Alhamdulillah, semalam semua kelas sudah berakhir untuk semester ni dan petang tu jugak saya balik ke rumah. Nasib ade tiket, memang jadi kebiasaan kalau balik arah ke KL memang tak beli tiket awal-awal. Setakat ni tak pernahlah pulak kehabisan tiket untuk balik walaupun dah dekat raya. Tapi kalau balik ke Melaka, memang kena beli beberapa hari awal terutama kalau naik dari Shah Alam.
Aktiviti hari ni, pergi ke KL dengan baba. Tujuan utama nak ambil baju melayu yang ditempah di Wisma Yakin. Tapinyaaa kalau dah sampai area sana mesti melilau ke lain dulu. Belum sampai WY, saya dah jumpa Pustaka Mukmin. Hehe, ape lagi...Masuklah.
Lepas menjelajah ke PM, kami ke masjid india dulu sebab dah masuk asar. Masjid ni yang uniknya ade 2 kali azan. Satu azan dia ikut azan kita (Malaysia) dan satu lagi mengikut mazhab hanafi yang dilewatkan sedikit dari kebiasaan. Lepas dah habis solat, kami terus ke WY yang terletak betul-betul depan masjid ni.
Macam tahun-tahun sebelum ni, baba memang dah biasa ke Den Wahab untuk tempah baju melayu tapi tahun ni agak kelakar jugaklah. Sampai je ke WY, kteorg terus menonong ke Den Wahab dan terus tunjuk resit tempahan. Pekerja kat situ dah sengih-sengih sambil cakap "encik dah silap kedai ni". Saya pun agak blur sebab memang sebelum puasa haritu baba ade hantar kat kedai dia. Rupa-rupanya baba silap tempah baju kat kedai yang lain yang lebih kurang sama jugak nama dia iaitu Denz. Memang gelak kat situ jugaklah, malu pun ade sebab konfiden je masuk kedai tu dan terus cakap "dah siap baju belum?". Ish3.. Dah selesai amik baju semua tu, baba nak cari jubah lagi dalam WY. Adoyai, nasib baik cepat je pilih-pilih dan terus jumpa yang berkenan. Saya mulanya nak ke Fajar Ilmu, heheh :)) nak tengok-tengok buku lagi tapi macam dah kesuntukan masa.
Settle semua pencarian di WY, ingatkan nak terus balik sebab dah guarantee jalan akan jammed teruk tapinyaa baba ajak lagi tengok-tengok kut ada benda yang berkenan di Jalan TAR. Jadinya, saya pun follow jelah. Dalam jalan-jalan, tengok-tengok tu baba dah ter'rembattt' 2 kain =p Satu songket untuk baju melayu, satu kain pelikat untuk baju melayu jugak. Selalunya baba paling susah nak beli barang untuk diri sendiri... Hari ni tetibe jadi shopaholic :D
Dalam pukul 6 baru decide nak balik betul-betul dan on the way tu lalu sogo. Saya singgah sekejap sebab nak beli sesuatu, baba pulak nak cari rendang kat bangunan mara (tapi tak jadi beli). Sekejap je kat situ, dalam 15 minit kut. Disebabkan balik time orang baru habis kerja, jalan memang jammed teruk dan tak sempat berbuka di rumah. So singgah sekejap di masjid damansara utama untuk berbuka & solat maghrib. Lepas tu baru terus balik ke rumah setelah jalan raya agak smooth..
Cukup setakat hari ini
Ooo ye, tadi kata mahu selongkar kan. Mari kita...
Yaabedaabeduuuu
- Buku gemuk merah tu dah lame sy nak beli tapi survey2 dulu sampai habis sem. Orang beli buku awal-awal sem, sy habis sem baru beli =p
- Akta kurus hijau tu beli sebab nak bawak masuk exam 28/9 ni. Doakan ye..
- Buku kelabu tu wishlist sy bulan ni. Mula dulu nak beli secara on9 tapi ada prob sikit.
- Novel Nisah Haron pun wishlist bulan ni jugak. Jadinya, settle dah wishlist bulan ni :))
Big Thanks to Baba arini, heheeeeeee....
kaki nak buat nota:
Peratus gembira beli buku lebih besar dari 'shopping' pakaian hari raya ^-^
ucapan tokey blog:
sesekali anak perempuan kena shopping dengan ayahnya w/pun anda kena tinggal sebatu dibelakang, dan sesekali juga anak lelaki kena teman ibunya ber'shopping' w/pun kaki anda bakal terkena 'simpul mengkarung'.

4 comments:
wah seronoknyee shopping ngn ayah sendiri kan.. hee~ selalunye dorg x byk komplen dlm hal2 pembayaran. :D
hahaha.. tapi kdg2 klu nak beli bnd yg merepek, xdpt jugak.huu..
perasaan beli buku sgt best! setuju.berbaloi-baloi.
yeaYYyy.hehehee...Tapi rasenya pasni kena stop kejap beli buku sampai hujung tahun sbb ade lagi 5 buah buku belum dibaca. Habis baca baru dibenarkan utk mem'borong' lagi :D
Post a Comment