Wednesday, February 4, 2009

Sehelai Kaffiyeh


Sebuah kisah perjuangan

Sebagai bukti secebis kesetiaan

“Namun beralasan dan berpeluk tubuh tanpa mengusahakan sesuatu juga dosa. Jihad Baba adalah melalui saluran akademia, sementara buat masa ini perjuangan saya, seorang warga dunia terhad kudrat jasmani dan rohani - maafkan, saya beralasan lagi - masih berlegar meliputi demonstrasi prokeamanan, memaksimumkan tekanan politik ke atas ahli Kongres tempatan yang saya undi, menawarkan penerangan kepada sesiapa yang kepinginkan kebenaran serta ya, berkaffiyeh sebagai simbol solidariti. Biar pun tidak banyak, tetapi inilah perca-perca cinta yang mampu saya kirimi kepada saudara-saudara saya di Palestin.”

-Wafeya Mustafa

Sebuah cerpen yang tampak matang dalam menelusuri jiwa feminis yang punya pendirian. Cerpen yang dihasilkan oleh Rebecca Ilham seorang penuntut Fakulti Kejuruteraan Petroleum, Colorado School of Mines, Amerika Syarikat telah berjaya membuka minda pembaca serba sedikit tentang 'permainan' politikus yang melibatkan beberapa pemimpin sehingga memberi kesan kepada sesebuah negara.

Kuasa dan keuntungan. Dua perkara yang jika kita memilikinya secara veto, nilai kemanusiaan seolah-olah seperti 'red carpet' di Oscar Award. Bernilai tetapi diinjak-injak. Tidak perlu mengambil contoh lain, Amerika Syarikat misalannya merupakan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB tetapi lihat sahaja apa yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan Palestin. Semua kezaliman yang berlaku di sana mempunyai hubung kait yang tidak perlu dinafikan lagi oleh pihak Rumah Putih sedangkan perlembagaan PBB telah menjelaskan mana-mana negara ahli Majlis Keselamatan yang merosakkan/mencemarkan pelaksanaan dasar akan ditarik balik hak eksklusif yang diperoleh apabila menjadi anggota MK PBB.

Melihat kepada pendirian PBB, saya kira seperti menonton filem Sifu & Tongga. Betul-betul mencapai target box office. Konsep asal perlembagaan PBB sebenarnya senang sahaja dan cukup jelas. Cuma pelaksanaannya sahaja kelihatan mempunyai unsur kontradiksi dengan perlembagaan asal sekaligus ianya memberi natijah kepada yang lain.

Saya kira ulasan yang diberikan sudah agak menyimpang kepada penceritaan cerpen tersebut. Jadi, eloklah saya berhenti di sini sebelum saya pergi lebih jauh. Untuk mereka yang ingin menelusuri pendirian Wefaya dalam menuntut hak yang memang menjadi hak mereka, bolehlah kalian memberi ruang kepada Perca-perca Cinta Palestin untuk menyingkap kisahnya.

“A capacity and taste for reading gives access to whatever has already been discovered by others”

~ Abraham Lincoln ~

2 comments:

Rebecca Ilham said...

Salam,

terima kasih atas entri ini!

-RI, Colorado

syamimi azmira said...

w'slm,

Sama-sama. Juz my 2 cents :)

btw, thanks a lot sbb sudi singgah.

mohon tunjuk ajar (",)