Thursday, December 3, 2009

semestinya Lee Joon lagi hot dari Rain

Saya dah tengok movie ni last wed midnight dan saya rasa movie ni biasa-biasa sahaja selain daripada badan Rain yang sangat sexy (6 packs and fat free woootwoot).tehehehe
Rambut Rain sangat weird. Noted!
Lee Joon (MBLAQ) huhh lebih hot dari Rain. Nasib saya tak minat Rain sejak di bangku sekolah dan saya biasa sahaja dengan Full House.
Raizo (Rain/Lee Joon) masa remajanya sangat sweet dengan perempuan itu. Babak yang dengar heart to heart tu sangat manis seperti Sugus perisa Strawberi.ngahahaha
Movie ini jugak mengingatkan saya tentang Ninja Turtle yang sangat comel.
Lepas ni nak cerita yang ada unsur Yakuza pulak.

"Saya dah check exam schedule dan ada lebih kurang 20 hari untuk buat revision. Gambatte and Fighting to the Fullest!"

tak silap Lee Joon berlakon dalam Iljimae & My Girl. Eh betul ke?

Saya sangat adore akan this cute handphone dan tengah survey function Samsung Corby ini.
Sony Ericsson mungkin akan dipulang balik ke Plaza Alam Sentral.
Bukan tidak sayang tapi mungkin saya tiada keserasian roh dengan anda.
Sudah penat guna handphone yang kena keluar masuk sim bila ada orang call dan disebabkan anda under warranty saya kena bye-bye jugalah pada anda ya sebelum tamat tempoh!

kenal tak? shhhhhh (",)

Chow.

Sunday, November 22, 2009

Day by Day

Me and Alina
karaoke day

I'll be having tests on next wednesday and hopes they'll turn out beautifully twinkling brightly. Am facing with case loads and for sure with those common facts which need fully understanding instead memorizing them one by one. Still have to memorize but it should be better to understand the principles first, facts of the cases and judges held before come out with own words. There will be problematic question for law ethic which compulsory to answer and basically this area will combine more than one topic. I have seven chapters to revise and neither hints nor tips given by my handsome lecturer. It is not include my admin test which will be held on the same day with four chapters and 10 questions have to be finish in one hour. Why on earth they don't have such a tiny sympathy towards their student??

After finishes my midterm tests i'll focus on the assignments which have to submit on week seven. And a presentation should be added here. We are fighting with time in second trimester as it is a short sem that not even reaches two months of lecture. It'll be great if i'm not sighing here by pretend this trimester is more lighter compared on what i'm gonna face on next next trimester or should i said my future. Practices do make perfect *nodding

Alex (manly and very romantic) and Shin Ae (lovely eyes)
my current favourite couple in We Got Married. I watched this program quite long time ago but it was limited to certain scene which only if there are Hyun Joong and Hwang Bo around.

Happy WeekendSeungri from Big Bang
Damn cute and i cannot stop from wasting my time google about him. And of course youtube for his performance.

Monday, November 16, 2009

jalan yang buruk dan usang boleh kita turap kembali. Ya, itu jalan yang kau kembali lalui dan aku sedang melintasinya. Kita sama, berada di atas landasan yang punya destinasi yang satu. Jalan usang itulah menemukan kita, kau dan aku. Biar seusang mana kau harus ingat jalan itu punya maruah, impian dan yang penting sekali persahabatan. Setiap kelikir di sepanjang jalan usang itu penuh makna, kau laluilah dengan berhati-hati. Kau mungkin akan jatuh dan masa itu aku agak jauh untuk menghulurkan tangan tapi kau perlu ingat kekuatan itu bukan datang dari huluran yang diberi kerana kekuatan datang dari hati yang kental. (aku guna prinsip yakuza, berguna)

aku susah untuk beteman, berkawan apatah lagi bersahabat, tetapi dengan kau aku tewas. Tahniah kau telah menjadi salah satu daripadanya dan tidak perlu untuk aku isytiharkan istilah BFF itu sebab aku agak geli dengan ungkapan sebegitu seperti aku melihat kelakuan UEE. Apa-apa pun hanya kita yang tahu apa yang kita rasa. Tuhan menemukan kita mungkin bersebab, ya hikmah kata orang-orang diinstitusi. Dan perjarakkan ini perlu kita anggap ada hikmah yang besar. Biar jauh di mata, tetapi dekat di alam cyber ini. huhu

tiada hadiah yang dapat kukirimkan, hanya utusan demi utusan yang bakal aku perkhabarkan. Jaga diri baik-baik dan kembalilah ke jalan usang itu dengan semangat baru. bo go ship da kau selalu dan aku mahu kasi tahu yang aku semakin adore pada jeremy, rambut bawangnya mungkin (comellllll sannggaaattttt). Mr.Left aku bertambah hahahhaha

i will be your friend unconditionally..

Sunday, November 15, 2009

Etude House

Berita yang diterima lewat malam tadi melegakan sedikit kerisauan yang membelenggu jiwa sebulan dua ini. Alhamdulillah, Dia permudahkan segala urusan. Selepas ini usaha perlu digandakan dengan lebih mantop. Fighting kata orang timur sana.

Saya tertanya-tanya, "perasaan orang yang sedang dilamun cinta adakah sama dengan kami yang menonton you're beautiful secara serius?" Mungkin keterlaluan tetapi bagi sesiapa yang mengalaminya akan punya emosi yang pelbagai setiap minggu. haha ridiculous kamu kata ya!

Kami tetap kami, kan H. a.J, kak lee su aiya, mirasan dan err fan mereka. Minat itu suatu yang subjektif dan kita harus faham kebebasan senantiasa melingkari prinsip subjektif yang normal.

Saya tampal beberapa kepingan gambar supaya anda tidak bosan membaca blog yang merapu ini walaupun saya tahu gambar ini pun tidak dapat mengurangkan rasa entah apa-apa terhadap blog dan mungkin tuan blog ini sendiri. Saya faham, maaf!

Saya punya rasa relief sekarang setelah bermastautin lebih kurang 3 tahun di Melaka
(antara sponsor drama-drama di korea)

tidak tidak, tidak jeles

dengan mereka di malam 'blackout'

alina dan bal

Alina dan saya (muka yang berminyak ikan kod)

masa untuk ber'bowling'

di ixora : dari kiri tangan saya, atas kepunyaan bal dan kanan hak milik alina

Inilah aktiviti kami pada minggu lepas ketika warga bukit beruang (kecuali ixora) bergelap-gelita selain bermain sims 2 secara main-main tetapi tetap gigih meng'create' sehingga 8 orang.

ps: Penantian itu suatu penyiksaan, sungguh.

Friday, November 13, 2009

coming soon

30 nov - 9 dis 2009
Panggung Sari, Istana Budaya


26 nov 2009

harus tonton!!!

thanks for the memories

Just went back from klia sent my big bro and sil off to uk, again. I'm not gonna write for long entry about our family vacation but i do invite you, readers hop to my mom's blog.

the hard cover novel is a gift from my big bro and what made it such a special prezzie....
it was bought in dublin (where cecelia came from and she lives there till now)
while the perfume bought by mom during our vacation as a pre-birthday gift
*bouncing*

Mom baked the cake and i made the comot topping for big bro's birthday celebration though the exact date is tomorrow.

Till then~

Tuesday, November 3, 2009

sharing is caring, caring is loving, loving is ENJOYING

hyung nim



jeremy



go mi nam



shin woo



study study

Sunday, November 1, 2009

Selamat Berhujung Minggu Semuaa

yeayyy aktiviti di hujung minggu :D :D

Family Outing
currently dah teraddicted
takdelah 'khatam' semua, just tengok yang mane members dia best2 je
ie seungri, junsu, yunho, hyun joong, hongki dan banyak lagi
kelakar habis, tak henti-henti gelak :))


Yamada Taro Monogatari
cerita lama (2007)
tapi baru start tengok
best wei best!!!

Let me clear here, minggu ni memang saya banyak masa terluang sebab hanya 2 hari sahaja yang ada kelas (isnin & selasa). Memang cadang nak balik hari rabu tu tapi disebabkan ada sebab lain jadinya terpaksa dibatalkan. Semalam seperti yang dijanjikan dengan trex & aimi (my ex-housemates masa dekat BBU), kami buat makan sikit-sikit sebagai little gathering/welcoming party untuk aimi setelah habis intern/3S party (aimi bagi gelaran, maksud dia dirahsiakan). Lepas isya' baru kami start masak-masak (spaghetti je pun) & borak-borak sampai pukul 12 lebih.

Pagi tadi my ex-adik housemate pulak dari cyberjaya text cakap nak jumpa. So kami dapat jumpa sekejap jelah bawah EP sebab dia nak kejar bus balik ke cyber pukul 3. Minggu ni macam gathering ex-housemates pulak kan. Apa-apa pun thanks korang-korang sebab sudi datang & jumpa. Jadinya takdelah ada orang tu cakap saya asyik busy dengan doramas je kan, kan :D

Enjoy semua~

Wednesday, October 28, 2009

keeping faith.

Happy 54th Birthday to Baba
there is no nice words to put here but i would like to dedicate this gripping song as a remark on your birthday.



"forever and eternity"

p.s i love you: i wish people do have guts to endorse a father-daughter dance on any wedding ceremony. Though it looks ridiculous but i knew it is a good way of tighten the bond, one fine day perhaps!
(shuhhshuhh joget lambak)!

not much.

dua tiga hari ni aku agak sibuk dengan 'komitmen' yang ada sampai terlepas peluang nak kongsi cerita di awalan sem dua. Tidak banyak tapi adelah jugak. Jadual amat menyeronokkan, tiada kelas hari jumaat mahupun kelas 8 pagi. Cikgu? Seperti yang aku jangkakan, Mr.Ravi yang mengajar Administrative Law. Tegas, minggu depan semua mesti lengkap ber'penguin'. Kelas pertama yang aku hadiri iaitu semalam (isnin) pukul 10.00 pagi - 12.00 tengahari. Tepat tetapi tidak membosankan kerana kami tidak kering gusi dengan telatahnya meng'cursed' madam.f. Masih lagi seorang peguam dan apa yang menambat hati kami ialah kelas akan selalu ditunda atau dibatal atas sebab menghadiri 'court proceeding'. Buktinya minggu pertama satu lecture sudah dibatalkan. "I'd rather faced contempt of f**** instead of contempt of court", kebebasan bersuara memang dihayati sepenuhnya oleh Mr.Ravi (salute).

Kelas hari ini sama waktu seperti semalam (10.00 - 12.00) tetapi berlainan subjek dan semestinya cikgu yang berbeza. Easy going. Itu yang dapat digambarkan buat masa sekarang. Mr. Aqeel yang telah meletakkan beberapa 'restriction' itu berasal dari Jordan dan masih mengekalkan status 'single but not available'nya. samalah pulak kita ni. Pantang baginya pelajar datang lewat tetapi mengikut jam tadi (waktu tempatan), beliau telah lewat 20 minit. Jet lag mungkin, kami akur. Satu topik sudah dihabiskan hari ini dan disebabkan 'easy going'nya kami dapat keluar 45 minit awal =)

Esok? Tiada kelas (dibatalkan). Esok lagi? Tiada (dibatal/ditunda). Esok lagi dan lagi? (cutikan, dah bagitahu dekat atas tu haa)

Dengan 'komitmen' yang ada sekarang, dapatlah aku isi masa yang terluang ini. Jangan membazir masa, tak baik!

