Dah banyak aku tengok dalam blog, facebook etc orang review/komen pasal Nur Kasih. Hish, tak boleh jadi ney. Mula-mula memang berazam taknak tengok sebabnya dah jelak dengan cerita cinta yang berunsurkan islamik (so called). Sekarang ni bukan novel-novel je mengalami lambakan genre macam tu, cerita kat tv/wayang pun lebih kurang. Yang kelakarnya siap guna tajuk sort of sejadah, telekung, tasbih, dan segala jenis kitab lah. Aku tak nafikan memang ade kebaikan dia, tapi aku tengok keburukan dia lagi melambak. Agak bahaya lah kan dari segi interpretation tu. Ok, full stop.
Berbalik pada Nur Kasih, sebenarnya aku belum tengok pun lagi. Pernahlah dulu tengok kat youtube sebelum tv3 tarik balik cerita tu. Episod 1 part 1 aku tengok sikit je, entah kenape kalau tengok cerita melayu sekarang ni mata aku pun jadi layu & kuyu. Tapi bila ada yang review the latest scene ni, esp yang kat jordan tu, secara tak sengaja aku ter'bookmark' cerita ni. Means, bukan sekarang aku nak tengok, nanti selepas settle final exam.
Bulan puasa ni, ada jugak 'ter'layan cerita Cinta Sempurna yang Ustz Hasrizal buat. Aku tahu cerita ni pun dari saifulislam.com yang mewar2kan sebelum ramadhan lagi. Firstly aku assumed kalau Ustz ni buat mesti ada certain elemen yang nak diketengahkan. Adelah kot, as such cara dai'e2 sekarang deliver dorang punya dakwah, tak jumud dsb. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati dalam cerita ni. Yang pertama sekali, si shila yg graduated law from Lincoln's Inn tu. Aiyoo, takde gaya langsung sebabnya style dia dah macam hot chick tepi lot 10 kut. Come onlah kalau ye pun please do a little research on how a legal practitioner should act. ie: ambil masa 1 jam menghadap drama Judging Amy, simplekan. Secondly, pengulangan ayat dia sampai kita pun boleh agak "not my cup of tea". funny!
Point yang seterusnya, her british accent yang tak menjadi. Tolong3, kalau tak boleh buat please don't make it. Mane boleh jumble from one accent to another accent, weirdo. As long shila tu membesar di London, aku rasa bukan masalah persekitaran yang membuatkan dia tak kenal Islam. It's not such a valid reason. People here pun melambak masalah macam ni. Apa yang aku observed, kebanyakan muslim di overseas are more stronger their iman compared to 'certain' in Islamic country itself. Mungkin dorang minoriti, sebab tu kena kuat & built a strong relationship among them (dari segi pengalaman & pengamatan). Yang menjadi masalah tu cara bagaimana dia dibesarkan. Dan aku rasa London bukanlah tempat menjadi alasan untuk dia tak kenal Islam. London is similar to KL, melambak ekspatriat compared to those origins dan for sure paling kurang seorang muslim dia pernah jumpa. Benda ni semua berbalik pada attitude diri, nak ke tak nak (hihi, dah macam H.M Tuah Iskandar).
Yang seterusnya, kenapa 'ust muda' tu macam bangga je ey bagitahu student dia pasal perkembangan dia dengan shila? confused.. Dan banyak lagi buat aku tertanya-tanya.. Hee, name pun cerita dan tiada benda yang dapat memuaskan hati semua pihak.
Kesimpulannya, buang yang keroh ambil yang jernih :)
"Percaya sebelum melihat sesuatu.
Dan bekerja keras untuk melihat apa yang dipercayai itu."
Ustaz Hasrizal
2 comments:
boleh tahan la cerita nur kasih tu. skrip yang digunakan bermakna. cuma semakin lama, ia semakin menjurus kepada cerita cinta islamik, yang biasa-biasa.. boring suda.hehe.
cinta sempurna tu pukul berapa n tv channel apa? nak tgk jugak macam mana dia lakonkan watak budak law yg x jadik tu. patut amek akk je la yg berlakon.
susahkan kak nak cari cerita yang betul-betul kuat elemen islamik dia. Mesti nak relate dengan cinta yg konon-kononnya islamik. Sedih betul..
cinta sempurna dah habis kat tv. Dulu ditayangkan di astro oasis. akak bole tengok kat youtube. Betul2 sy setuju & sokong 100%. Meluat tengok shila tu..
Post a Comment