Thursday, April 30, 2009

If...

Jika saya diberi peluang Melaka / Cyber
Definitely saya pilih Cyber
Saya bulat besar-besar & letak anak panah atas 'Cyber'
Biarlah saya penat
turun naik bukit dari satu bangunan ke satu bangunan
Janji saya puas!
Saya suka dengan environment dia
Saya nak dekat dengan Mama, dekat dengan family saya
Bila ada yang tak sihat boleh saya jaga
Saya selalu rindu masakan Mama. Kenyang macam mana pun, tak sesedap macam mama masak
*Athirah ckp N.Goreng Kg dekat yellow shop tu pun tak boleh challenge even telur goreng mak aku
Dekat Cyber ada swimming pool, gym yang lebih 'havoc', Grand hall & bukan main hall
*saya tak suka kepada Diskriminasi
Cyber dekat dengan rumah saya. At least, weekend saya boleh balik bagi kucing makan. Dalam rumah, saya je yang suka bagi kucing makan nasi sebab yang lain lebih suka tuang 'friekies' bermangkuk-mangkuk.
*kucing saya berselera Melayu
Lagi pun Internet dekat Cyber laju. Ianya akan memudahkan kerja saya. Dan yang penting Cyber ada Cybertracker ;p
*It dekat EP terlebih laju, melebihi tahap piawaian & kadang-kadang meyebabkan tekanan darah saya menjadi tinggi.hurm
Saya rasa Cyber lebih kondusif tempatnya berbanding Bukit Beruang. Tenang je rasa. Nama pun 'City of Intelligence'
Itu jika saya diberi pilihan...

Sekali saya melangkah tidak mungkin saya berundur.Biar rebah 1000 kali pun.
Get into ur track Syamimi...

p/s: AJ sila makan ubat penenang supaya ko tak pitam 100x bila baca posting ni.LOL ;p

11.11am
30 April

Friday, April 24, 2009

Riang Ria d'Pagi Jumaat



Alhamdulillah (",)

I'm very2 happy today coz we're already finished our M'sian Studies presentation & membuatkan saya over excited sebab we got Full Marks for the presentation. Yeay...! (^-^)

Yeay...!
Yeay...!
Yeehaaa...!
~ Morning, b4 the present ~

Akhirnya berbaloi juga penat lelah kami selama ni duk fikir macam manalah nak buat our presentation to be creative. So, at first we all suggest just do the dancing. But, bila tengok duration dia is less than 10 minutes. So, totally not enoughlah coz minimum 20mins. We already went to Baba & Nyonya museum but at first cannot bring any kind of camera inside. So, we just went there for the report.

So, we decide by hook or by crook we need to go there again and buat recording INSIDE the museum but must get any formal letter from U. Chye Boon (my group member) was responsible to prepare the letter and get the signature from our lecturer. Then, barulah 4 of my group members went to the museum and buat recording kat sana. I tak pergi coz masa tuh midterm break. They're Malaccan & of course Begi not going back to Mongolia. So, we divided our task which I'd to prepare and complete the whole report while the rest involved dalam recording tuh.

~ Wif Fui Ting, manyak kelakar ini nonya ;) ~

After midterm break, everything completed except for the editing and the dancing still proceed. We kept practiced the dancing and mostly we practised dekat Shakira house (UG) sebab lebih selesa and segan ler pulak nak buat kat campus. The 2 days before the presentation, we practiced dekat venue yang sebenar supaya tahu kedudukan everyone.

I used the Baba Nyonya dialect for the greeting as well introduced my group members. Masa nih segan giler lor ;p Then, we all proceed with video and lastly barulah dance. Dance lagilah, segan tapi control jek =p So, we finished around 20min & actually xcukup masa sangat :( Nak lagi madam :P

That's a brief about our presentation & we did record during the dancing but no need to upload here ^^. Banyak jugaklah rintangan yg we all faced masa mula2. About the museum yg we all cuba pujuk supaya boleh bwk camera. But, the Nyonya there stand xbagi jugak. Penat weih. Then, dorang explained macam nak cepat habis kerja sampai tak boleh nak tanya or interview. Nak cari costume for one of our group members, Begi (Mongolian students) pun prob jugak. 2 days before present baru dapat. Cuak weih :O Nak cari information for the report lagi. Habis Jalan Temenggung tuh kami jelajah.