Tuesday, October 27, 2009

hot habesss!!!


million billion trillion ion ion terima kasih dekat aj sebab introduced me this kind of awesome drama. Yeap, it's totally incredible dan semestinya sangat-sangat mengingatkan saya dekat the legend of BOF or indirectly the handsome's F4 or in detail Goo Jun Pyo or... Ok, you got it! :D

Iklan sebentar;

Anyway, i baru noticed yang Min Ho came to Malaysia for the fan meeting dekat Sg.Wang baru-baru ini. Itupun through Kak Su yang sampaikan salam to me on BEHALF of him. hahahaha amboi akak dah macam match-maker haa :)) Sayang seribu kali sayang kan, i didn't grab the opportunity to attend the fan meeting yang ditunggu selama ini. Nevertheless, not much to regret on it as the fan meeting was only for 30 minutes with so called luckiest people/fans/have the ability to push others (dengki amat ni) .>,<.

Iklan habis;

I really suggest the readers or people out there to join watching this coolest drama which come with package (best of story line and of course 'll serves you with 'variety of halwa mata' =p) Here are some of the actors.

Jang Geun Suk
hot??
or in well mannered what can i said he is such an ADORABLE creature, kan

Lee Hong Ki (FT Island)
underage, but he is damn cute ok!

Jung Yong Hwa
hensem habiss and kita sama umur lah!

Ps: percayelah korang si Jun Pyo tu kirim salam kat aku (^-^)v

Wednesday, October 7, 2009

sem 1 pun dah berlalu

Aku masih di melaka lagi ni, belum balik ke rumah. Finally, exam habis hari ni. Rase released sikit sebab sangat stress kalau ade exam di musim raya. Orang tengah sibuk beraya, open house sana sini kita pulak dengan notes semua kan. Memang tak adillah. Exam kali ni aku tak target tinggi2 pun, cukup lepas pun dah syukur sangat. Actually, salah aku jugak sebab study last minute. Sah2 lah otak akan cramped. Masalah utama aku kalau masa exam ni, time constraint, sekejap ingat sekejap lupe (sbb aku byk gelak kot), lupe name cases (kalau ingat parties, lupe facts & sebaliknya), lepastu cepat je confused elemen ape yang nak gune macam subjek contract tadi. Eeeiii fobia. Boleh pulak masa tengah buat revision aku terfikir nak tukar course. Nak amek multimedia pe ntah, it lah. Huish, lagi meroyan. Life must go on, kan.

Malaslah cite pasal exam. Kalau rajin, mase akan datang aku repairlah subjek yang aku rase patut di'repair' tu.huhu Untuk next sem aku dah register 2 subjek, Administrative Law n Law & Ethics. Subjek Admin tu maybe Mr.Ravi yang ajar. Aku pun tak kenal sape lecture lagi. Tapi yang aku tau dia ajar criminal law 2. Yang tak best pasal dia ni sebab dia suruh student pakai hitam putih siap dengan blazer ke kelas. Aku dahlah malas basuh baju. Mintak-mintaklah bukan dia yang ajar =p Law & Ethics pulak kemungkinan besar macam tahun-tahun lepas Mr.Akhil yang ajar. Lecture ensem dari jordan, salah satu sebab kenape aku amek subjek ni. Boleh pulakkk. Taklah, ikhlas tau :D

Untuk cuti sem yang 'cute' ni, aku tak list lagi benda ape nak kena buat. Adekah marathon doramas, bace buku-buku yang tak dihabiskan lagi, sambung beraya, lepak-lepak,tolong mak aku mengangkat pasu-pasu yang beso gedabak atau main kucing je. Tengoklah nanti ye. Oklah, aku nak pack barang-barang untuk ke ipoh esok (kalau ade tiket, gamble je ni). Lame jugak baru kita jumpa balik nanti. Take care untuk semuaa :)

Tuesday, October 6, 2009

bye bye. bye bye. bye semuaaa

untuk warga MMU je :D

bye bye sekali lagi.

Saturday, September 26, 2009

dear isha,

aku gune pc law library jap. fersly abaikn ayat aku yg tunggang-langgang ni coz aku nak cpt. sgn la org tgk aku update blog ni.hehe.. sbnrnya aku agak t'putus hubungan dgn dunia it ni smpai oct coz aku tngglkan laptop aku kt umah. means puchong. rumah..

alhamdulillah, isha ko da smpai leicester. sekali lg aku mntk maaf. fers, aku xdpt anta ko g epot. selasa tu aku da blk mlake. xdpt nak peluk, cium2 ko. second, kte x dpt b'hubung. means skype or ym. lptop aku tnggl wei. aku nk jmpa ko slase tu ko g red box. sangap karok la ko ni. btw, aku xsmpat rasmikan red box baru kat ioi mall tu dgn ko. sedeyyyyy..ok. move on..

ishaa, jage diri elok2. pkai pakaian tutup aurat. nnt sng nak solat. pastu jgn g clubbing. klu nak g jgn minum bnd haram tu. tp lebey bek xyah g. pastu ko joinla pape institusi islamik kat sane. ie: usrah. jgn ikut aku. join usrah halfway.hihi.. bkn ape, iman kte masih fragile lg. pape pun aku tau ko kuat! anader poin, jgn ngorat sape2. ingat! last but not least, kim slm kat yg ensem, ensem JE!

insyaAllah ade rezeki kte jmpa lg. klu ekonomi negara bagus (mewakili ekonomi aku), aku kumpul seposen seari (bak kate trex) jmpa ko kat uk. aku cume struggle duet flight. akommodation sume da lengkap. lgpun umah abg aku 2 jam je ke lister (aku mls nk eja dah). mcm dr puchong ke ep.huhuhu..

alamak, org cm dah pndang sinis kat aku dlm lib ni. gtg doakan aku xm this coming monday. cuak weiii..

sedih Ooo arini..

