Sunday, July 19, 2009

11.22

Dear blog,

Tak tahan! Dah 4 hari aku tak bukak laptop ni. Last aku bukak tuk download lecture note. Damn, jangan jadi terlampau nerd. Bukan aku taknak update kau, cuma aku tak tahu nak cerita apa. Nak kata takde masa, pembohong. Eh, betul jugak. Aku busy. Soalan tutorial yg tak henti2 plus aku ada 2 midterm test yang aku rasa hectic jugak. Paper yang satu tu hari jumaat pukul 8.00 - 10.00am. Gila! Test je pun nak buat 2 jam. 3 soalan, jawab 2. 2-2 problematic. Satu lagi aku belum tau lagi. Ada 1 subjek yang tak pasti lagi bila lecture aku nak buat, sebelum midterm break atau selepas. Dia boleh announce bila-bila masa. Yang ni aku rase takut macam nak mati lepas tu hidup balik jadi ikan tuna yang dimampat-mampatkan dalam tin Ayam Brands. 2 subjects tu pun aku tak habis revised. Takut!

Semalam (merujuk kepada sabtu), aku pergi Law Seminar secara paksa. Compulsory dekat budak kelas aku. Aku pergi sebab ada participation marks. Kalau nak ikut hati aku, GTH. Tapi bila aku kat sana, rasa macam berbaloi lah jugak sebab yang datang tu bukan calang-calang. Aku paling suka masa Dr.Azmi tu cakap tambah lagi dengan rambut dia, guna jari pun boleh. Yang lain aku tidur je, tersengguk-sengguk. Sempat jugaklah cameraman tu shoot kat aku. Idiot, tutuplah flash kamera kau lain kali, kesian dekat roh aku terpaksa pecut masuk dalam aku punya jasad. Aku rasa orang sebelah aku pun siap kutuk-kutuk aku sebab aku tidur berjam-jam. Mr.Gary belakang aku pun aku buat dunno. Huhu. Balik tu, aku dah janji dengan kawan nak main masak-masak. Tapi sekali lagi aku tertidur. Pukul 5 baru aku pergi rumah dorang. Takpelah, kita makan malamkan.

Hari yang sama, mak aku text cakap nak pergi seremban. Hati aku dah berbunga riang. Harap sangat parents aku dapat datang Melaka. Tapi aku taklah cakap straight to the point. Berkias-kias sudah. Lagipun aku kesian kat ayah aku nak drive jauh-jauh. Jadinya, lepas aku main masak-masak kat rumah kawan aku ni, aku terus pergi library. Siapkan tutorial sambil mesej ayah aku tanya jadi datang Melaka ke tak. Tengok tu, ada intention lagi. Adik aku reply dengan cara berteka-teki. Aku dah ada instinct dorang ni mesti dah masuk tol Ayer Keroh. Sekali dorang text aku cakap dah ada kat roundabout MMU. Thanks God! Aku punyalah suka. Kira malam yang terindah selama seminggu aku di MMU (fyi, last week pun aku balik). So, aku dengan lecture note, soalan tutorial sambil pakai t-shirt psp Quran usrah diceriakan trek suit & selipar 3 ringgit aku terus balik KL. Huahuahua. Housemate aku assumed aku sleepover rumah kawan yang kitaorang main masak-masak tadi. Lantaklah, released sikit tense aku sepanjang minggu ni. Mana tak bahagia jumpa family, ye tak.

Aku balik ke Melaka arini. Semalam pun jadilah. Tak tahulah, bila tengok muka mak, ayah & adik aku rasa bahagia jek. Bagi akulah. Disebabkan kepulangan aku secara mengejut, maka tiket dari Shah Alam pun sold out, wiken kan. Aku pun naik bus kat Puduraya yang sesak macam kat Bangalore. Tapi, tahun depan dah tak macam tu sebab dorang akan berpindah ke Bandar Tasik Selatan. Senang sikitlah, kut. Dalam bus, AJ text aku cakap nak jumpa sebab dia nak bagi surprised. Dia pun otw ke Melaka, amik barang kot. Malangnya, kami tak dapat jumpa. Dia siap nak buatkan aku oreo cheescake, tapi tak sempat. Takpe, jangn sedih. Masih punya hari selagi aku belum jadi tuna Ayam Brands.

Dalam minggu ni, aku punya hari sedih jugak. Aku cuma malas nak layan sebab aku ada test yang menakutkan lagi. Permanently, aku TERbuang folder Korean Craze dari laptop aku. Sebenarnya aku nak clearkan display item dari komputer aku tapi aku terdelete folder tu sekali. Meroyan aku sekejap. Aku nak restore balik memang tinggal harapanlah kan. Sebab recycle bin aku tak boleh nak support benda berat-berat camni. Besar kot. Dude, aku sedih campur sedih. Sebab benda ni kau bagi masa kita mula-mula rapat. Nasib baik lagu yang aku dengar hari-hari tu aku save dalam hp.Mirotic, ingat tak? Hari-hari aku dengar. Yang aku rasa terkilan aku lost semua scene Hyun Joong & Hwang Bo dalam WGM. Dan lagi satu program realiti SS501 yang lama punya. Tambah lagi, dengan aksi-aksi DBSK + Big Bang. Aku lost semua wei :( Aku promise bila aku free & tak terbeban dengan benda wajib, aku track balik benda-benda ni..

Hidup aku berbeza dari trimester lepas. Aku malas nak share dekat sini sebab aku taknak buat tribute untuk sesiapa. Aku anggap kau, korang masih ada dengan aku. Tapi aku rindu gelagat kita yang lepas-lepas. Sekarang aku tiada sesiapa nak share kegemaran kita itu. Mr.Lefts kita pula dah lama tidak dengar khabar berita. Sudahlah, aku lebih suka benda macam ni menjadi rahsia antara 'kita'. Tidak seronok pula apabila semua dirungkaikan. Basi campur command. Hate! Cuma, aku sangat tersentuh dengan last text kau tadi. Biarlah rahsia. Jalan kita lain-lain, tapi destinasi kita tetap samakan. Aku rasa kau lebih serasi dengan Jae, crush kau bila kita start kenal. Aku rasa dia bukan gay, buat-buat je tu. Hee? hurm.. Aku tetap dengan Min. Takpe, kitakan ramai Mr.Lefts. Mr.Right saje belum jumpa.

Sayang tidak semestinya diucap dengan kata-kata. Aku sayang midterm test aku, aku tak pernah cakap dekat dia tapi aku selalu menemani kearahnya. Korang faham? Takpelah, kefahaman itu subjektif. Tiap kali aku balik, mak aku mesti kirimkan makanan. Jadi, aku nak sambung makan dan kalau aku larat aku nak sambung siapkan tutorial yang tertangguh dek kepulangan mengejut itu.

Esok 27 Rejabkan? Kalau korang belum habis ganti puasa, nak diet, tak cukup duit beli makanan sebab bankrupt sementara akibat meleburkan duit dengan buku-buku gemuk Law, jomlah kita puasa. Memandangkan aku banyak makanan malam ni, aku nak habiskan supaya esok aku tak puasa separuh hari. Siapa yang nak execise malam ni tapi kat luar hujan pun, bolehlah buat solat sunat rejab 12 rakaat. Aku promote je..

Selamat malam blog.

11.22pm
19 julai 2009

7 comments:

say to easy=) said...

nada macam stress je..hehe..cheer2 yeah=)
mimi,nanti kita stdy sama2 k..thanks main masak - masak itu ari oh =D..

syamimi azmira said...

bukan stress ler.. ni sharing wei :D
harus chill~ wokey.

juz my 2 cents. Nnt msk len plak..

Aqila said...

sori x dpt jumpe ritu, ayah aku nk cept balik plak. huhuh

few things:

- yela aku rase aku mmg ditakdirkan utk jae, tp chul tu mane aku nk homban?? :(( waaa kompiuss

- min? hahahha x abes2..

take care wei, aku takde ni. kalo rindu aku,msg or call la ehh :)

syamimi azmira said...
This comment has been removed by the author.
syamimi azmira said...

xpe.lgpun aku lmbt smpai.heee~

-homban dlm jeju island.. Hbs cita. Rituh aku lalu dpn kedai speck mr.left.kih3.

-shilliang.huhu ;)

ko pun sm. okok. Bo go ship da AJ.!

futnot: tQ Aj for the seperais.suke (",)

aqila said...

eiii abg kedai spek... hensemm kannn??? hahahhahah ramai lak mr left aku nihh..ishh

syamimi azmira said...

mesti. B'tmbh ensem bila dia kate muka aku cam freshies.kahkahkah..

mr.left rmai dibenarkn =P