Banyak jugalah rintangannya [mcm amazing race lah pulak =p]. Ha, termasuklah memikirkan sama ada kebaya nyonya yang saya beli masa umur 16 tahun muat ke tak lagi. Selera pun jadi gundah gulana kerana turut memikirkannya ;p

~ Wif Begi, she's so excited to snap the pic coz she want to sent to her parent ~

Ada jugak perkara sedih yg berlaku. Begi's housemate merangkap her bestfriend who also from Mongolia just past away last Saturday sbb involved dlm kemalangan in front of MMU. Masa tuh, emosi dia memang tak stabil. Jumaat, the girl accident then on Saturday she died. Mana tak shocked. Rabu lepas, mayatnya dah dihantar ke Mongolia. Saya dengar pun terkejut tapi taknak tanya banyak2 coz masa dia cerita kat saya, dia nangis sampai merah-merah muka. That girl baru Alpha & tak sampai setahun pun dekat Malaysia. Nak datang sini elok je family hantar & balik tgk dah tak bernyawa. Klu tak silap saya, yg dtg juz her uncle and brother because parent dia kat Japan. Moral of the story, bawak kete ke motor ke, lori, tangki minyak or even beskal jgn ikut sesedap rasa. Ingatlah orang yg tersayang...

~ Wif Shakira, I determine nak loose weight bila b'diri beside her.Heheh ;) ~

Before I stop, I want to thank to all my group members for the best effort, good cooperation, pandai reducedkan tension masing2 even everyone busy with test, assignment & class [especially sape yg amik 7 subjects thim sem but still xskip any meeting & practices], tak gaduh2 (I cukup fobia dgn benda nih but this group dah buktikan fighting is not a fenomena yg perlu diwarisi in group works], give & take to each other and the most important thing respect & appreciate what everyone had done. Credit to all of u and thank u so muchhy2 :D

Akhirnya, sy dapat merubah perspective towards International Students coz before nih, org duk cakap dorng nih wat kerja melepas batuk di tangga, malas & byk lagilah. Yes, maybe ada yg mcm tuh even local students pun ramai & dlm sedar xsedar saya pun tergolong mungkin. But, when we're not satisfied to them, just face to face and tell them what is wrong & what is right. Begi is one of the IS yg I kenal & she is good, rajin and mahu belajar. [But she still dont like the Cendol & even tengok gambar pun muka dia mesti berkerut :P] hahaha

~ Wif Mdm.Husni. *US* ~

p/s: hehe.Masih terngiang-ngiang lagi Mdm.Hosni ckp, "this is the most excellent presentation.I can see their effort and they deserved to get Full marks". Congratulation! Thanks Madam for ur support :)

Thursday, April 23, 2009

Menjamu Selera di PWTC

Dari hari ke hari nak update pasal pergi ke Pesta Buku Sabtu lepas. Tapi kena siapkan 1 assignment dulu. Dan semalam telah SETTLE semuanya dan terus submit dekat bilik lecturer. Yeay! Lega hatiku. Percutian di Korea pun boleh diteruskan dengan penuh suka cita.

Sabtu lepas, saya pergi berdua dengan Isha. Tira mulanye nak ikut, tapi dia ada test Sabtu pagi tuh. Cian2. Tak dapat balik. Kami bertolak lebih kurang pukul 11pg, lewat sikit coz pagi tuh Isha ada test. So, dari Shah Alam dia amik saya and direct pergi Bukit Jalil. Kteorg rancang nak ke Mid Valley dulu sbb saya nak survey sweater kat sana. Hehe. Akhirnya terbeli jugak kat Tropicana Life [dah boleh 'pangkah' satu wishlist sy]. Alang2 dah lunch hour, kteorg makan je kat sana. Isha je yg makan sbb saya dah kenyang. Mama masak special pagi tuh, Nasi Lemak kaler hijau. Best2 :D

Lepas Solat Zuhur, kami terus ke PWTC naik Komuter sebab klu naik kereta dah tentu sangkut berjam2. Jammed teruk sebelum sampai PWTC tu. Sampainya kat sana, for sure orang dah berkerumun and kami terus ke tingkat 1. Sebelum masuk dewan tuh, dah nampak booth Ameen Publishing dan terus ke sana. Ameen Publishing nih banyak jugak keluarkan novel2 sastera yang terbaru. Jom kita tinjau..!

