Melepasi hari-hari yang melelahkan diawal Ramadhan membuatkan saya perlu mendapatkan sesuatu sebagai 'treatment' diri. Kiranya macam 'reward'lah selepas bertungkus-lumus melunaskan pelbagai perkara. Banyak yang menguji kesabaran, Alhamdulillah hikmah Ramadhan mungkin. Ujian dariNya, kalau senang-lenang sahaja bukanlah hidup namanya.
Dua buah novel yang saya target untuk beli bulan ni:
Mungkin dibeli secara online. Saya sudah mengirim emel ke Fajar Ilmu untuk bertanyakan ke'availability'nya dan masih menunggu respon. Jika tiada sebarang maklum balas dalam masa terdekat, lebih baik pergi secara terus ke kedainya atau mungkin ke Pustaka Mukmin. Tertakluk pada keluangan masa. Maklumlah, KL di bulan Ramadhan ni. Baru di permulaan Ramadhan, kemeriahannya seperti esok pula raya.
Sudah lama menahan nafsu untuk memilikinya gara-gara 'workloads' yang melampau sampaikan untuk mengunjungi blognya mendatangkan fobia secara 'temporary' kepada saya. Memandangkan lebih separuh sudah dibereskan, jadi tiada sebab untuk saya tidak memilikinya. Setakat ini, karya Pn.Nisah tidak pernah mengecewakan sebab saya sentiasa kagum dengan cara beliau 'blend' pelbagai unsur seperti undang-undang, cinta serta pantun dan gurindamnya menjadi satu seni sastera yang indah. Wah, seperti komen Faisal pula haa :)
Novel-novel diatas sudah memadai buat masa sekarang. Beberapa bacaan yang sudah dibeli pada bulan yang lepas-lepas masih lagi terbengkalai. Saya sudah tetapkan beberapa novel yang perlu di'marathon' bulan hadapan:
- Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel
- Jatuhnya Sebuah Tamadun
notakaki: Pinjam ye dik!
Salam Ramadhan dari saya.
2 comments:
2 buah buku ni akan disponser by Zaitun atas sebab kerja2 yang telah dilakukan.Tahniah.
thank u ma. hihi :)
Post a Comment