Monday, August 10, 2009

7 tahun yang lampau

Sebelum aku mengenal TTD dan Ayat-ayat Cinta.. Bukan Puteri Lindungan Bulan merupakan antara koleksi yang aku sayang selain daripada kompilasi yoyo yang sangat 'heaven' bila dibaca.

yona, yoni, kuzer, tamara.. tetibe aku rindu pada korang. Cuti panjang kita jumpa balik ye!

BPL pulak nyaris-nyaris membuatkan aku nangis time ralit dengan novel ni. Aku kagum sangat dengan ketabahan Tengku Puteri Lea ape entah (aku dah xingat) mengharungi rintangan satu demi satu. Sangat-sangat kagumm!

lebih dari 1000 ms. Berminggu jugaklah aku pujuk mak aku suh belikan. Alasan; nanti berhari-hari akak 'hilang'!

Dulu-dulu (zaman renaissance aku), ramai yang prefer dengan novel Ahadiat Akashah. Aku terkecuali lah kot. Entahlah, tak 'into' sangat dengan karya dia. Aku prefer Liana Afiera Malik. Endingnya yang sentiasa membuat aku termenung berfikir. Dan lagi satu novelis yang aku admire till now, Aisya Sofea. Malangnya, dah bertahun aku tunggu karya AS tapi tak jugak keluar..

Perkenalan pertama aku dengan AS bermula dengan Lukman Hafizi bersama pasangannya (juga aku lupa, buku ni released masa aku darjah 2!) dan berakhir dengan Am & Ain ( sesiapa yang berkenaan; pinjamlah novel ni kat aku. Fully welcome! =p ). Aku harap ini bukan yang terakhir buat Aisya Sofea.

Sehangat Asmara by Aisya Sofea menjadi pilihan utama aku antara karya beliau yang lain. Novel yang maksu aku bagi sementara aku jadi 'freelance' tunggu result SPM. One word, BEST! Terasa macam aku pulak si Kay tu. perghh..Perasan!

Kenangan.. Bila aku rase rindu, aku selak balik mana yang pernah menjadi 'kegilaan' aku dulu. Terapi mindakan, maklumlah sekarang ni rase macam dituakan dengan segala macam kes & akta yang aku kira menjadi penyebab keguguran rambut tahap gaban (>,<).
******

Sesekali dunia buku memang perlu mengadakan ledakannya sendiri. Landskap sastera tenang biasanya - damai untuk mata dan mesra untuk hati. Penulis tidak akan merasa puas dan khalayak tidak merasa disentuhi. Baik penulis mahupun khalayak pembaca seolah-olah gementar oleh sesuatu kejutan kerana amat percaya bahawa alam cerita sebaiknya sesyahdu tasik - damai di mata dan mesra di hati.

A.Samad Said


p/s: Banyak yang ingin aku bebelkan disini, tapi nanti2lah ye.

Salam.

No comments: