Saturday, November 22, 2008

Tahniah My Lil Cuties....!

Selamat pagi kanak-kanak sekalian,

Sekarang kita bersiaran secara lansung dari program Tom Tom Bak yang dipengacarakan khas oleh Aunty Syamimi & pengacara undangan yang masih dalam tempoh praktikal iaitu Uncle Aznil di siaran mana lagi, kalau bukan di @stro Prima. Bagi ibu2, mama2, ayah2 dan papa2 di luar sana jangan gusar jangan risau kerana anak anda akan selamat di bawah jagaan kami. (boleh caye ke nih? =p).

Huhu...Dah la tuh. Malas nak makan kerepek banyak-banyak. Kita terus kepada tujuan asal posting kali ini. Sebenarnya saya dah agak terlambat untuk membuat ucapan tahniah secara rasmi & esklusif kepada kanak-kanak Ribena yang menjadi model sambilan untuk pakaian Anakku. Eh, silap...Bukan model tetapi mereka adalah adik & sepupu2 saya.

~ AdiK ~

Akak (huh...! nampak macam tualah plak) nak ucapkan tahniah dekat adik atas kejayaan dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini iaitu dengan mendapat 4A 1B. Tak payah sedih-sedih untuk subjek yang lagi satu tuh. Tak payah ingat dah. Kalau main boling pun selalunya bukan dapat strike. So, samalah macam exam nih. Apa yang kita nak tak semestinya absolute fulfill okies! Lagi satu akak rasa subjek tuh pun dah tak ingat kat adik (motif??? xble bg perangsang tol akak nih). Heheh... :D Lepas ni buat betul-betul untuk exam yang akan datang. Kiranya UPSR ini bukan garisan penamat tapi merupakan starting untuk 'trek' kejayaan. Actually, I don't have any idea to give something for your present. It might be Hannah Montana stuff yang adik gila-gilakan sangat. Tapi according to my ketebalan wallet, perhaps i will buy u mechanical pencil yang ada muka Miley Cyrus tuh. Bukan senang nak dapat tuh cik oii... Do your best next time ya! Jangan asek main kucing je. Rimas dah kucen tuh tengok adik. (kata adik, kakak pun sama) Huhu =p

~ Haish budak2 zaman la nih ~

~ Kakak n Adik ~

~ Adlina Marsya ~

Yang duduk main gitar ni pulak sepupu saya. Sebaya dengan adik saya. Dulu duk main masak-masak sama2, main Barbie Doll sama-sama dan sekarang ni pe lagi gossip girl sama-sama. Main make up sama-sama. Duk masuk lagu kat iPod orang nih. Duk transfer lagu kat MP4 yang si adik. Budak-budak sekarang. Tak macam saya dulu-dulu. Main congkak. Main batu seremban (pembohong no 1 negara ;p). Heheh.... Ingat lagi masa-masa kecik-kecik kuaci saya tanya kat Marsya. "Sya nak jadi pe nnt?". Dia cakap nak jadi Dolphine Trainer. Pelik gakla M'sia mana nak cari Dolphine. Dolphine yang pengurut Gintell tu adelah kan. Dalam family saya mmg ramai kot Animal Lovers ni. Nak jugak sangkut paut dgn animal life. Tapi sekarang nasib baik dia dah ubah ambition. Nak jadi veterinar pulak. Sama macam adik saya. Everything mesti nak relate dengan animal je dorang nih. Pergi Sunway petting zoo sama-sama. Nak main tukar-tukar kucing. Pape jelah. Untung gak kenkadang jadi pet yang bertuankan dorang nih.

