buka blog ni. Mid term break baru-baru ini menyebabkan saya terputus dari dunia cyber ni. Bukan apa sebelum balik K.L haritu dah berazam takkan bukak internet dalam masa seminggu. Nak concerntrate pada family je sebab dah dua bulan tak balik. Berjaya jugak azam tu. :D

~ Jabal Rahmah ~


Baru-baru ini saya terlalu rindukan sesuatu. Sesuatu yang pernah memberi seribu satu erti dalam hidup saya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah merasainya sahaja akan memahaminya.

~ Bir Ali / Qarnul Manazil (1st Miqat) ~

~ Dah x nampak muka unta ni. Over makeup :P ~

Ya. Saya rindukan keharuman kelambu Kaabah. Saya terlalu rindu untuk bersujud di Raudhah. Saya rindu untuk tawaf. Saya ingin bersa'ie kembali. Saya rindukan penduduk Madinah yang peramah orangnya. Saya terlalu rindu senyuman yang ikhlas dari saudara seagama usai menunaikan ibadah. Saya rindu pelukan dan ciuman kasih seagama dari makcik-makcik Turki setelah bertegur sapa hanya seketika. Saya terlalu rindu akan semua itu . . .

~ at Harom ~

Ya Allah, aku berlindung di bawah cahaya wajahmu yang mengubah gelap menjadi terang, dengan perintahnya alam ini dan alam akan datang dijadikan. Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan kemarahanMu. KepadaMu sahajalah terpulangnya hari pengadilan, azab yang ditimpakan sekiranya Engkau tidak suka dan tidak redha. Tidak ada upaya dan kekuatan selain kuasa dan kekuatanMu jua.

~ Thanks mama & baba for the 'gift' ~

"Nawaitu umro ta, wa ahrom tu biha lillah hi taala " ~~~ Masih dalam ingatan . . .

~ Ya Allah, aku bermohon kepadaMu murahkan rezeki kami untuk kembali menjadi tetamuMu ya Allah ~

No comments: