Saturday, November 1, 2008

.:Nice Hols in Terengganu and Cherating:.

Sudah lama rasanya saya tak update blog ni. Bukan apa, saja nak merehatkan diri dari segala macam aktiviti. Selepas melalui keadaan yang agak hectic pada sem lepas, saya mengambil langkah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Rehat yang secukupnya bukan bermakna hanya makan dan tidur, itu seperti ingin menambahkan berat badan tetapi mendapatkan suatu kedamaian yang agak sukar didapati di Emerald Park, BBU ini. Student's residential memang kadang-kadang membuatkan saya naik angin (bukan keluar angin). Bayangkan tiba-tiba orang menjerit ketika kita sedang khsuyuk menghafal segala macam nota yang memerlukan kesabaran dan kesunyian. Dan bayangkan lagi kalau-kalau ada orang yang main game pasang volume kuat-kuat masa kita tidur. Sungguh menyakitkan hati.

Jadinya, 27th October lepas saya & family pergi holiday di Kuala Terengganu. Kami tidur 2 malam di Hotel Seri Malaysia. Agak pelik juga apabila kami dihidangkan dengan Nasi Dagang dan Mee Kari sebagai sarapan. Tetapi, setelah mencubanya memang molek sungguh! Macam biasa kalau ke KT tidak sah kalau tidak membeli-belah di Pasar Payang. Tempat dimana makcik-makcik yang menjual memakai barangan kemas seperti tidak takut diragut. Hairan jugak pada mulanya. Tetapi apa yang saya dapat observed, Terengganu merupakan antara negeri dalam M'sia yang kurang pendatang asing. Memang saya tak jumpa langsung. Tak tahulah kalau-kalau mereka berloghat T'ganu, saya tak dapat bezakan.


Satu saya salute dengan orang Terengganu ini adalah mereka sangat membudayakan ilmu. Dimana sahaja terpampang kata-kata semangat untuk belajar. Biarpun mata pencarian mereka lebih kepada hasil laut tetapi cara hidup mereka sangat indah. Pengalaman 3 hari saya disana mengakuinya. Lebih dari pukul 9.30 malam kedai dan kompleks akan ditutup. Jalan raya pula menjadi lengang. Tiada anak-anak muda berpeleseran di kompleks-kompleks atau menghabiskan masa di kedai kopi atau gazebo sebagainya. Starbucks dan Coffee Bean juga saya tak jumpa.

~ Rantau Petronas [Paka] ~

Terengganu memang sinonim dengan ke-Islamikannya. Kalau tidak masakan terpampang papan tanda di jalanan cara untuk kanak-kanak menghafaz Quran dengan cepat. Program tilawah juga digembar-gemburkan. Tidak seperti di sesetengah tempat. Hiburan yang diutamakan. Dan hedonisme yang dibudayakan. Itulah kelebihan Terengganu. Atas sebab itu mereka dianugerahkan dengan minyak. Itu hipotesis yang bermain diminda saya ketika berada disana.


Lebih indah lagi apabila menyaksikan nelayan turun setelah subuh dan pulang setelah fajar melabuhkan tirai. Mereka mengikut peredaran masa yang termaktub di dalam Quran. Siang mencari rezeki, malamnya pula melakukan amal ibadah semaksimum mungkin. Walaupun Terengganu tidak memiliki 'Modestos', 'Hard Rock Cafe', dan seumpama dengannya, mereka terus hidup dengan cara mereka. Sederhana dan mensyukuri nikmatNya.

Cuma satu yang menggusarkan hati rakyat Terengganu ini adalah pemimpin mereka. Jika dahulu dikatakan seorang yang agak samseng. Dan yang baru ini pula agak t'gilakan kereta Mercedes. Bahaya jugak tu! (",). Bukan saya cakap tetapi mereka yang mengeluarkan kenyataan tu. Mungkin mereka merindui pemimpin dahulu yang kacak berserban itu =p.

Yang selebihnya saya rasa biarlah gambar-gambar ini pula berbicara (*-*)

Taman Tamadun Islam
























------------
Selepas 3 hari berada di KT, saya ke Kemaman untuk bertemu dengan Makcik Ina. Saya megenali beliau semasa makcik Ina tinggal di Amman, Jordan. Makcik Ina mempunyai seorang anak yang sama nama dengan saya. Tetapi semestinya Syamimi yang saya jumpa ini lebih muda daripada saya. Jauh kut mudanya. 13 tahun bezanya. (",). Best dapat jumpa walaupun sekejap. Tak puas rasanya. InsyaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye. =p

Dari kiri: Adik, Mama, Syamimi sr, Syamimi jr and Makcik Ina

~ Baby Umair: 1st grandson Makcik Ina ~

---------------
Last but not least, we overnight at The Legend Resort, Cherating. Just relaxing our mind by menghayati keindahan pantai. Kami hanya tidur satu malam disana dan singgah di Kuantan untuk makan tengah hari dan membeli sedikit keropok untuk dibawa pulang. Percutian yang sangat merehatkan minda walaupun tanpa plan yang betul-betul. Full of excitement :D. See u again.

p/s: Tema percutian tahun ini: Cuti-cuti Malaysia. Tahun depan??? Hehe.... =p

4 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

datang ganu x habaq~ bole bwk akak jalan2 skali. org ganu pn x abis jln2 kt negeri sndiri lg. hehe~

syamimi azmira said...

to kak zinnie:

hehe... t'lupa plak nk bgtau.Xpe nxt time sy bgtau. Jom le kte buat rombongan reramai ke ganu. Ble overnite umah akak laks =p Pastu jgn lupe blnje mkn losong :D

Zinnirah Al Jannah (".) said...

hehe~ bole2~ anytime u dtg, juz roger2 me. akak tnjukkn jln ke hotel best. :D

org x pggl losong la adik syg~ org pggl kopok losong~ losong tu name tmpt. nnt kalo mkn losong, mane pnduduk kt ctu nk tinggal~ :D

syamimi azmira said...

InsyaAllah. Kalau dimurahkan rezeki saya akan ke sana lagi. Tak puas rasanya makan kopok losong tuh. Patutlah h/mate saya (org ganu)gelak je ckp sy mkn losong. Huhu...

T'ingin nak pegi masa org candat sotong. Nak try keenakan sotong sumbat Terengganu. :)