Antara novel yang saya beli dari Ameen Publishing. Ada lagi. Malas nak snap semua buku :P

Bersama Isa Kamari, penulis novel 'Atas Nama Cinta', 'Memeluk Gerhana', 'Sumur Usia' [puisi] dan yang terbaru Rawa [mengisahkan tragedi Pulau Batu Puteh]. Saya pernah baca buku 'Atas Nama Cinta' beliau sebelum nih. Kisah Nadhrah yg pernah menggemparkan nama Tanah Melayu suatu masa dahulu. Ingat x? Tak ingat?hehe. Nanti baca ye, penting sbb bkn shj melibatkan sejarah Negara tetapi maruah Melayu & Islam... Di sebelah Isa Kamari tu penulis jugak. Penulis 'Cetusan Kasih'. Ngeh3. Nak autograf? =p

Hehe. Autograf dari FT ~~

Yang ni pulak dari Isa Kamari. Isa Kamari ni sebenarnya berasal dari Singapura. Jauh beliau datang ni. Actually, saya beli buku Rawa & yang Sumur Usia tuh dapat FREE [as a gift siapa yang beli buku beliau]. Tak tahu sekarang ada ke tak lagi. Lucky2~~ :D Dalam novel Rawa tuh pun ada autograf Isa Kamari. kues3 ;p

Dua buah buku kat atas ni wishlist saya bulan Januari lepas. Tapi macam out of budget, saya sabo2kan ler diri ni. Beli masa Book Fair, dapat lagiiii murah. [mcm ayat Misae lah pulak ;p] Rindu Andalusia tuh saya beli dari Telaga Biru. Dia tak translate lagi ke Bahasa Melayu. Guna bahasa Andonesy. Mak aaii. Mcm sinetron pulak bila baca buku nih. Baromkeh pulak saya beli dari Utusan Publication. Utusan takde novel sastera yg terbaru sebab klu hadiah Utusan biasanya dia released bulan Julai. So, saya beli 1 jek novel dari Utusan :(

FT tengah cakap2. Hehe ;) Ni masa dekat Booth ITNM. Time nih, FT promote buku The Prau With The Silent Soul [bedar sukma bisu]. Saya suggestkan dekat semua yang baca blog saya nih, anda bacalah novel nih. Memang best...! Wefada2~~

Saya singgah booth nih kejap, nak survey harga kamus Al-Mawrid. Sini banyak jual kitab-kitab Arab. So, masa nih saya cuba try test conversed tanya harga, itu, ini in Arabic. Huhu. Best2. Pakcik ni fhm saya ckp, sy pun fhm dia ckp. Tapi bkn guna bahasa Arab pasar ler :p

Ni ha kitab2 yang dia jual ~~


Ala2 macam Book Fair kat Alexandria dah =p

Isha tgh tunggu saya sebab saya naik ke Tingkat 2 jap. Nak survey booth Lexis Nexis. Mahal2 wo buku kat situ. [saya dtg mcm tgk pameran jek, xbeli pun] ;p

Ketahuilah, saya bukan peminat fanatik FT... heheh. Caye tak..?

Suasana di 'Hari Raya' ^-^

Lepas dah habis pusing kat tingkat 1 tuh, kami turun pula ke bawah sbb nak cari booth PTS & MOY. Adik sy kirim buku terbitan PTS yg bertajuk Kejatuhan Sesebuah Tamadun [something like that ler tajuk dia, sy pun xigt]. Ingatkan booth PTS kat atas, rupenya kat bwh. Ramai sesangat orang kat situ, kebetulan ada Nik Nur Madiha yg dapat 20A's buat sesi bertemu peminat. So, saya jalan jela coz susah nak cari buku time tuh. Usahkan nak cari, nak capai buku kat rak pun boleh turun 2kg. ish2. (hiperbola jek :P) . So, isha cpt2 tarik saya ke booth MOY sebab dia nak beli majalah Ujang.Heheh. Dari dulu lagik dak ni suke majalah cenggini. Boleh released tension kot :D

Saya beli nih untuk Mama. Saya selalu ber'cuti' di Korea. So, alang2 dah bercuti bolehlah fly dengan Mama sekali. Kekeke. Abaikan bagi sesiapa yg tak faham ;)

Ada beberapa buku lagi yang saya beli. Tapi, takyah ler nak masukkan semua gmbrnya kat sini :p Yg ada kat atas nih cukup lah ye.

Abg nih buat tutorial melukis muka Popeye, Donald Duck, Ben10 & byk lagi lah. Bila dah penat2 jln, kteorg lepak dulu di sini sebelum smbung, dan smbung, dan smbung, dan smbung, dan smbung lgi berjalan....

Hehe.Adik dapat present dari Pak Latip baru2 nih. Weih, nak jugak. Sy pun pelik mcm mane dia boleh minat novel2 yg berunsurkan sejarah. Saya suh dia baca Shin Chan, dia taknak. Ish2~~

Eh. Lupeee ;) Last but not least..

Bersama Faisal Tehrani. Dalam gambar lain sedikit. Kena tengok real punya. Weh, kelu lidahku berbicara...

Sudah2..! (sambil tampar2 pipi =p) All in all, bestlah Pesta Buku nih. Bagi yg pencinta buku, ilmu, disinilah kita boleh'melampiaskan nafsu' kita. [uppss..*sensored]. Heheh. Sesiapa yg tak tahu kemana time2 wiken, eloklah anda ke PWTC nih sebelum 27hb April, klu sy tak silap. This is the last Book Fair yg saya boleh pegi dgn Isha. Lepas nih, cannot predict. Ada rezeki kte boleh jumpa. InsyaAllah. Ingat, time nih boleh pergi berempat sbb the last chance before Isha fly. But, farhana tgh sibuk & athira pulak ada test. Takpe2. Next time ye :)

Bye2~~

Thursday, April 16, 2009

Kalau ada jodoh tidak kemana...

Sungguh cantik cindai di pinggang,
Terkadang indah dibuat selendang,
Puteri kayangan santun berkebarung,
Molek lagi saudara bercekak Musang.

Pantun yang saya reka khas buat David Archuleta (",)

.....


Ish2. Tajuk entry yang agak cheeky kali ini. Matilah kalau mama baca, mesti call on the spot punyelah. kekeke. Actually, post kali ni nak cerita mengenai Bengkel Penulisan Bebas yang saya attend last week. Tapi sebab dah dekat seminggu tak recall, so terlupa sikit. All in all, boleh tahan jugaklah penyampaian dia. Sesiapa yang berminat nak jadi penulis, this is one of the great opportunity. Dia ada briefed tentang teknik menulis untuk gain pendapatan, develop kita punya skill bagi yang ada bakat berkarya, format-format yang mengikut kehendak editor dan banyak lagilah.


Dulu pernah jugak berangan-angan nak enter dalam bidang penulisan.hehe. Itu dulu, but nowadays dah kurang sikit sebab lagi enjoy baca karya-karya yang saya minat. Masa dekat bengkel tu, En.Zamri ada buat test tentang Mengenali Pemikiran Anda. So, saya ni banyak jawab C iaitu tergolong dalam peringkat pertengahan, sesekali terbuka / tertutup (adjustable) apa yang terbuka & tertutup pun saya tak sure.huhu. Fleksible, teliti pada peringkat pertengahan & ambil mudah. Saya check2 balik ada jugak betulnya.hehe. Ada common sense disini :p

Bengkel Penulisan ni start pukul 9 pagi dan stop kejap pukul 12.30. Lunch hour. So, time tu saya balik dulu sebab nak makan, solat, download cite & last2 tertidur. Mula-mula tu ingat nak terus tidur je & skip sesi petangnya sebab ngantuk sangat tapi tiba-tiba teringat file tertinggal kat Sri Ruby (venue bengkel). Dalam pukul 1.55ptg bangun dengan terpaksa dan menapak kembali ke kampus. hihi. Biasalah weekend merupakan hari bermalas-malasan. But, luckily saya attend sesi ptg tu sebab it's more interesting & mostly bersemangat je. Pelik jugak, sebab biasanya after lunch mesti sleepy face yang kelihatan. But kali nih look different..!

