Monday, November 17, 2008

Surat CInta buat 'UNKNOWN'

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ucapkan syabas buat 'unknown' kerana telah berjaya membuatkan saya untuk menulis satu posting khas buat anda. Terima kasih juga kerana sudi membaca blog saya yang seperti 'copy' and 'paste' sahaja. Ya, pada mulanya saya mengaku yang saya agak emosi membaca komen anda di shoutbox sebelah kiri itu. Terasa ingin memadam apa yang telah anda tulis kerana ianya seperti ingin mencemarkan 'teratak' saya ini dan akhirnya membawa kepada zina mata. Tetapi apabila saya teringatkan mengenai hak kebebasan bersuara, saya padam terus niat itu. Anda bebas bersuara dan juga termasuk semua yang berada di luar sana. Tulislah apa yang anda mahukan. Saya cuba terima. Mungkin ada hikmah buat saya. Walaupun perit untuk diterima, tetapi mungkin itu adalah madu buat saya pada akan datang. Saya tidak mahu trace anda walaupun itu suatu perkara mudah buat saya. Anda mungkin rakan sekelas saya. Mungkin juga pernah menjadi orang yang rapat dengan saya. Dan mungkin orang yang saya selalu sapa di luar sana. Malah tidak mustahil sekiranya anda ini mungkin kawan yang saya kenal sejak di bangku sekolah. Segalanya mungkin. Saya tidak mahu bermain dengan spekulasi yang bakal mendatangkan fitnah yang buruk padahnya. Salah satu sebab yang utama, saya tidak mahu mewujudkan rasa benci dalam diri apabila saya tahu siapa anda. Mungkin hubungan yang kita sedia ada bakal terputus. Saya kira, jika anda masih tidak puas hati dengan saya jumpalah saya dan berterus-terang. Saya tidak marah. Tetapi saya mahu tahu apa salah yang telah saya lakukan pada anda. Lagi satu, jika ingin memberi sebarang komen, tidak perlu segan untuk meletakkan nama anda. Kesian ibu bapa anda mencari nama yang baik buat anda. Saya rasa itu sahaja yang dapat saya nukilkan. Terima kasih lagi kerana sudi singgah. :)



Islam meneduhkan,
Islam memaafkan,
kerja Tuhan siapa yang tahu?
Atas dasar kemanusiaan,
saya hulurkan salam perdamaian.

wallahualam.

2 comments:

Zinnirah Al Jannah (".) said...

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." :)

p/s: bile tgk tajuk, ingat nk cerita psl surat cinta ESQ tu. :D

syamimi azmira said...

T.kasih kak. Jika kejahatan dibalas kejahatan, tiada apa yg berbeza. Sama-sama rugi. Sama-sama jauh dariNya. Semoga apa yang saya hulurkan memberi sedikit ruang untuk lebih mengenal ad-Deen kita. Masing-masing buat silap.Dan jika dendam masih tersimpan, kejahatan akan berulang semula.

p/s: saya tak pergi ESQ tu. Jadi tak tahu apa-apa mengenai surat cinta ESQ. Kebetulan. Instinct saya sama dgn p'ceramah tu kot. Hahaha...=p