Sunday, September 20, 2009

lame2 dgr bestlah pulak




Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

p/s: final xm!!!

iftar di um

sebelum tu..

korang2, kalian2 dan anda semua perasan tak yang kate ganti diri dlm blog ni campur2?? aku, saya, i etc.. abaikan ey. Sebabnye kekadang aku rase benda ni kena sesuai dgn ape yg aku nak update. Halal tau :)

berbalik pada tajuk, khamis lepas aku, tira, isha & fana berbuka kat um sempena sebulan puasa ni kteorg tak berbuka sama2 lagi. Mula2 igt nak beli makanan kat stadium shah alam pastu berbuka kat masjid negeri & terawih sekali. Saje nak rewind kenangan dulu2 mase form2/3. Rindu sgtttt nak berbuka duduk dlm line pjg2, terawih & qiam kat masjid tu. Tapi at last kteorg tukar plan sbb fana belum cuti lagi.

So kteorg decide berbuke kat um & dgn selambernye mkn kat tempat bdk2 archy berkumpul. First plan nak mkn ngadap tasik tapi on d way tu tetibe ujan lebat. Pas berbuka & terawih kat sane kteorg terus ronda2 kl. Dah lame aku tak hirup udara kl waktu mlm.

dataran merdeka

masuk studio skjp
bilalah kte boleh camni lagikan...

Saturday, September 19, 2009

Resensi

double update for today!!!

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini mengatasi Alexander The Great!"

Selesai sudah pembacaan novel Sultan Muhammad al-Fateh (penakluk Konstantinopel) yang saya mulakan dipertengahan Ramadhan dan dihabiskan pada hari terakhir puasa. Saya selitkan sedikit hari-hari terakhir Ramadhan yang dilalui dengan 'kembara' di Istanbul sekitar 1432-1481.

Istanbul yang bermaksud 'Islam keseluruhannya' mendapat nama setelah tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad berjaya menakluk kota Kontstantinopel daripada pemerintahan Maharaja Konstantine pada hari selasa 29 Mei 1453. Kota yang menjadi kebanggaan Rom kerana kedudukannya yang strategik iaitu antara Asia dan Eropah pernah cuba ditawan oleh Saidina Ali ketika zaman Khulafak al-Rasyidin selain daripada Muawiyah, Sultan Sulaiman Abdul Malik, Harun al-Rasyid dan terakhir Sultan Murad iaitu ayahanda Sultan Muhammad tetapi malangnya masing-masing menemui kegagalan.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik". Setelah beratus tahun dan pelbagai cubaan yang dilakukan untuk menawan kota yang digambarkan seperti ibu negara jika dunia ini negaranya, barulah ianya menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad berjaya menawannya dalam masa lebih kurang 52 hari.

Selepas berjaya menakluk Istanbul, Sultan Muhammad meluaskan pemerintahan kerajaan Usmaniyah melebihi 40 negara di Eropah Timur. Sehingga sekarang kita boleh lihat beberapa negara di Eropah sedikit sebanyak mendapat sentuhan Islam dari segi binaan bangunan, buku-buku yang dijadikan sumber rujukan dan sebagainya. Kerana itu Sultan Muhammad digelar al-Fateh yang bermaksud Sang Penakluk iaitu atas kejayaannya menyebarkan Islam secara meluas.

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang tercari-cari sumber sejarah Turki yang gemilang sebelum dicabul oleh Mustafa Kamal Attartuk, saya syorkan novel ini menjadi antara basic reading sebelum 'menggali' Turki dengan lebih mendalam. Dan lebih menarik jika disenaraikan Turki menjadi salah satu places to visit.

5.12pm
Malaysia.

just a simple belated birthday celebration

keadaan dalam resepi rahsia

Dalam entri yang lepas saya ada cakap pergi ke sogo untuk membeli sesuatu. Sebenarnya nak cari brownies untuk celebrate sikit besday mama yang dah lama lepas. Mulanya nak beli masa hari saya balik tapi disebabkan jammed teruk arah nak masuk ke ioi mall, jadinya terpaksa postpone keesokannya.

beli dalam keadaan kelam-kabut =p

sorry, gambar tak berapa clear :(

Thursday, September 17, 2009

Dan bila anak perempuan berjalan dengan ayahnya

maka si ayah menjadi shopaholic dan si anak perempuan menjadi pembawa beg plastik :D

Alhamdulillah, semalam semua kelas sudah berakhir untuk semester ni dan petang tu jugak saya balik ke rumah. Nasib ade tiket, memang jadi kebiasaan kalau balik arah ke KL memang tak beli tiket awal-awal. Setakat ni tak pernahlah pulak kehabisan tiket untuk balik walaupun dah dekat raya. Tapi kalau balik ke Melaka, memang kena beli beberapa hari awal terutama kalau naik dari Shah Alam.

Aktiviti hari ni, pergi ke KL dengan baba. Tujuan utama nak ambil baju melayu yang ditempah di Wisma Yakin. Tapinyaaa kalau dah sampai area sana mesti melilau ke lain dulu. Belum sampai WY, saya dah jumpa Pustaka Mukmin. Hehe, ape lagi...Masuklah.

nanti kite selongkar ye..

