Saturday, February 21, 2009

Baba * Nyonya

En.Baba & Pn.Nyonya

(",)

Sudah seminggu lebih saya tidak meng'update' blog ni. Rindu pulak rasanya nak menaip sesuatu di sini. Kebelakangan ni saya agak sibuk sikit dengan beberapa Assignment yang perlu disiapkan & preparation kuiz untuk yang akan datang. Hari ni (sabtu) saya dan assignment-mates Malaysian Studies buat satu trip ke Jonker Walk untuk menyelongkar dan menelusuri kehidupan Baba & Nyonya di Bandar Hilir Melaka.

***********

L2R: Fui Ting, Chye Boon, Me, Begi and Shakira

Begi and I waited Shakira who fetched us in front of Ixora around 1pm. Then, we went to Melaka Sentral to print some question for the reseacrh while Shakira had her lunch. Begi already had her lunch at home and i just had my breaklunch. At first, we promised to gather at Sentral but our two other members were stucked in traffic jammed. So they just straightly to Jonker Walk and wait for us there.

Kasut Manek
for lil 1 year old.very tomey :D

At 2pm, 5 of us already entered the Baba & Nyonya Museum and we paid RM8 per person. It's quite expensive and not really reasonable according to their service. We're guided by the tour guide who wear the kebaya nyonya but i don't think it's their proper traditional costume because she didn't put on the sanggul called chignon and not wearing the Kasut Manek which typically hand made and look so cute. If she wear all those thing, perhaps the tourist could imagine their real costume.

Heritage
fenin wif these stuff.LOL.

I'm quite disappointed with the museum because they're not allowed us to snap any pic. Pictures are very important to us for the assignment and our presentation. I also asked the worker there if we can ask any question about their culture esp their foods, costumes, and languages but she rejected it. She said the tour guide will explained it completely but it's just a briefed explaination and quite rushed. So, we had no chance to ask her on detail and just a few of the stuff had the small information on it. We took around 30 minutes inside the museum and later we walked to the baba&nyonya shops which sort of their galleries. I think it's more better than the museum. We could snap pictures and asked the uncle (baba) and auntie (nyonya) in details.

Shakira & Begi

Then we just passed by the other shops that i don't think they're related to baba&nyonya. We went to the the restaurants which were popularly known in Malacca. Both of the rest were belong to baba&nyonya. Most of their culture looked similar to Malay especially on how we eat and concerned about the boundaries between men and ladies who are not married yet. That's what i noticed today. They're not using chopstick and even spoon or fork. The ladies also cannot see directly the men who come to their house. In addtion, they also had the match-maker tradition as we had before.

Us
Sunburn+tired faces(^-^)

Baba&nyonya. It's all about the mix-marriages between Chinese(baba) & local people(nyonya). The nyonya mostly were javanese and bugis and they're not Muslims. So, they married to the Chinese people who were traders during the Malacca Sultanate. The Chinese traders came to Malacca to get spices from the local people and changed with their tea. Tea was the popular and expensive item at that time. Only certain people afford to exchange their item to get the tea. 'Pertembungan budaya' was happened on that time when the traders came to trade and met the local people. Other than baba&nyonya, mix-marriage also happened between Malay and Indian which called Malayalam if i'm not mistaken.

Begi wif her cendol. "Cannot eat anymore.What kind of food,huh?"
The rest, "blur" -dunno to translate in Eng, but we tried to explain :P~

She's Mongolian ma.

I think it's enough for today. The others I'll keep it secretly for my assignment :D So, enjoy ur weekend guys.

Some of baba&nyonya are Hokkien

upps. Lupe nak bagitau. That's one thing attracted me in the baba&nyonya museum. Actually, muzium tu rumah kepunyaan baba (trader) who came to Malacca for the spices. But baba sudah jatuh cinta sama itu nyonya (local people). Lepas itu, baba lupa balik semula ke China dan berkahwin sama itu nyonya. Mereka pun dapat satu anak laki. Gambar itu anaklah yang attract wa. Ensem ma. Wa talak tipu sama lu. Wa ingat sampai sekarang muka dia. Sekarang sudah genarasi ke-enam. Wa mau cari cucu cicit dia. Sapa mau ikut wa? :p Wa mau completekan assignment, bkn sbb lain ma ;)

I know Mama will indulges with this kind of stuff,so i snap it for u :P

Cute ryte?

p/s: Terngiang-ngiang suara sukma si Wefada dan si Chen di kepulauan rempah ini...
p/s/s: Luckily Begi YM me just now. She corrected her name which is not Peggy but Begi. I put Peggy at 1st then i already changed it. Sory gurl :p.
pszz: someone ym me asking did i eat at the baba&nyonya's restaurant. Of coz NOT. I just 'duduk2' & chat wif my members. I didn't buy anything even the mineral water . Hopefully u'll understand my situations okies! :)

Tuesday, February 10, 2009

Petang Semalam

Maaf ye, bahasa yang agak tidak proper di sini. Perbualan YM antara saya & aimi

aimisabri:hang pi ka kusus kawin tu?
syamimi azmira:hahahahahahhaha =)) (gelak guling2 nih). Awatnye ceq kena pi??? (gelak ade sisa lg ni.)
aimisabri:yela. aku dgaq duk sibuk skrg cita psai bnd tuh. hang pi ka?x jwb lg soklan aku.
syamimi azmira:xla. ceq xdak calon lg. seganla. lgpun ceq nih 'short term' memory'. gi awai2 mane duk igt bnd ni nnt. nnt dkt2 ceq nk nikah, ceq pi lah. la ni, bek ceq duk pk bnd len dl. gi pnjat bkt beruang nk? (ke situ plak aku nih =p)
aimisabri: hang ni. aku sesrius, hang duk main2. Hang practise msk Raja Lawak ka???
syamimi azmira: dak eh. klu ceq msk, nabil duk teriak nnt. xpa, ceq igt nk gnti mas dlm amboi3. [gelak keji ;) ]
aimisabri: xdelah, org umah ceq duk ajak pi kusus kawin.ceq maleh pi. Nntlah ceq pi dgn bakal skali. tp dorng buat ni murah kot... (masih ade ragu2 nih nk pi ke x :p)
syamimi azmira:xleh blah ar hng ni. diam2 roti pisang. (hihi, ceq da tau sapa). btoi2. biaq pi la murah ke apa, klu gi ngan bakal2 (melampau 2 kali tuh bakal :P) leh dpt pree. soh dia je yg byrkn. tol x?
aimi sabri: btoi2. ceq stuju.
syamimi azmira:lgpun, la ni kte biaq pi la kat abg2, ngan kakak2 yg nak grad dulu. yg nak nikah sok lusa, biaq depa pi kusus dulu. ceq nk pnjat bukit beruang dulu. [motif???] eh, hng bkn nk grad da ka? amboi3. buat2 lupa no.
aimi sabri: [gelak2 manje ;)] ceq grad dl x semestinye ceq nk menikah. ntah2 hng yg duk nikah dl.
syamimi azmira: [gelak smpai nk t'cabut gg pak guard ep m'dgor gelak aku nih]. ye, ceq mmg nk menikah ni.
aimisabri: amboi. diam2 x habaq kat ceq. hng ngan sapa?
syamimi azmira: ngan Sultan Perak ! [dgn sekali lafaz]
aimisabri: hahahahaha. awatnye hng nk duk menikah dgn dia tuh???? [derhaka pnggil dia, bkn baginda ke? :P]
syamimi azmira: ceq punye ske la. huhu. ceq ske org yg penuh kontroversi ni. dl memey. tp dia sejantina dgn ceq. [haram toyyiba ;p]
aimi sabri: merepek je hang ni. ckp la btol2. hng da ada ka?
syamimi azmira: ada apa?
aimi sabri: buat dunno plak. marka la.
syamimi azmira: x mo arr. umoq br 19 (lom bln 12 lg, check kt kalender). lek arr.. ceq nk tnggu hng nikah dl.
aimi sabri: xble. hng nikah dulu. [main galah pnjang plak]
syamimi azmira: klu ceq nikah dl, sapa nk lipatkan tisu kaler merah tuh mase hng kawen. lin mmg dah sah2 beranak-pinak.
aimi sabri: awatlah hng ni. bnd tuh pun hng duk pk. cmlah org len x leh buat. xpalah, klu hng xnk nikah dl, biaq ceq yg nikah. [ni sy tmbh je :p)
syamimi azmira: baguih no lg tuh. ceq bg can kat anak mami ni. sbb ceq dah duk teringin sgt nk mkn nasi kandaq line clear. jgn lupa no jmput depa jd catering.
aimisabri: ske ati hng lah mimi oi. [give up da] hehehehe.

dan seterusnya, biarlah rahsia....

ni saya nak promote dekat semua untuk join aktiviti yg dianjurkan Institusi Usrah MMU, Melaka. Mai-mai, jgn duk segan, malu2 janggut kamben. bwk satu salasilah mai no. cuma tngglkn menatang yg hngpa duk ternak ja. jmpa di sana!

Seminar Kepimpinan Islam
Venue: Exam Hall
Penyertaan : RM8
21 Februari 2009

Kursus Pra Perkahwinan
Adam & Hawa 2009
"Membangun Kehidupan atas Cinta Illahi"
Venue: CLCR 0004(B2)
28 Februari 2009-1 Mac 2009


Minggu Penghayatan Bumi Palestin
Venue:Main Hall
10-14 Mac 2009

p/s: copy & paste dr blog kak su. halal ye kak su? (td sy nmpak akk mkn nasi ayam, nk suh blnje, da terbeli kat mkcik shima =p)

Monday, February 9, 2009

Rita & Aidil [zafuan/zakuan???]

Rita Rudaini boleh kewl down kejap. Walaupun Zubir duk sibuk hentam Rita & Aidil, tapi buat masa sekarang kita orang tak amik 'port' sangat. Bukan apa, isu di Perak tu lebih 'hot' daripada biasa. Bukan senang nak dengar kalimah-kalimah rakyat derhaka kepada Sultan. Kalau Hang Jebat dengar, boleh buat fanclub ni. Macam-macam. Si polan kutuk si anu, si anu kutuk si polan. Makin berpecah-belah. Sudahlah Islam semakin ditindas oleh Yahudi, ni nak bergaduh lagi. Sudah-sudahlah tu.

Saya teringat satu perkara ketika menelusuri kisah Tariq bin Ziyad. Kalau kita baca sejarah-sejarah penyumbang ketamadunan & peradaban Islam masa lampau, mesti intronya berkisar mengenai peribadi orang itu. Dan peribadi yang mereka tunjukkan mestilah yang baik. Kalau tak, masakan boleh dikenang sehingga sekarang. Kecuali Hitler dan tentera Nazinya lah kan.

Ada satu part yang boleh diambil iktibar buat kita sekarang iaitu ketika Tariq memilih tentera yang akan mengiringinya ke Andalusia, ramai yang menawarkan diri pada masa itu. Tetapi Tariq hanya memerlukan 12 000 orang tentera >kalau tak silap saya. Untuk berlaku adil, Tariq hanya memilih tentera dari kalangan yang bangun Tahajud pada malam sebelumnya dan berpuasa sunat Isnin & Khamis. Lihat, pemilihan tentera pun dilakukan dengan cara sedemikian, inikan pula kita melantik seorang pemerintah.