That's all bout Bengkel Penulisan :)

...


Esok (jumaat) saya balik rumah sebab Sabtu saya akan ke Pesta Buku Antarabangsa. Tak list lagi buku apa yang nak dicari sebab kebanyakan novel-novel terbitan Utusan Publication/Hadiah Utusan yang terbaru release bulan Julai. That means yang ada kat booth UP tuh last year punya. Maybe boleh jumpa yang mana saya takde lagi. FT pun keluarkan satu je buku baru.Haish.Eh2, tapi wishlist January tak dapat lagi. hehe.Inilah masanya memenuhi kehendak yang belum dipenuhi =P Btw, langkah kanan jugak saya & member pergi Sabtu ni sebab ada pelancaran Novel FT iaitu Ketupat Cinta. Yeehaa.. Seronok2. Hanif Amir, sila jangan menimbulkan rasa tidak puas hati. Ngehngehngeh ;p

News terbaru selepas bertandang ke laman FT: Bedar Sukma Bisu diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Great Job! Before ni pun novel FT pernah jadi bahan bacaan mahasiswa pengajian Melayu di U of Cologne, German. So, lepas ni sistem pendidikan kita bolehlah ambil pendekatan menjadikan karya sebegini sebagai bahan bacaan wajib di sekolah. Ye tak?

Serasa mahu memilikinya untuk dijadikan 'buah tangan' buat seseorang

Hoho. Ada 1 assignment lagi menanti. See u..!

Sunday, April 12, 2009

Shopaholic

Good Day :)

Almost 1 week saya tak update blog coz quite busy dengan midterm test & assignment. Alhamdulillah..Segala test dah settle just ada dua assignment kena submit next week. Last friday, pergi tengok wayang wif my classmates sebab dah janji dengan dorang a day before. But, mula-mula tuh ingat nak pegi pagi. Unfortunately, cerita tuh start pukul 4. So, dalam pukul 2 lebih kte org gerak ke MM sebab nak lunch dulu kat sana. Sory my 'jaddah zani'. hehe.Aku terlmbat sikit sbb basuh baju =p


Conclusionnya, bestlah cerita tuh. Ada moral of the story & banyak jugak humor dia. Yang tak tahan bila scene Derek Smeath jadi stalker sbb nak kutip hutang daripada Rebecca Bloomwood. Huhu..Lawak giler muka dia. Maybe sesiapa yang tengok shopaholic ni anggap movie ni as a 'pure chick-flick at heart'. Tersentap sekejap je lepas tuh Gone. But, untuk yang pre-shopaholic, its good for u to watch this movie as a 'reminder'. hehe.

Luckily, i'm not a shopaholic. I did ym-ing dengan mama that night discuss pasal isu ni and confessed yang saya bkn shopaholic nor even in the future. Absolutely, mama tak percaya coz bila dah kerja for sure i'm gonna be like that. haha. Semua org mcm tuh. For the time being, bolehlah control sebab ada byk komitmen esp as a student who totally depend on parents or scholarship. But, masa akan datang it's an unpredictable...

Minggu ni, saya marathon one korean drama which released last year. Semua ada 21 epi but i'm really2 SADddddddddd bcoz last episode dia tak uplode even dekat youtube.Gosh. Episode last pulak tuh. Isk2. Sesiapa yang ada cd dia, hehe. Nak pinjam. or anyone yang tahu source dia kat mane plz inform me ASAP k! Tajuk drama ni On Air. Cerita mengenai casting, producing a drama and mostly about their life. They hide their romantic feeling but we still can observed through the body language. suweett..

