Monday, October 6, 2008

Ceritera Raya



Salam Lebaran,

Apa khabar semua? Amacam raya? Ada baik ka? hehe... Raya kali ni best jugak. Bermaknala kan. Sambil kira berapa duit raya, sambil baca note yang berlambak tu. Raya ft. exam. Huhu...:P mencabar keimanan sungguh. Raya tahun ni, family saya sambut simple je. Mama masak rendang daging, kuah kacang, nasi impit, kuah lodeh, lemang (beli) dan last sekali spaghetti versi Traditional punya. Yang spaghetti tu 100% saya masak. Percayalah... ( nada Siti Nurhaliza) Spaghetti tu saya masak 1st raya memandangkan kanak-kanak sudah tak berapa gemar makan rendang yang pelbagai tu. Tapi hari tu macam nampak je golongan lebih usia sentuh spaghetti tu...:P hehe...sape ey? ;-/

~ Barisan kuih raya ~

Mama ada buat biskut raya. Chocolate chip mama mesti tak boleh tinggal punya sebab ramai yang admire taste dia. Kalah Famous Amos... Hehe...:D (nak ampu ni) Ada jugak yang tempah. 2 kot kalau tak silap. Satu tart nenas & almond london. Kuih bangkit mama beli dekat nenek sedara. Sedap jugak. Tahun ni mama buat muffin lagi sama macam previous raya. Choc muffin. Disebabkan saya dah agak selalu makan, so raya kali ni saya dah taknak makan. Just mama buat as a gift for our relatives. Diaorang mestila suka kalau dengar homemade ni kan.

~ Muffin mama. Atas tu kosong nak isi kacang sebenarnya. Tapi lambat sangat krew kat rumah tu, saya snap jela pic ni :p ~

Saya tak pergi beraya rumah saudara-mara yang jauh-jauh lagi. Just balik kampung. So, duit raya pun tak banyakla dapat tahun ni. Hehe...:P fikir yang tu pulak ey. Penting tu! Ingat nak beli iPod shuffle. Tapi nampaknya beli MP4 made in China lepaslah. Muahahaha....:) Pernah sekali masa umur saya 14 tahun, saya beli violin guna duit raya saya. Hehe...:D Tapi sekarang jangan haraplakan. Kalau minyak dah naik, bonus pulak ada yang tak dapat, padamkan sajelah impian tu. Huhu... (nada terpaksa) :P Raya tahun ni ramai sepupu yang dah bekerja. So, saya yang masih kategori pelajar ini memang teramat layak menerima angpau. Hahaha... Ada yang dah siap pesan. Lagi 3 tahun jangan lupa pulak ey. Meowth!!!! tak lupela. :P Tapi the most important bagi saya, adalah hubungan kekeluargaan yang terjalin. Rayalah yang menjadi hari untuk semua berkumpul setelah setahun busy dengan pekerjaan masing-masing.

~ Mama's Deli ~

Selain dari makanan, duit raya, ziarah- menziarah, tak lupa juga bunga api & mercun. 2 benda ni memang dah lama saya tak main. Maksud lainnya, dah tak beli. Saya fobia dengan benda ni sebabnya masa saya kecik-kecik kuaci dulu, masa tu kat kampung. Tengah main-main benda tu dengan sepupu-sepapat, sepupu saya yang lelaki baling bunga api kat baju saya and terkena perut. Berlubang baju tidur saya. Masa tu malam. Perut pun luka. Bukan isi perutla. Itu dah melampau :P Kulit perut. Sakit wo. Menangis sampai satu kampung dengor. Hehe...:D biaselah zaman bebudak memang macam tu.

~ Bergedil that i cooked. Tapi terlembik, kecewa :( . Suruh mama 'altered' kan ~

~ Teknik lighting yang fail. hehe :) Me and my mama ~

~ Dapat jugak kad raya tahun ni :) From kak ecah my lovely sis and Din d'alor setar ~

~ Kad raya dari pamie d' Mesir. Mekaceh :) ~

~ Mama & me again. Cover magzine Ibu & anak from Karangkraf. Mom looked younger than her daughter :( Sedih giler tajuk dia ~

~ Dishes for sahur. A day before went back to KL. Malas nak masak berat-berat :P Tak tau nape really like this pic. Looked so messy + showed that i was really study hard for final. Look at the open pencil case. :) [Terselit pulak dalam post Ceritera Raya ni :D] ~

Tak banyak gambar yang saya snap kali ni. Busy dizzy. Biaselah melayan tetamu & masak-memasak di dapur. So, saya pun malaskan diri mengambil gambar. Hehe... Gambar spaghetti kesayangan pun tak sempat ambil. Takpela. Next time. Ala kulli hal. Terima kasih bebanyak sesiapa yang sudi datang, hantar ucapan raya, kad raya, bau-bau kuih raya dsb. Andai ada kesilapan yang lepas-lepas tanpa disedari saya menyusun 20 jari kaki & tangan memohon kemaafan. Tahun depan buat lagi.:P hehe....:D

~ Masa ni kat kg. Kucing ni memang tak boleh blah. Tetamu tengah duduk2 nak makan kuih raya, dia pegi baring tengah-tengah golek-golek. Musykil betul motif kucing tu. Tu jari nak menarik dia dari melakukan aksi-aksi yang bakal menyemputkan tetamu yang hadir :P ~

p/s: Tagged tu bila saya free atau stress tahap bluehyppo saya buat la ye. Susah sebanrnya nak tau tentang diri kita ni. Sabo ye pamie. Pegi makan tokmiah bebanyak dulu. :D

4 comments:

mommy said...

waaahh banyaknye makanan..!!!!
camne rupe spagetti 100% tradisional tu ek???...

dah 2 tahun kite x dapat duit raye..uhuk2..mintak sikit..hehehe

papepun yang besnye pasal raya ni sbb dapat kumpul ramai2..jumpe2 orang..maklumla waktu lain sume bz..waktu ni la nak tunjukkan batang hidung ni kan..^^

apai said...

cm den konal je ngan kucing ni
heheheh
tp memang sedap tau spagetthi tu
den sompat la blasah
hahaha
hai mimi
ada blog ye
abg frz bru je nk blaja2
nnti leh r mimi ajarkan ye x
heheh
k take care
blaja elok2

syamimi azmira said...

byk2...=p sesungguhnya m'sia ini kaya dgn makann. Hehe...:D biase je rupa dia. Mcm spaghetti biasa tu. Tp seblum ni sy slalu msk bolognese. But, br tau Traditional lg better taste dia. Esp Prego brand. Huhu...:P

Ble2..Tnggu kte da kije pastu gaji puluh2K.:)

Btol2...bkn sng nk kumpul. Klu ari biasa, yg sorng bz, yg sorng ada agenda tersendiri. Time ni la nk kumpul2. Meriah klu ramai. (",)

syamimi azmira said...

to abg feroz a.k.a uncle carlos a.k.a dikyos....Haha...:P habis pecah rahsia....

Tgk tgnla sape msk. Mission completed by my own. Muahaha... Dah2 jgn puji lebey2..kang teruih lupe resepi. Kena tulah dr rj. Itali. Keskeskes...=P. merepek je...:D

Buleh2...Buleh blah...:P 1 bab $10. Us dollar bkn RM. Deal? ;D