~ Ni for Marsya. Amiklah ;p ~

Huhu... Banyak pulak k.Mimi menceceh ye. Oklah... Kak Mimi nak ucapkan tahniah dekat Marsya sebab dapat 5A aritu for UPSR. Well done girl. And a big congratulation juga sebab tak jadi masuk Sek Sukan Bukit Jalil tuh. K.Mimi rasa tak kemana pun jadinya. Sibuk dengan sport nnt study tinggal. Habis2 nanti amik Sport Science kat U and jadi instructor. Oklah pasni k.Mimi nak request mainkan lagu Bubly dari Colbie Calliat sebagai hadiah Marsya dapat 5A arituh. [terbalikla pulak] Jangan lupa ! =p Huhu...

~ Azalea Mariah ~

Yang dekat atas tuh Kuda. Nama dia Moneda a.k.a Mana Ada [tu mmg dah sah2 la kan]. Hehe... Ni lagi sorang sepupu yang saya nak ucapkan tahniah. Bulan ni bulan tahniah kot. Bulan depan bulan apa tak tau lagi. Bulan depan saya rasa bulan bertunang sebab ada 3 orang sepupu saya akan bertunang. Tak tahu nak pegi mana satu. Kalau sponsor duit tambang, makan, minum saya pergilah semuanya. Hahaha... [Keji punya sepupu]. Kueskueskues....! Ok, berbalik kepada perkara utama. Yang nih tahniah bukan sebab UPSR ke, PMR, MidTerm Test or Final Test. K.Mimi nak ucapkan tahniah kat adik sebab menang championship untuk tournament kuda baru-baru ni. Sama tarikh saya pergi T'ganu. Tapi, masa tuh k.Mimi tak datang tengok adik sebab takut ganggu concentration adik. Nama tournament tuh Kuda Sokmo. She involved in Dressage category. Firstly and secondly dapat no 5 among the other contestant and finally the winner for the championship. Tahniah and tahniah girl. K.Mimi tau adik mmg enthusiastic and determine in this arena and u deserved for private sponsored from STC equestrian club when u won this championship. [sekali lagi family saya mmg xboleh lari dari animal life]. Hehe :) Last but not least, next time kalau jumpa lagi Qabil Ambak, kata k.Mimi kirim salam. (motif??? hahaha).

~ "Meh Moneda kita pegi gosok gigi dulu" ~

Oklah dah cukup kot tahniah2 nih. Sampai disni sahaja rancangan Tom2 Bak kita. Jumpa lagi di masa akan datang. Di waktu yang sama dan hari yang sama. Bye adik2...! (lari sebelum kena serbu dek bebudak nih) hir3... ;p

p/s: t'tinggal satu. Tahniah kepada kucen yang bernama Wawa (kucen saya la tuh!) kerana telah selamat melahirkan 4 ekor anak yang tak comel sebab mewarisi wajah bapaknya yang langsung tak pernah kena grooming (kucen jalanan). Nak cari pasni tolonglah demand sikit ey! Yang ensem dan macho! ;)

2 comments:

apai said...

hehe..
hebat2 la sume kanak2 ribena ni
pgacara die pun hebat gak
:)
mimi mama x wat apa2 ke celebrate utk adik??
kalo ada jemput la abg frz skali:P
aritu cite kt atok psl result shalini ngan marsya..atok kata diorg kena 'upah' ni heheh
pulut kuning ngan ayam golek katanya.
bgtau la mama setting time berkumpul sume2 fmly.
raya haji balik t.intan ke??
cuti lama x?
k mimi take care ye

syamimi azmira said...

huhu....
like pengacara like kanak2 ribena la..=p

mybe x kot. Sbb mimi xde cuti n bln 12 nih byk majlis. Belah baba je ada 3 org b'tunang. Anak makngah 2 org, so baba blk t.intan on 13hb & 20hb. raya haji x blk mn2. Cuti pndek...

Wah, kena upah. Bole2...Nak jugakk??? hehe ;p tnggu sume free dl. Postponed xpe kot sbb alg pun nk wat knduri erin khatam & ezany pun nk b'khatan.

Coti xde...
So, xleh byk cite..
isk3...:(
ok, thanks..