Hana Kimi / Hanazakari no kimitachi e

I'm still marathon Hanazakari no during this weekend. Credit to AJ coz inform about this drama. I'm going to watch both version, Taiwan & Japan. But, for now I've to complete the Taiwanese version first. Then, end up wif Hana Kimi :)

Last but not least. A Japanese Drama which i'm going to finish before balik rumah this friday. Sebelum ni, saya ada tengok cerita Awan Dania and for me it's a cool Malay Drama yang tak involve kisah cinta as a main theme. Cerita ni lebih mengisahkan kisah seorang perempuan yang berperangai seperti lelaki tetapi mempunyai jiwa yang bercita-cita tinggi untuk menjadi flight attendance. She have to turn 180 degrees not only her 'boyish' image but the most important thing the attitude of a FA. Certain ppl said Awan Dania tu ciplak from AP. But, saya tak kisah pun as long jalan cerita tuh menarik & of course ada moral story.

...

18 April: yeay. Pesta Buku Antarabangsa :D

Got to go guys. Bye2 never say goodbye...

Friday, April 10, 2009

Kembali?

uhukuhukuhukk.

Bukan perbendaharaan kata Thai ye anak-anak. Cuma terkejut sahaja. Fuh, tengah seronok2 bercuti di Korea, tiba-tiba terdengar dentuman bom. Oh, terpaksa delay flight 5 min. Kejadian setahun yang lampau kembali menerjah di tempat yang sama. Latitud & magnitudnya lain sikit kot. Watak dan masa pun mesti berubah.

..

Ish, takut. Boleh bengkak kalenjar pituitari mendengarnya. Nak transit dekat Bukit Katil kejaplah.

Pesanan Penaja: Semakin hari semakin sayang :)

Saturday, April 4, 2009

Jusco

gambar sekadar hiasan


الاتجاهات إلى جسكو
نهن الان فى جامعة ملتمديا و سوف نمشى إلى جسكو .واحد , نمشى حتى يوجد إثنان إشارة و نمشى يوجد مفرق. ثم لف يسار و نمشى في جسكو

.....
testing.testing.

Tidak ke betul ye? Saje je buat direction pergi Jusco dari MMU guna lughotul al-arobiah. Lepas nih, maybe ust.N nak test kita orang pulak mcm mane nak pergi Zoo Melaka. AJ cakap Zoo depan jusco jek. Ish2. Betul lah kot. Maknanya, Tmn Buaya tuh dalam Jusco lah kan? Oh, tidak!

Izzani. Zoo Melaka mane? Nanti Ust.N tanya.

^^ Ust N=Najib.huhu. Kawan baik AJ. Teman se'seekers' kitaorang. Pergi bilik ustz bukannya buat apa. Bertukar-tukar cerita hantu.Ish, ustz sapelah nih =p

Aj: best tak ngajar kat MMU ustz?
Ustz N: Menyampah.

S minho: besarnya tabung ustz?
Ustz N: Nah amik. Isi. Setiap kali korang dtg, setiap kali tuh isi.

*diam tidak terperi. Ada ke patut 'pow' member anak murid sniri.

Ustz N (bila setiap kali kelas): kita bila midterm ye?
dgn sebulat sore: &^*&%#$@

Konklusinya : enjoy ur learning process.

::::::::"""""":::::::::

Apa korang rasa bila pagi-pagi bangun dengan terkezutnya tengok dah pukul 7.60 am, kelas pukul 8 ada baju yg tidak korang kenali dalam bilik? [mcm pening je soklan ni]

balik semula.

Apa korang rasa bila roomate korang ckp 'tmn tapi mesra'nya masuk bilik & time tuh korang tgh tidur?

faham tak?tak faham? Lantaklah.
*FANTASTIC joke*

p/s:3 April masih boleh dianggap 'bodoh April ke'?
ps2: 'teman tapi mesra' m'punyai jantina yg bertentangan dlm senario ini.

Thursday, April 2, 2009

Kkotboda Namja

isk isk. Dah habis pun boys over flower. Happy ending tapi tetap nak sedih sebab dah tak dapat nak tengok jun pyo. Lepas nih dah kurang satu pembakar semangat nak study atau buat assignment. Kalau dulu before study atau buat kerja lain mesti download dulu BOF. Sambil download tuh pegi study atau ke kelas dulu. Dah settle semua benda, baru syok tengok BOF.

Walau apapun, saya tetap satisfied dengan ending dia. Mula-mula tu ingat macam sedih je endingnya sebab Jun Pyo hilang ingatan lepas accident tu. Tambah geram lagi, bila Yun Mi interrupt masa nak dekat habis scene BOF ni. Hish. Tak sesuai langsung. Jun Pyo hanya untuk Jan Di nya sahaja ok. Plz don't interrupt. JJ.

At, last Jun Pyo proposed semula Jan Di after 4 years in America & became a successful b/man. Jan Di pulak masa tuh masih di Shinhwa U, study medic dengan Ji Hoo sunbaenya. Ji Hoo look so matured lor masa nih. F4 still maintain kewl. And the most important thing, mak Jun Pyo dah tak macam 'witch' & she retired from Shinhwa Group. She lets her children to run the business. That's the best choice lah kan. Dia jaga her husband yang sudah mula recover from collapse. That's all about the ending. hehe. So sweet... Tambah sweet lagi time Jun Pyo ingat semula Jan Di. ehehe.

F4 - My gents
Jun Pyo - Jan Di's star
Ji hoo sunbae - Kak su ehem ehem (still in da list, need to sort 1st) =p
Lee Min Ho - Syamimi prince charming . ahaks (",)

이민호

btw, next week ada midterm. Min ho...! Min ho...! Where are u???

너무 보고 싶었어요.
나는 당신을 사랑합니다

do bwa yo~~

Menjauh

'Lagu untuk adik2 tersayang' kembali ku putarkan. Satu 'folder' nasyid yang kak ecah hadiahkan diawal kedatangan kami di bumi Melaka ini. Teringat kembali begitu ghairahnya kami dengan irama nasyid semasa baru-baru menyertai usrah.

Boleh dikatakan setiap hari akan bergemalah suara Amar, Brothers, Hafiz Hamidun dsb di tingkat 4 BBU sana. Juga tidak ketinggalan suara Tompi (Ramadhan Datang) turut sama bergema tidak kira semasa Ramadhan atau pun bulan lain. Oh, Tompi itu favourite saya. Sebabnya biarlah rahsia.hehe.

Bukan setakat itu sahaja keghairahan kami, gambar-gambar Islamik turut sama menjadi kegilaan pada masa itu. Jenuh men'save' gambar dari Iluvislam, belayar pula ke laman web Islamik lain untuk mendapatkan gambar terbaru & unik pada pandangan. Itu dulu.

Malam ini, entah kenapa jiwa saya seakan-akan memberontak untuk mendengarnya kembali. Sudah lama saya biarkan folder itu ber'habuk'. Dan saya semakin lupa di mana susunnya irama-irama keTuhanan yang kerap kali saya mainkan suatu masa dahulu. Ah, lalainya aku dengan duniawi ini sehinggakan irama yang pernah menjadi 'halwa telinga'ku, cuba diketepikan.

Perjuangan yang kulalui ini pula kurasakan ibarat helaian rerambut yang dibelah-belah. Bertambah sukar bila diri menjadi lemah dan iman semakin menurun. Aku cuba untuk berdiri dengan sisa-sisa kekuatan yang berbaki. Tetapi, langkahanku semakin perlahan dan aku takut ke langkahan seterusnya. Gusar jika tersalah laluan...


*******
MasyaAllah! Ana assif ya Allah.

Adakah aku semakin menjauh? Dekatkanlah aku denganMu. Tunjukkanlah hambaMu ini ke jalan yang benar. Jauhkanlah aku dari godaan syaitan yang bakal menjerumuskanku ke neraka jahanam.

Ihdinaa sirotol mustaqim...

Aku rindu padaMu.
aku rindu pada Haramain itu dan juga rindu akan RasulMu.

Ampunilah dosa-dosaku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku, guru-guru yang telah mendidikku, saudara-maraku, jiran-jiranku dan sekalian umatMu.

Ampunilah kami ya Allah. Dekatilah pintu hati kami dengan agamaMu. Lindungilah saudara seagama kami dari kekejaman kafir dan berkatilah kami di atas muka bumiMu ini.

Limpahkan rezeki yang halal kepada kami & keturunan kami.

Amin ya Rabbal alamin.

hambaMu.