Tuesday, February 3, 2009

Bek tu Skool~~

Semester baru sudah bermula. Masing-masing penuh semangat untuk ke kelas, baik yang muda mahupun yang terlebih senior. Saya? Mestilah full of spirit lagi. Kalau ada kelas tu, 20 minit awal sudah duduk di bilik kuliah. [merujuk kepada minggu pertama] Yelah. Takkan orang ada kelas, saya lepak di bilik tengok Awan Dania. Hish, gelap masa depan.

Azam saya tuk semester baru ni? Hahaha. Nak bagi tahu ke? Oklah, sharing is caring kan. Saya nak kumpul stamina [kurus] sikit. Jadi, at least seminggu sekali (2 jam) saya berhibernasi di gimnasium. Lagi? Saya tak mahu join apa-apa dinner @ function, mooting dsbnya. Sebab utama saya tak pergi mooting, saya tertidur dalam court last year. Huh, siapa suruh lama sangat membebel bercakap dalam court tu. Saya rasa whole judges di Melaka sudah black list saya. Nasib baik tak terima surat saman mengatakan saya menghina mahkamah. [law moot court je]

Itu jelah azam saya buat masa ni. Kalau ada lagi, saya tak inform next time. Nak study sunguh-sungguh tu mestilah. Semua orang punya keazaman seperti itu. Sudah bayar mahal-mahal dekat MMU, finance tak update pulak tu, takkan nak study ala kadar jekan. Kamonlah, itukan sudah menjadi suatu kewajipan.

Saya nak buat pengunguman penting ni. Isnin, saya TIDAK ADA kelas. [tertakluk pada perubahan]. Siapa isnin tak ada kelas lagi? Jom kita buat fan club nak. ehehehe (",)

Oklah, time is running. Sekarang sudah 8.30 pagi. Saya mahu mandi & lajurehat [breakfast]. Pukul 10-12 saya ada kelas. Petang pukul 2-4 pun saya ada kelas. Esok, lusa dan tulat juga saya ada kelas. Jadinya, mahu permisi dulu ye ibuk-ibuk sekalian.

p/s: Senin: hari power rangers charge energy. Yahu~

amik nota: hari ini sudah selasa.

2 comments:

Hanif Amir said...

xde kelas ari isnin?

legal method?

syamimi azmira said...

nope..

sy x amik subjek tu.