Lepas menjelajah ke PM, kami ke masjid india dulu sebab dah masuk asar. Masjid ni yang uniknya ade 2 kali azan. Satu azan dia ikut azan kita (Malaysia) dan satu lagi mengikut mazhab hanafi yang dilewatkan sedikit dari kebiasaan. Lepas dah habis solat, kami terus ke WY yang terletak betul-betul depan masjid ni.

masjid india

Macam tahun-tahun sebelum ni, baba memang dah biasa ke Den Wahab untuk tempah baju melayu tapi tahun ni agak kelakar jugaklah. Sampai je ke WY, kteorg terus menonong ke Den Wahab dan terus tunjuk resit tempahan. Pekerja kat situ dah sengih-sengih sambil cakap "encik dah silap kedai ni". Saya pun agak blur sebab memang sebelum puasa haritu baba ade hantar kat kedai dia. Rupa-rupanya baba silap tempah baju kat kedai yang lain yang lebih kurang sama jugak nama dia iaitu Denz. Memang gelak kat situ jugaklah, malu pun ade sebab konfiden je masuk kedai tu dan terus cakap "dah siap baju belum?". Ish3.. Dah selesai amik baju semua tu, baba nak cari jubah lagi dalam WY. Adoyai, nasib baik cepat je pilih-pilih dan terus jumpa yang berkenan. Saya mulanya nak ke Fajar Ilmu, heheh :)) nak tengok-tengok buku lagi tapi macam dah kesuntukan masa.

wisma yakin

Settle semua pencarian di WY, ingatkan nak terus balik sebab dah guarantee jalan akan jammed teruk tapinyaa baba ajak lagi tengok-tengok kut ada benda yang berkenan di Jalan TAR. Jadinya, saya pun follow jelah. Dalam jalan-jalan, tengok-tengok tu baba dah ter'rembattt' 2 kain =p Satu songket untuk baju melayu, satu kain pelikat untuk baju melayu jugak. Selalunya baba paling susah nak beli barang untuk diri sendiri... Hari ni tetibe jadi shopaholic :D

colourful

Dalam pukul 6 baru decide nak balik betul-betul dan on the way tu lalu sogo. Saya singgah sekejap sebab nak beli sesuatu, baba pulak nak cari rendang kat bangunan mara (tapi tak jadi beli). Sekejap je kat situ, dalam 15 minit kut. Disebabkan balik time orang baru habis kerja, jalan memang jammed teruk dan tak sempat berbuka di rumah. So singgah sekejap di masjid damansara utama untuk berbuka & solat maghrib. Lepas tu baru terus balik ke rumah setelah jalan raya agak smooth..

Cukup setakat hari ini

Ooo ye, tadi kata mahu selongkar kan. Mari kita...

Yaabedaabeduuuu

- Buku gemuk merah tu dah lame sy nak beli tapi survey2 dulu sampai habis sem. Orang beli buku awal-awal sem, sy habis sem baru beli =p
- Akta kurus hijau tu beli sebab nak bawak masuk exam 28/9 ni. Doakan ye..
- Buku kelabu tu wishlist sy bulan ni. Mula dulu nak beli secara on9 tapi ada prob sikit.
- Novel Nisah Haron pun wishlist bulan ni jugak. Jadinya, settle dah wishlist bulan ni :))

Big Thanks to Baba arini, heheeeeeee....

kaki nak buat nota:
Peratus gembira beli buku lebih besar dari 'shopping' pakaian hari raya ^-^

ucapan tokey blog:
sesekali anak perempuan kena shopping dengan ayahnya w/pun anda kena tinggal sebatu dibelakang, dan sesekali juga anak lelaki kena teman ibunya ber'shopping' w/pun kaki anda bakal terkena 'simpul mengkarung'.

Monday, September 14, 2009

tak boleh jadi ni.

Dah banyak aku tengok dalam blog, facebook etc orang review/komen pasal Nur Kasih. Hish, tak boleh jadi ney. Mula-mula memang berazam taknak tengok sebabnya dah jelak dengan cerita cinta yang berunsurkan islamik (so called). Sekarang ni bukan novel-novel je mengalami lambakan genre macam tu, cerita kat tv/wayang pun lebih kurang. Yang kelakarnya siap guna tajuk sort of sejadah, telekung, tasbih, dan segala jenis kitab lah. Aku tak nafikan memang ade kebaikan dia, tapi aku tengok keburukan dia lagi melambak. Agak bahaya lah kan dari segi interpretation tu. Ok, full stop.

Berbalik pada Nur Kasih, sebenarnya aku belum tengok pun lagi. Pernahlah dulu tengok kat youtube sebelum tv3 tarik balik cerita tu. Episod 1 part 1 aku tengok sikit je, entah kenape kalau tengok cerita melayu sekarang ni mata aku pun jadi layu & kuyu. Tapi bila ada yang review the latest scene ni, esp yang kat jordan tu, secara tak sengaja aku ter'bookmark' cerita ni. Means, bukan sekarang aku nak tengok, nanti selepas settle final exam.

Bulan puasa ni, ada jugak 'ter'layan cerita Cinta Sempurna yang Ustz Hasrizal buat. Aku tahu cerita ni pun dari saifulislam.com yang mewar2kan sebelum ramadhan lagi. Firstly aku assumed kalau Ustz ni buat mesti ada certain elemen yang nak diketengahkan. Adelah kot, as such cara dai'e2 sekarang deliver dorang punya dakwah, tak jumud dsb. Tapi banyak benda yang aku tak puas hati dalam cerita ni. Yang pertama sekali, si shila yg graduated law from Lincoln's Inn tu. Aiyoo, takde gaya langsung sebabnya style dia dah macam hot chick tepi lot 10 kut. Come onlah kalau ye pun please do a little research on how a legal practitioner should act. ie: ambil masa 1 jam menghadap drama Judging Amy, simplekan. Secondly, pengulangan ayat dia sampai kita pun boleh agak "not my cup of tea". funny!

Point yang seterusnya, her british accent yang tak menjadi. Tolong3, kalau tak boleh buat please don't make it. Mane boleh jumble from one accent to another accent, weirdo. As long shila tu membesar di London, aku rasa bukan masalah persekitaran yang membuatkan dia tak kenal Islam. It's not such a valid reason. People here pun melambak masalah macam ni. Apa yang aku observed, kebanyakan muslim di overseas are more stronger their iman compared to 'certain' in Islamic country itself. Mungkin dorang minoriti, sebab tu kena kuat & built a strong relationship among them (dari segi pengalaman & pengamatan). Yang menjadi masalah tu cara bagaimana dia dibesarkan. Dan aku rasa London bukanlah tempat menjadi alasan untuk dia tak kenal Islam. London is similar to KL, melambak ekspatriat compared to those origins dan for sure paling kurang seorang muslim dia pernah jumpa. Benda ni semua berbalik pada attitude diri, nak ke tak nak (hihi, dah macam H.M Tuah Iskandar).

Yang seterusnya, kenapa 'ust muda' tu macam bangga je ey bagitahu student dia pasal perkembangan dia dengan shila? confused.. Dan banyak lagi buat aku tertanya-tanya.. Hee, name pun cerita dan tiada benda yang dapat memuaskan hati semua pihak.

Kesimpulannya, buang yang keroh ambil yang jernih :)

"Percaya sebelum melihat sesuatu.
Dan bekerja keras untuk melihat apa yang dipercayai itu."

Ustaz Hasrizal

bulan kaku membelah gelap malam, sendiri aku sendiri

kulari ke hutan kemudian teriakku
kulari ke pantai kemudian menyanyiku
sepi.. sepi, sendiri, aku benci
aku ingin bingar, aku ingin di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendiri
pecahkan saja gelasnya biar ramai!
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja locengnya
biar terdera..
atau aku harus lari ke hutan, belok ke pantai?

missing..

Ps: esakan menyanyikan melodi yang sama.

Friday, September 11, 2009

Can i?

Instead of the kurung's, can i wear these for the coming Eid solah ??? (",)

MISS FARRASHAH
the pinky, butterfly and for sure glitters may bring the cherish to the owner.

MISS IBTISAM
Click on the picture: you may see the design of 'ketupat' and it will brighten the scenery of your Eidul Fitri.

MISS HAMRA
Elegant, looks like an abaya made privately from Chanel.
Well-suit for the ziarah moment.

sources:
Miss Abaya

Noted:
Impressed wholeheartedly with those dazzling abaya but................
duit raya belum dapat lagilah.hihihi

Salam al-Qadr to my family, friends and of course the readers.

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
Verily! We have sent it (this Quran) down in the night of Al-Qadr
. And what will make you know what the night of Al-Qadr is? The night of Al-Qadr is better than a thousand months. Therein descend the angels and the Ruh (Jibrael) by Allah's permission with all decree. Peace! (All that night) until the appearance.


Thursday, September 10, 2009

morning all.

The craziness of doramas has been totally jeopardized by the heck's connection!

The lucky side, i finished two books of Faisal Tehrani, Maaf Dari Sorga (took half of day) and the latest, Rahsia Ummi. Both are sort of the starting path of him being an author and you might found the different on the sense of his writing. I think people, the newbies perhaps, should not started with those books as they will cause you to the different perception of him. You may start with his light Tunggu Teduh Dulu either.

Finally; not to say regret on it (after the consideration made by myself) i found the news of SS501 came to Malaysia seven days ago. Yeah, after a week! I did stalked to the current gossips from Korean artists and when i Google-ed them, the news just appeared in front of me. Gosh, i felt terrible at first but later i did realized there's no point for the fan meeting because, yes you didn't have to pay for the entrance but you have to buy their album which will cost you RM70 if you want to meet them and for the autograph. I can even directly download the songs from 4shared which totally FREE OF CHARGE. The other point of course when you want to meet the so called artists or any other celebrities, for sure you may have the desire to take picture of them or with them. What on earth, the fans were disappointed with the rule by the security or maybe their PA which none of the fans can take any picture. The fan meeting, it is just literally and by that it enough to stop my regret on it.

I will do the rethink cause the cutest SS501 'll come to Malaysia again on November or December, not for the fan meeting but for the concert. Hihi, take note! Do the update and keep saving the money friends.

Sunbae!


Monday, September 7, 2009

Mama's Birthday

HAPPY 53RD BIRTHDAY
TO MY LOVELY MAMA
WISH FOR THE HAPPINESS & BARAKAH

SIHAT-SIHAT SELALU!

GLASS OF LOVE FROM ME


♥♥


♥♥♥♥♥♥

Sunday, September 6, 2009

So called 'occasionally'.

kan dah agak mesti ter'goda' jugak dengan meichan no shitsuji. Hehe, tengah sambung tengok sambil-sambil usha zettai kareshi. Sikit-sikit je (^-^)v Malam tadi ter'tengok' balik What a Girl Wants yang saya sangatttttt suke tengok dan telah tengok ulang-ulang. Hmm, hari ni hari sabtu, jadinya tak tahu kena buat ape.

Assignments - checked
Midterm tests - checked
Final Revision - Masih ade ratus jam, puluh-puluh ribu minit lagi.

Saya paling suke part masa Ian nyanyi kat 'ball' Peach & Pear

*
*
*
*
*
*
*


Juadah berbuka harini yang menyebabkan kekenyangan secara melampau ;D

Nasi ayam & tepung pelita [free]
Laksa dekat Melaka Sentral (boleh tahan sedap & murah)
Big Apple (6 pieces dan belum habis makan)

Rase dah takde ape nak cerita lagi kot. Bubye..

lol: Apelah yang aku merepek nehh...

Selamat bersahur.

Wednesday, September 2, 2009

Lord of Ramadhan



nice song.
hopefully nasyid malaysia pasni boleh tampilkan lagu2 macam ni kan
ameen :)

arini aku ter'skip' kelas pukul 8-10pg.
dalam hati nyesal jugak sbb ni last kelas utk subjek tu.
tapi bukan sengaja(overslept), so kurang sikit rasa bersalah.
tapi rasa bersalah jugak..

dan arini jugak buatkan aku senang ati, tersenyum-senyum
result 'killer subject' dah kuar
previously, subject ni kawan2 aku cakap tak killer mane
depends pada lecture
nasib kami dapat Mdm Gita
lebih separuh failed
aku dah cuak sebab aku tak amek midterm same dgn classmates aku
aku demam panaskan masa tu
doc yg strictly advised aku supaya tak pergi
jadinya aku buat reseat paper selepas midterm break
dan arini result dah kuar
Alhamdulillah
aku pass
walaupun cukup2 makan je.
gembira, sbb sebelum ni aku cakap mcm hopeless je kat mak aku
nangis2 dalam bilik air
aku pernah rase erti kegagalan
dan aku tak sanggup lagi nak faced benda tu buat masa ni nor in future
insyaAllah :D

aku nak sambung baca novel Maaf Dari Sorga
hadiah dari adik aku yang pemurah
aku tak paksa pun suh dia beli
aku diam2 jek, tak cakap pape pun psl novel tu
dia yang bagi.heheh (evil laugh)
reviewnya tengok di blog kak su

ila liqa'
13 Ramadhan 1430.

double tagged!

first tagged from AJ.

nama timangan:
syamimi (classmates/generally the outsiders), syam (three of my besties), mimi (friends & family), kak mimo (my ex-adek2 housemates & present), kakak (family) and syah (only AJ!)

anda seorang...
menyintai privacy

insan teristimewa:
family, friends, min ho..

lagu kesukaan:
banyak.

food kesukaan anda:
anything esp mom's cook (wholeheartedly).

sikap yang membuatkan anda stress:
- bila ade yg tak jage privacy org lain
- internet ep buat hal
- harga minyak naek
- cakap putar-belit

3 benda yang mesti ada dalam beg anda:
- mask (current situation)
- federal consti (current situation!)
- tiket bus yg lampau2.

warna kesukaan anda:
dulu orange, sekarang putih kot.

kali terakhir anda menangis dan mengapa?
xcatat lah pulak. rase down sgt2 kot

p/s: rindu same AJ. Selamat hari raya ey :D

+++++++++++++

second tagged from myra.

1)Beside your lips,where is the favourite spot to get kissed?
.

2) How did you feel when you woke up this morning?
missing.

3) Who was the last person / people you took photo with?
my besties.

4) Would you consider yourself spoiled?
erk.Depend

5) Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Not really to say BFF but we do contact everyday.

6) Do you want someone to be dead?
sometimes.

7) What does your last text message say?
no need to mention it here lah.

8) What are you thinking right now?
mane pulak perginye gefren i nih. Seronok2 YM tetibe MIA

9) Do you want someone to be with you right now?
NO.

10) What was the time you went to bed last night?
12 am something.

11) Where did you buy the tee you are wearing now?
tehehehe. Seoul's Hard Rock, gift from my uncle.

12) Is someone on your mind right now?
none coz too sleepy rite now.

13) Who was the last person who text you?
mama

malas sudah mahu tagged2. Siapa rajin, u're fully welcome to do the job!

Good night!

Thursday, August 27, 2009

tiada tajuk, punya repekan

Aku kadang-kadang pelik macam mana manusia boleh berubah, kebanyakannya ke arah positif bila masuk sahaja bulan Ramadhan. Aku observed, tak jauh iaitu disekeliling aku sahaja termasuklah diri aku yang banyak kekurangan ini. Kalau tiap-tiap bulan berbulankan Ramadhan, aku tak tahu perubahan akan berlaku atau tidak. Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin itu hikmah setiap bulan bertukar namanya dan setiap nama bulan itu punya peristiwa yang khusus. Ramadhan, orang cakap penghulu segala bulan. Ada pula yang mengistilahkan Ramadhan sebagai universiti, sekolah, kebun dan macam-macam lagilah. Comel kot bila dipanggil macam tu. huhu. Kepelikan aku terus berlaku sehinggalah berakhirnya Ramadhan, kebanyakannya (disekeliling aku juga) termasuk diri aku akan kembali kepada diri sebelum-sebelum ini. Adekah ini dikira hipokrit? Aku kadang-kadang takut bila benda ni disoal kelak. Harap-harapnya tidaklah kan. Aku yakin perubahan yang berlaku ini bukan dibuat-buat. Kalau direka cipta mana mungkin bertahan 30 hari lamanya. Robot apa? Ramadhan ini juga membangkitkan rasa rindu pada banyak perkara. Aku rindu kenangan semasa di Haramain (rasa macam terbau-bau je wangian kelambu kaabah), aku rindukan kenangan masa aku di sekolah dulu (berqiamullail di Masjid Shah Alam dengan pelajar bawah tajaan Yayasan Muawafa'), aku rindukan kenangan diawal aku masuk usrah (kem heart synchronization = Tamrin 1 paling best, terasa bond antara usrah-ian sangat kuat), aku rindukan suara imam Mubin, imam kawasan rumah aku (terngiang-ngiang dia baca surah al-A'la masa conduct solat witir) dan boleh disimpulkan semua benda yang baik-baik berlaku dalam hidup aku aku boleh terindu. Ter, bukan dibuat-buat. Kalau kita perasan, Ramadhan jugak bulan yang meletakkan jurang untuk kita berleka-lekaan. Aku kongsi benda yang aku alami sendiri. Nampak kecik tapi aku dapat rasakan perubahan yang mendalam. Kekal atau sementara, itu aku tak mahu jangka. Marathon k-jdorama sudah aku sepikan seminggu ini, minggu hadapan dan hadapan dan hadapan aku tak boleh jangka. Mungkin selepas aku post posting ni aku terus sambung balik Meichan no-shitsuji, sekali lagi unpredictable. Sehari sebelum Ramadhan dan hari-hari sebelumnya, aku akan dengar boleh dikatakan setiap hari lagu The All American Rejects (semestinyalah lagu Give You Hell, hit kan), Taylor Swift, Katy Perry dan yang kebanyakannya menjadi kegilaan remaja sekarang (aku masih perasaan umur seperti remaja). Itu tak termasuk dengan band-band Korea dan lagu berjiwa ballad aku. Senang kata, nasyid tolak ke tepi. Sekali lagi, Ramadhan merubah segalanya. Masuk sahaja Ramadhan feel untuk aku pasang lagu-lagu tu hilang dan bertukar pula pada nasyid-nasyid Haddad Alwi, Opick, Raihan, Dai Nada, Sami Yusuf, Saujana dan termasuklah suara Imam al-Ghamidi mengalunkan ayat-ayat suci. Lebih tenang mungkin. Aku juga terperasan dua tiga hari ni, apabila azan berkumandang kuantiti insan ke masjid agak berbeza sebelum Ramadhan. Kalau boleh dan cuba seboleh-bolehnya benda ni tak mahu jadi seperti kita menonton filem 'chick-flick'. Berkekalan, baru seronokkan. Sorga, semua orang mahu tapi aku mesti terima setiap dari kita adalah 'human being'. Iman turun naik, macam main saham. Yang patut aku rasa kena buat, bila iman kita meningkat, masa tu kita perlu all-out. Sayang, kalau sudah ada peluang kita buat dek sebab nanti takut peluang itu hilang. Aku baca dalam utusan, kes H1N1 tengah hit sekarang ni, selain daripada kes Kartika dan Beng Hocklah kan. Macam-macam, percaturan dunia. Aku rasa sudah banyak aku repekkan, nanti kalau aku rasa nak menaip aku taip tapi sekarang ada benda wajib yang perlu aku taip. Iaitu, assignment.

