dua tiga hari ni aku agak sibuk dengan 'komitmen' yang ada sampai terlepas peluang nak kongsi cerita di awalan sem dua. Tidak banyak tapi adelah jugak. Jadual amat menyeronokkan, tiada kelas hari jumaat mahupun kelas 8 pagi. Cikgu? Seperti yang aku jangkakan, Mr.Ravi yang mengajar Administrative Law. Tegas, minggu depan semua mesti lengkap ber'penguin'. Kelas pertama yang aku hadiri iaitu semalam (isnin) pukul 10.00 pagi - 12.00 tengahari. Tepat tetapi tidak membosankan kerana kami tidak kering gusi dengan telatahnya meng'cursed' madam.f. Masih lagi seorang peguam dan apa yang menambat hati kami ialah kelas akan selalu ditunda atau dibatal atas sebab menghadiri 'court proceeding'. Buktinya minggu pertama satu lecture sudah dibatalkan. "I'd rather faced contempt of f**** instead of contempt of court", kebebasan bersuara memang dihayati sepenuhnya oleh Mr.Ravi (salute).
Kelas hari ini sama waktu seperti semalam (10.00 - 12.00) tetapi berlainan subjek dan semestinya cikgu yang berbeza. Easy going. Itu yang dapat digambarkan buat masa sekarang. Mr. Aqeel yang telah meletakkan beberapa 'restriction' itu berasal dari Jordan dan masih mengekalkan status 'single but not available'nya. samalah pulak kita ni. Pantang baginya pelajar datang lewat tetapi mengikut jam tadi (waktu tempatan), beliau telah lewat 20 minit. Jet lag mungkin, kami akur. Satu topik sudah dihabiskan hari ini dan disebabkan 'easy going'nya kami dapat keluar 45 minit awal =)
Esok? Tiada kelas (dibatalkan). Esok lagi? Tiada (dibatal/ditunda). Esok lagi dan lagi? (cutikan, dah bagitahu dekat atas tu haa)
Dengan 'komitmen' yang ada sekarang, dapatlah aku isi masa yang terluang ini. Jangan membazir masa, tak baik!
No comments:
Post a Comment