Sunday, June 14, 2009

Coti sudah habis

Today is the last day before going back to Malacca. Tak puas ok! Banyak lagi rasenya nak buat time cuti-cuti ni. Tapi apekan daya, semester break MMU tak same macam IPT lain. But luckily cuti kali nih clash dengan cuti sekolah even 2 minggu sahaja semester breaknya.

Little bit about the activities during the hols;

31/5 --> Kenduri kahwin anak jiran lama di Setiawangsa. Aura pengantin nyaris-nyaris hilang dek hilaian tawa makcik-makcik yang sudah lama tidak bertemu. Dah macam jejak kasih pulak :p

IOI Mall

Me, Fana, Isha & Tira @ UM

3/6 --> Mini reunion di IOI Mall iaitu bersama ex-classmates semasa di tingkatan 3. Ramai yang tidak dapat hadir disebabkan cuti yang tidak sama. Tetapi, alhamdulillah dapat jumpa jugak walaupun hanya makan-makan & bermain boling. Petangnya ke UM surprisedkan 1 of my friends.

dari kiri; baba, a.firdaus (kazen) & tok kadi

5/6 --> Ke Sitiawan menghadiri majlis nikah my kazen. Berjalan-jalan di Lumut pada petangnya sambil menghirup angin laut Pangkor. Malamnya tidur di Teluk Intan dan keesokannya ke Sitiawan semula untuk kenduri sebelah perempuan.

6/6 --> Habis kenduri di Sitiawan, ke Lekir pula iaitu ke kenduri kahwin Imam muda Masjid Puchong Perdana. Petangnya, kami terus ke Kuala Sepetang makan mee udang yang agak fames di sana. Bermalam pula di Taiping selama 3 hari dan pulang pada isninya (8/6). Singgah sebentar di Ipoh dalam perjalanan pulang ke KL.

12/6 --> Bertolak ke Pantai Remis pada pagi Jumaat untuk menghadiri majlis nikah salah seorang sepupu saya jugak. Sampai agak lewat iaitu selepas asar, majlis nikah sudah selesai waktu kami sampai. Terus ke rumah sebelah pengantin perempuan untuk jamuan minum petang. Bermalam semula di Teluk Intan kerana keesokannya diadakan kenduri di Pantai Remis lagi. Jauh bebenor ghopnye p.Ramis ni, baru ku tahu...

13/6 --> Pulang ke rumah kerana esoknya saya akan balik ke Melaka. Sepatutnya, 14 hb merupakan kenduri kahwin sepupu saya di T.Intan, iaitu majlis sebelah kami tetapi malangnya isnin ade kelas, so xdapatlah teman nak join.

Antara aktiviti yang tidak dapat dipenuhi;

1--> Menonton Angels & Demons semasa mini reunion tempoh hari. Reason: waktu tak sesuai.

'Tis a Memoir ~ dpnjam di MMU lib. Memeluk Gerhana & Rindu Andalusia dibeli di B.Fair

2--> Menghabiskan bacaan buku-buku di atas. Jadinya, kena sambung di Melaka sahaja.
3--> Menonton Hannah Montana The Movie bersama adik di Alamanda, Putrajaya. Nih bukan sebab ape, terbangun lambat. So, terlepaslah waktunye =p
4--> Join class buat fondant for cuppies di USJ. Waktunya pula tak available :(

Sunday Afternoon,
new life begin
.

2 comments:

mommy said...

musim cuti mmg banyak kenduri kawin x??..
lama x baca novel..cuti ni nak beli novel banyak2 la..^^

syamimi azmira said...

Mmg. Dah sinonim, klu cuti mesti ade kenduri. Tak kirelah kenduri ape, tp selalunye kawinlah. Maya blk mesia kan cuti ni..wah, best2. Beli byk2 nnt bole bwk blk korea. :D