Hasil daripada pemilihan tentera itu, Tariq bersama-sama mujahidin yang lainnya telah berjaya menawan kota Andalusia sekali gus membina empayar Islam di sana. Iktibar dari kisah ini, seorang pemimpin yang berwibawa bukanlah semestinya dari keturunan pembesar, kerabat Istana atau pun keluarga bergelar. Pemimpin yang baik itu mempunyai keperibadian yang mulia & iman yang teguh serta semangat kepimpinan yang bukan calang-calang.

Kalau saya bercakap dari sudut undang-undang, saya rasa setiap akta, seksyen, artikel & sebagainya sudah tertanam di rerambut putih baginda. Untuk membeza-bezakan antara Ir. Nizar dengan Zambry takut pula mengaibkan orang lain. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa pree. Cuma apa yang saya mahu, kita yang dikurniakan akal ni, cuba ambil sedikit masa untuk analisa perbezaan karakter yang ada pada ex-MB, MB Perak sekarang, serta beberapa Menteri yang terlibat. Jangan lupa kenali juga ahli keluarga mereka walaupun mereka tidak kenal siapa kita. At least, kita tahu siapa yang boleh memimpin kita di 'sini' & di 'sana'.

Saya tidak mahu berbicara lebih lanjut. Bukan sebab saya bukan anak Perak saya tidak ambil peduli. Memang saya bukan anak Perak sebab saya anak kepada mak ayah saya tapi susur galur saya semuanya bermula di Perak. Nak tahu? Tahu nak? Baba saya berasal dari Teluk Intan (dulu dipanggil Teluk Anson), Mama pulak dari Sungai Kurus (Slim River). Tengok, kuat lagi darah Perak ni! Untuk memekatkan lagi sel darah Perak saya, moyang saya disemadikan di sebelah makam Si Puntum [dikenali sebagai Seputum dalam novel Pasir Salak ting. 2]. Ya, asal memang Pasir Salak. Tapi tak tahulah kalau moyang saya tali barut J.W.W Birch. Seganlah jugak mengaku orang Perak. Tapi kalau tali barut sudah disemadikan di Pulau Jerejak takpun di Songkhla. Sebelah Mama pula asalnya di Gunug Mesah, Gopeng. So, kalau sesiapa yang tidak tahu Gopeng tu di mana, pergi search sendiri kat GooOOOgle.

Huhu...Ini dah teranalisa susur galur sendiri. Takpe, takpe. Lepas ni, kita sama-sama doa moga negeri Perak terus gemilang. Malulah kalau Dato' Maharajalela dengar kita duk gaduh pung pang, pung pang sana sini. Oklah, saya rasa dah terlebih melalut ni. Karang tak pasal-pasal masuk ISA, tak dapat nak lipat tisu masa Aimi kawin nanti. hehe.

+++++++++++++

[patik sudah maklum memang Tuanku tidak berkenan mencemar duli membaca contengan patik yang pacal ini, tetapi sudi-sudilah Tuanku mengimbau kembali kisah nenek moyang kita semasa kejatuhan kesultanan Melayu Melaka dan cubalah Tuanku selak-selak sedikit riwayat Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu. Mungkin boleh menjadi pedoman buat kita semua. Ampun Tuanku, sembah patik mohon diperkenan.]

p/s: Sovereignty is belong ONLY to God, Allah :)

Wednesday, February 4, 2009

Sehelai Kaffiyeh


Sebuah kisah perjuangan

Sebagai bukti secebis kesetiaan

“Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.”

-Wafeya Mustafa

Sebuah cerpen yang tampak matang dalam menelusuri jiwa feminis yang punya pendirian. Cerpen yang dihasilkan oleh Rebecca Ilham seorang penuntut Fakulti Kejuruteraan Petroleum, Colorado School of Mines, Amerika Syarikat telah berjaya membuka minda pembaca serba sedikit tentang 'permainan' politikus yang melibatkan beberapa pemimpin sehingga memberi kesan kepada sesebuah negara.

Kuasa dan keuntungan. Dua perkara yang jika kita memilikinya secara veto, nilai kemanusiaan seolah-olah seperti 'red carpet' di Oscar Award. Bernilai tetapi diinjak-injak. Tidak perlu mengambil contoh lain, Amerika Syarikat misalannya merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB tetapi lihat sahaja apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Palestin. Semua kezaliman yang berlaku di sana mempunyai hubung kait yang tidak perlu dinafikan lagi oleh pihak Rumah Putih sedangkan perlembagaan PBB telah menjelaskan mana-mana negara ahli Majlis Keselamatan yang merosakkan/mencemarkan pelaksanaan dasar akan ditarik balik hak eksklusif yang diperoleh apabila menjadi anggota MK PBB.

Melihat kepada pendirian PBB, saya kira seperti menonton filem Sifu & Tongga. Betul-betul mencapai target box office. Konsep asal perlembagaan PBB sebenarnya senang sahaja dan cukup jelas. Cuma pelaksanaannya sahaja kelihatan mempunyai unsur kontradiksi dengan perlembagaan asal sekaligus ianya memberi natijah kepada yang lain.

Saya kira ulasan yang diberikan sudah agak menyimpang kepada penceritaan cerpen tersebut. Jadi, eloklah saya berhenti di sini sebelum saya pergi lebih jauh. Untuk mereka yang ingin menelusuri pendirian Wefaya dalam menuntut hak yang memang menjadi hak mereka, bolehlah kalian memberi ruang kepada Perca-perca Cinta Palestin untuk menyingkap kisahnya.

“A capacity and taste for reading gives access to whatever has already been discovered by others”

~ Abraham Lincoln ~

Tuesday, February 3, 2009

Bek tu Skool~~

Semester baru sudah bermula. Masing-masing penuh semangat untuk ke kelas, baik yang muda mahupun yang terlebih senior. Saya? Mestilah full of spirit lagi. Kalau ada kelas tu, 20 minit awal sudah duduk di bilik kuliah. [merujuk kepada minggu pertama] Yelah. Takkan orang ada kelas, saya lepak di bilik tengok Awan Dania. Hish, gelap masa depan.

Azam saya tuk semester baru ni? Hahaha. Nak bagi tahu ke? Oklah, sharing is caring kan. Saya nak kumpul stamina [kurus] sikit. Jadi, at least seminggu sekali (2 jam) saya berhibernasi di gimnasium. Lagi? Saya tak mahu join apa-apa dinner @ function, mooting dsbnya. Sebab utama saya tak pergi mooting, saya tertidur dalam court last year. Huh, siapa suruh lama sangat membebel bercakap dalam court tu. Saya rasa whole judges di Melaka sudah black list saya. Nasib baik tak terima surat saman mengatakan saya menghina mahkamah. [law moot court je]

Itu jelah azam saya buat masa ni. Kalau ada lagi, saya tak inform next time. Nak study sunguh-sungguh tu mestilah. Semua orang punya keazaman seperti itu. Sudah bayar mahal-mahal dekat MMU, finance tak update pulak tu, takkan nak study ala kadar jekan. Kamonlah, itukan sudah menjadi suatu kewajipan.

Saya nak buat pengunguman penting ni. Isnin, saya TIDAK ADA kelas. [tertakluk pada perubahan]. Siapa isnin tak ada kelas lagi? Jom kita buat fan club nak. ehehehe (",)

Oklah, time is running. Sekarang sudah 8.30 pagi. Saya mahu mandi & lajurehat [breakfast]. Pukul 10-12 saya ada kelas. Petang pukul 2-4 pun saya ada kelas. Esok, lusa dan tulat juga saya ada kelas. Jadinya, mahu permisi dulu ye ibuk-ibuk sekalian.

p/s: Senin: hari power rangers charge energy. Yahu~

amik nota: hari ini sudah selasa.