Ramadhan, transformasi diri?

Selamat bersahur dengan cereal yang dikongsi bersama semut.
Sharing is caring, emo sekejap >,<

reward yourself.

Melepasi hari-hari yang melelahkan diawal Ramadhan membuatkan saya perlu mendapatkan sesuatu sebagai 'treatment' diri. Kiranya macam 'reward'lah selepas bertungkus-lumus melunaskan pelbagai perkara. Banyak yang menguji kesabaran, Alhamdulillah hikmah Ramadhan mungkin. Ujian dariNya, kalau senang-lenang sahaja bukanlah hidup namanya.

Dua buah novel yang saya target untuk beli bulan ni:


Mungkin dibeli secara online. Saya sudah mengirim emel ke Fajar Ilmu untuk bertanyakan ke'availability'nya dan masih menunggu respon. Jika tiada sebarang maklum balas dalam masa terdekat, lebih baik pergi secara terus ke kedainya atau mungkin ke Pustaka Mukmin. Tertakluk pada keluangan masa. Maklumlah, KL di bulan Ramadhan ni. Baru di permulaan Ramadhan, kemeriahannya seperti esok pula raya.


Sudah lama menahan nafsu untuk memilikinya gara-gara 'workloads' yang melampau sampaikan untuk mengunjungi blognya mendatangkan fobia secara 'temporary' kepada saya. Memandangkan lebih separuh sudah dibereskan, jadi tiada sebab untuk saya tidak memilikinya. Setakat ini, karya Pn.Nisah tidak pernah mengecewakan sebab saya sentiasa kagum dengan cara beliau 'blend' pelbagai unsur seperti undang-undang, cinta serta pantun dan gurindamnya menjadi satu seni sastera yang indah. Wah, seperti komen Faisal pula haa :)

Novel-novel diatas sudah memadai buat masa sekarang. Beberapa bacaan yang sudah dibeli pada bulan yang lepas-lepas masih lagi terbengkalai. Saya sudah tetapkan beberapa novel yang perlu di'marathon' bulan hadapan:

- Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel
- Jatuhnya Sebuah Tamadun

notakaki: Pinjam ye dik!

Salam Ramadhan dari saya.

Wednesday, August 26, 2009

tibe2 rindukan tepung pelita, popia basah bazar ramadhan stadium s.alam.

secara tidak sengaja teringat akan bubur lambok kg.baru. Take note, yg depan exim bank tu PALING sedap.

tanpa sedar tergiur pulak sate hj.samuri. sangat beza kalau makan di kajang. gemuk2 dan kurang benda2 itam tu.

secara sedar & bernyawa, aku rindukan masakkan mak aku.

huhu, kurang dari 48 jam!








hurt silently, patience in silence = punya hikmah.

stay in calm, this is Ramadhan :)

Sunday, August 16, 2009

hi weekend!


banyak kau punya hai, minggu depan ade 2 paper ok!

Takpe, saya memerlukan sesuatu untuk dibuat terapi minda. Kalau study je pun (study ke?!) stress jugakkan. Semalam dan hari ni dah habis marathon Yasuko to Kenji + 100 Days With Mr.Arrogant. Amboi kau, 2 sekali haa.

Takpe, sekali-sekala kan,kan3 (fake's fact!). Lagipun, lebih baik 'stick' kat rumah dari keluar ke MBO menonton The Proposal -.- {h1n1}

Takpe, kiranya marathon jdorama & kmovie ni 'as a reward'lah kan untuk study dengan jayanya. Kan3. hiks o.O

Takpe-takpe.

Takpe ke nak sambung yang ini pulak?hihihihi (left side).

[meichan no shitsuji]-tgk sikit baru :(

heay kutu malas!shhshh. (right side)