Thursday, June 26, 2008

Jemputan Kahwin

Beberapa hari yang lalu, ketika saya melayari internet, Mak Cik Ina Jordon(sekarang dah Terengganu) mem'buzz' saya dan kami bersembang seketika di YM. Dia cakap: " Jatuh cinta dgn George Clooney takpe jgn George Bush dah le. Karang tak pasal2 masuk hospital." Kelakar pun ada jugak. Masa tu, status YM saya Fallin in love with George Clooney. George Clooney tu salah seorang pelakon Hollywood kegemaran saya. Sangat 'handsome' walaupun agak berumur dan gentleman bagi saya. Saya mengenali beliau( tapi dia x knl sy pun =P) ketika sekolah menengah iaitu melalui siri ER. Siri mengenai dunia perubatan kegemaran saya sehinggalah sekarang.Dalam siri tu George Clooney memegang watak sebagai Dr.Ross iaitu doktor pediatrik. Hehe, matanya sungguh mengancam...


Berbalik kepada penceritaan asal, Mak Cik Ina sebenarnya nak confirmkn supaya saya datang ke majlis kahwin anaknya dengan kata lain majlis menyambut menantu di Terengganu. Anaknya kalau tak silap saya Zaid dan menantunya Azra, telah bernikah di Jordan semasa Mak Cik Ina menetap di sana lagi, di Amman. Majlis tersebut diadakan di Kemaman, Terengganu di mana kediaman Mak Cik Ina sekarang pada 19 Julai ini. Saya sudah maklumkan yang saya mungkin tak dapat hadir kerana bertembung dengan waktu kuliah. Saya doakan majlis dapat berjalan dengan lancar dan diberkatiNya.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat & diberkatiNya

No comments: