Apa khabar kamu semua? Sekarang ni tuan bloggers tengah demam2 kucing (sekejap panas sekejap sejuk). Jadi blog pun terpaksa mendiamkan diri. (sejak bila pulak blog ni boleh cakap ye? :-/). Huhu... Hari Jumaat lepas saya balik rumah sebab nak berbuka puasa dengan kawan + celebrate birthday my best buddies ni, Isha. Dia punya birthday, dia masak. Bagus tak? Hehe... Saya bagi dia muffler & hat tahun ni :D Jadi hari sabtu saya pergi rumah dia untuk berbuka. Dia masak sedap sangattt....:D Disebabkan kesedapan itu kuantiti saya makan pun bertambah. Nak tahu dia masak apa? Hmm... Udang galah goreng tempura, ikan siakap masak steam, daging masak sambal & salad. Sedapkan? Jangan jealous Fana...:p Saya tak snap gambar sebab dah excited sangat nak masak. Eh silap, nak makan :P. Hari ahad pulak saya pergi bazaar Ramadhan dekat stadium Shah Alam. Situ memang favourite placela. Macam-macam ada. Saya beli tepung pelita, popia basah, karipap yang goreng dekat situ jugak, pulut panggang yang dipanggang disitu dan Nasi Kerabu the main dish. Sedap sehingga menjilat jari kaki. :)
So, hari Isnin baru saya balik ke Melaka dengan penuh keterpaksaan.:( Sedih betulla puasa kat Melaka ni sebab makanan dia tak banyak choice. Adoi... Jadinya saya lebih suka memasak. Semalam saya masak nasi lemak untuk housemate semua, adik-adik satu rumah & saya jemput ex-housemate saya dulu, Aimi untuk berbuka sekali. Alhamdulillah, dalam demam2 larat jugak nak masak banyak-banyak tu. Nasib baik ada classmate yang sudi tolong. Tolong potong bawang & kopek telur. Huhu...:P Malam tu saya pegi terawih jugak sebab sayang pulak nak tinggalkan. Pejam celik pejam terus, lagi berapa hari je lagi nak raya. :D Tapi sekarang dah tak berapa kisah nak raya sebab terlampau risaukan exam. Cuti pun sekejap je dah kena balik Melaka. Yang sedihnya dah tak dapat kutip duit raya. Huh...:(
~ Nak jadi Menantu Datuk boleh? (muka blushing2 :D) ~
Baru lepas baca news online tadi kata yang Datuk Zaid Ibrahim nak letak jawatan dan sekarang perletakan jawatan tu Pak Lah dah terima. Serabut betullah dunia politik sekarang. Tapi saya sokong apa yang dilakukan oleh Datuk Zaid. Dia seorang pengamal undang-undang jadi dia mesti tahu apa yang betul dan apa yang salah dari sudut undang-undang itu sendiri. Dalam FC kita punyalah rigid, tapi bila sampai kepada aplikasi terlebih fleksibel. Saya rasa sudah sampai masanya kita mansuhkan ISA tu. Sesiapa yang sokong menatang tu, saya tak tahulah nak kata macam mana. Bongok ke apa dah takde istilah lagi yang dapat digambarkan. Lu fikir sendirilah. :P Susah betul kalau Executive and Judiciary ni guna fusion of power. Mesti ada influence. Banyak bukan calang-calang. Mula-mula dulu pun saya tak sokong Datuk Zaid masuk Parlimen walaupun jadi Senator. Sebabnya dia daripada Judiciary. Mesti ada timbul social interest. Saya tak nak membebel banyak kat sini sebab InsyaAllah lepas ni saya akan buat satu posting mengenai isu undang-undang yang dikaitkan dengan politik atau sebaliknya dan juga mengenai Seminar The Evolution of Judial Reform yang saya attend bulan lepas. Sekarang ni tengah kumpul maklumat & nak interview Datuk Zaid :-P. ( yang interview tu tipu je tu...:P).
Saya nak masak untuk berbuka. Sesiapa nak join angkat kaki. Sorylah tak join Iftar Perdana sebab seganlah nak pergi. Eh, bukan. Terlupa beli tiket. Huhu...:D Yang ajak pergi tu, mehlah datang berbuka kat rumah saya kalau tak malu. Hahaha...:D
Pesanan penaja kepada yang ditaja:
Selamat Berbuka Puasa
Jangan makan banyak sangat
Nanti berat nak bangun masa tawarih, eh ...Terawih :)
* 5.40 pm *
Masa kat bawah tu tipu. Tu masa nak sahur :P
Jangan makan banyak sangat
Nanti berat nak bangun masa tawarih, eh ...Terawih :)
* 5.40 pm *
Masa kat bawah tu tipu. Tu masa nak sahur :P
No comments:
Post a Comment