Boleh dikatakan setiap hari akan bergemalah suara Amar, Brothers, Hafiz Hamidun dsb di tingkat 4 BBU sana. Juga tidak ketinggalan suara Tompi (Ramadhan Datang) turut sama bergema tidak kira semasa Ramadhan atau pun bulan lain. Oh, Tompi itu favourite saya. Sebabnya biarlah rahsia.hehe.
Bukan setakat itu sahaja keghairahan kami, gambar-gambar Islamik turut sama menjadi kegilaan pada masa itu. Jenuh men'save' gambar dari Iluvislam, belayar pula ke laman web Islamik lain untuk mendapatkan gambar terbaru & unik pada pandangan. Itu dulu.
Malam ini, entah kenapa jiwa saya seakan-akan memberontak untuk mendengarnya kembali. Sudah lama saya biarkan folder itu ber'habuk'. Dan saya semakin lupa di mana susunnya irama-irama keTuhanan yang kerap kali saya mainkan suatu masa dahulu. Ah, lalainya aku dengan duniawi ini sehinggakan irama yang pernah menjadi 'halwa telinga'ku, cuba diketepikan.
Perjuangan yang kulalui ini pula kurasakan ibarat helaian rerambut yang dibelah-belah. Bertambah sukar bila diri menjadi lemah dan iman semakin menurun. Aku cuba untuk berdiri dengan sisa-sisa kekuatan yang berbaki. Tetapi, langkahanku semakin perlahan dan aku takut ke langkahan seterusnya. Gusar jika tersalah laluan...
*******
MasyaAllah! Ana assif ya Allah.
Adakah aku semakin menjauh? Dekatkanlah aku denganMu. Tunjukkanlah hambaMu ini ke jalan yang benar. Jauhkanlah aku dari godaan syaitan yang bakal menjerumuskanku ke neraka jahanam.
Ihdinaa sirotol mustaqim...
Aku rindu padaMu.
aku rindu pada Haramain itu dan juga rindu akan RasulMu.
Ampunilah dosa-dosaku, ibu bapaku, sahabat-sahabatku, guru-guru yang telah mendidikku, saudara-maraku, jiran-jiranku dan sekalian umatMu.
Ampunilah kami ya Allah. Dekatilah pintu hati kami dengan agamaMu. Lindungilah saudara seagama kami dari kekejaman kafir dan berkatilah kami di atas muka bumiMu ini.
Limpahkan rezeki yang halal kepada kami & keturunan kami.
Amin ya Rabbal alamin.
hambaMu.
No comments:
Post a Comment