Saya meminati membaca pelbagai jenis buku sejak kecil lagi. Tidak kiralah sama ada buku tersebut mengenai cerita rakyat, komik, sastera yang mungkin agak berat bagi sesetengah orang, fiksi atau bukan fiksi, buku teks sekolah, majalah, akhbar malah kamus juga amat bermakna jika dihayati isinya dan dimanfaati bersama.
Saya ingat lagi buku yang amat saya gemari sewaktu zaman kanak-kanak adalah buku bersiri Enid Blyton. Masa itu, buku bersiri ini amat terkenal tambahan lagi ia senang didapati di sekolah. Jadi tidak susah untuk membelinya. Hanya meminjam sahaja di perpustakaan.
Apabila meningkat usia, minat pun agak berubah. Tetapi bukan berubah sepenuhnya. Minat saya tetap dengan buku cuma mungkin genrenya sahaja yang berubah. Pada masa itu, kalau saya tak silap umur saya dalam lingkungan 12-15. Kawan-kawan di sekolah kebanyakan menyarankan saya untuk membaca novel yang berkisar tentang kasih dan sayang dan mereka sentiasa mengatakan novel yang menceritakan kisah cinta mengundang keasyikan untuk membaca. Jadi, untuk tidak kalah saya tetap mengikuti arus peredaraan ini. Tetapi saya hanya meminati novel karya Aisya Sofea dan Sharifah Abu Salem sahaja. Saya merasakn penceritaan mereka amat santai dan bukan hanya mengenai angan-angan sahaja tetapi tetap berkisar tentang realiti kehidupan terutama bagi sesebuah institusi kekeluargaan. Sampai sekarang saya tetap membaca karya mereka dan menjadikan novel tersebut sebagai koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment