Thursday, August 27, 2009

tiada tajuk, punya repekan

Aku kadang-kadang pelik macam mana manusia boleh berubah, kebanyakannya ke arah positif bila masuk sahaja bulan Ramadhan. Aku observed, tak jauh iaitu disekeliling aku sahaja termasuklah diri aku yang banyak kekurangan ini. Kalau tiap-tiap bulan berbulankan Ramadhan, aku tak tahu perubahan akan berlaku atau tidak. Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin itu hikmah setiap bulan bertukar namanya dan setiap nama bulan itu punya peristiwa yang khusus. Ramadhan, orang cakap penghulu segala bulan. Ada pula yang mengistilahkan Ramadhan sebagai universiti, sekolah, kebun dan macam-macam lagilah. Comel kot bila dipanggil macam tu. huhu. Kepelikan aku terus berlaku sehinggalah berakhirnya Ramadhan, kebanyakannya (disekeliling aku juga) termasuk diri aku akan kembali kepada diri sebelum-sebelum ini. Adekah ini dikira hipokrit? Aku kadang-kadang takut bila benda ni disoal kelak. Harap-harapnya tidaklah kan. Aku yakin perubahan yang berlaku ini bukan dibuat-buat. Kalau direka cipta mana mungkin bertahan 30 hari lamanya. Robot apa? Ramadhan ini juga membangkitkan rasa rindu pada banyak perkara. Aku rindu kenangan semasa di Haramain (rasa macam terbau-bau je wangian kelambu kaabah), aku rindukan kenangan masa aku di sekolah dulu (berqiamullail di Masjid Shah Alam dengan pelajar bawah tajaan Yayasan Muawafa'), aku rindukan kenangan diawal aku masuk usrah (kem heart synchronization = Tamrin 1 paling best, terasa bond antara usrah-ian sangat kuat), aku rindukan suara imam Mubin, imam kawasan rumah aku (terngiang-ngiang dia baca surah al-A'la masa conduct solat witir) dan boleh disimpulkan semua benda yang baik-baik berlaku dalam hidup aku aku boleh terindu. Ter, bukan dibuat-buat. Kalau kita perasan, Ramadhan jugak bulan yang meletakkan jurang untuk kita berleka-lekaan. Aku kongsi benda yang aku alami sendiri. Nampak kecik tapi aku dapat rasakan perubahan yang mendalam. Kekal atau sementara, itu aku tak mahu jangka. Marathon k-jdorama sudah aku sepikan seminggu ini, minggu hadapan dan hadapan dan hadapan aku tak boleh jangka. Mungkin selepas aku post posting ni aku terus sambung balik Meichan no-shitsuji, sekali lagi unpredictable. Sehari sebelum Ramadhan dan hari-hari sebelumnya, aku akan dengar boleh dikatakan setiap hari lagu The All American Rejects (semestinyalah lagu Give You Hell, hit kan), Taylor Swift, Katy Perry dan yang kebanyakannya menjadi kegilaan remaja sekarang (aku masih perasaan umur seperti remaja). Itu tak termasuk dengan band-band Korea dan lagu berjiwa ballad aku. Senang kata, nasyid tolak ke tepi. Sekali lagi, Ramadhan merubah segalanya. Masuk sahaja Ramadhan feel untuk aku pasang lagu-lagu tu hilang dan bertukar pula pada nasyid-nasyid Haddad Alwi, Opick, Raihan, Dai Nada, Sami Yusuf, Saujana dan termasuklah suara Imam al-Ghamidi mengalunkan ayat-ayat suci. Lebih tenang mungkin. Aku juga terperasan dua tiga hari ni, apabila azan berkumandang kuantiti insan ke masjid agak berbeza sebelum Ramadhan. Kalau boleh dan cuba seboleh-bolehnya benda ni tak mahu jadi seperti kita menonton filem 'chick-flick'. Berkekalan, baru seronokkan. Sorga, semua orang mahu tapi aku mesti terima setiap dari kita adalah 'human being'. Iman turun naik, macam main saham. Yang patut aku rasa kena buat, bila iman kita meningkat, masa tu kita perlu all-out. Sayang, kalau sudah ada peluang kita buat dek sebab nanti takut peluang itu hilang. Aku baca dalam utusan, kes H1N1 tengah hit sekarang ni, selain daripada kes Kartika dan Beng Hocklah kan. Macam-macam, percaturan dunia. Aku rasa sudah banyak aku repekkan, nanti kalau aku rasa nak menaip aku taip tapi sekarang ada benda wajib yang perlu aku taip. Iaitu, assignment.

Ramadhan, transformasi diri?

Selamat bersahur dengan cereal yang dikongsi bersama semut.
Sharing is caring, emo sekejap >,<

3 comments:

Zaitun said...

Harap kekal sifat2 yang ada pada diri tu.Isyaallah kalau ada rezeki dan diizinkan Allah kita sama2 pergi kenegara yang dirindui tu.


Kasihan makan berjemaah dengan sang semut.

suraya said...

hehehe. akak pun di siang hari berhenti menonton dorama. lewat malam satu dua episod mungkin.:P

selamat berpuasa.

syamimi azmira said...

mama:

ameen :D semut pun comel jugak mcm wawa.

kak sue:

hihi. saya pun sama. Kdg2 terlajak tgk. Tak tahan ;p

selamat berpuasa untuk akak jugak.