Thursday, June 26, 2008

Peredaran Masa : Perubahan Citarasa

Seperti yang saya ceritakan dalam entri yang terdahulu, saya seorang yang amat meminati buku. Kadang-kadang duit belanja yang sepatutnya saya belanjakan semasa persekolahan untuk membeli makanan ataupun keperluan sekolah yang lain, saya gunakan untuk membeli buku. Nak dikatakan genre buku saya berubah sepenuhnya mungkin tidak kerana saya masih membaca buku yang saya minati suatu masa dahulu dan tetap membelinya jika ada keluaran yang terbaru di pasaran.


Semasa saya di tingkatan 3, saya amat meminati karya Faisal Tehrani. Sebenarnya, buku FT ni diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik saya iaitu Nurisha. Beliau yang membawa saya untuk meminati karya-karya FT. Saya amat mengagumi hasil tulisannya dan pada masa itu bukan senang untuk seorang anak muda Melayu-Islam menghasilkan karya sebegini unik dan bermakna. Susah juga untuk kami yang meminati karya-karya Sastera ini untuk mendapatkannya di pasaran. Jadi, apabila Pesta Buku diadakan setiap tahun, kami memborong sebanyak boleh buku FT dan sasterawan yang lain untuk dicukupkan bagi satu tahun pembacaan (tak cukup sebenarnya..:P). Faktor kewangan merupakan faktor utama kami tidak dapat memenuhi kehendak yang diimpikan iaitu memiliki buku sastera sebanyak boleh. Jadi, apabila seorang telah membeli buku yang lain, seorang lagi akan membeli tajuk yang berbeza. Itulah strategi kami. Maklumla belum bekerja lagi kan..


Buku pertama FT yang saya baca adalah 1511H (Kombat). Semasa membaca karya ini, semangat jihad dan cintakan agama cukup membara dalam diri saya. InsyaAllah, suatu hari nanti pemuda-pemudi akan berjuang dlam menegakkan syiar Islam. Itu yang saya harapkan selepas membaca dan menghayati karya beliau. Berikut adalah sinopsisnya:

Mendengung, menjunam, menyengat, Lebah sempat menggodekkan ekor merenung sebelum terbang. Tuan persiden rebah, kejang, terus koma.

Kombat 1511 H. Ini zaman depan, tahun 2087 Masihi yang menuntut perang cara teknologi.

Bio-bots lipas dan belalang melitup langit dalam awanan aneh mengepak, menyerak gelombang. Sateli kucar-kacir, komputer huru-hara, radar kacau-bilau.

Cyborg, cypher, sarcos, Ababil, Mikraj, hidrogen sianida, mikrob pemakan logam, laser, segala macam lagi yang dipacu teknologi, teknologi, teknologi.

Syarifah Nusaybah, dia hartawan global, strategis licik,yang tahu jasadnya sentiase diburu peluru, yang tahu kejayaan harus dibina dengan teknologi, bahkan sungguh-sungguh percaya kejayaan yang puncak adalah dengan futuwwah.

Etika yang mencuci jiwa, memperteguh roh: Bahawa manusia semata-mata hamba Tuhan. Semata-mata.

Buku yang seterusnya adalah Advencer Si Peniup Ney. Sesuai dengan aliran semasa di negara ini, di mana anak muda kelihatan begitu teruja dengan budaya hedonisme ini. Apa yang dapat saya hayati daripada novel ini adalah cukup 'simple' sekali tetapi amat bererti iaitu jika pemuda-pemudi yang menjadi tulang belakang negara sekarang ini sudah lalai dengan pelbagai jenis hiburan yang disajikan terutama program realiti yang semakin tumbuh bak cendawan ini, maka akan lahirlah jiwa yang sentiasa menolak ajaran agama dan minda manusia semakin hari semakin lumpuh dek kekurangan ilmu pengetahuan. Program realiti yang semakin 'membiak' sekarang ini seperti sejenis kanser yang mampu membunuh secara senyap merupakan senjata utama pihak yang ingin melalaikan remaja Islam dalam usaha menyebarkan dakyah mereka.

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005


Buku ini amat menarik minat saya kerana ia berkaitan dengan siri penyiasatan. Siri penyiasatan adalah antara genre buku yang saya minati sejak kecil lagi seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini mengenai minat saya pada buku bersiri Enid Blyton. Pembacaan mengenai siri penyesiatan ini bukan terhenti setakat ini tetapi diikuti dengan dua siri lagi iaitu ikan fugu, lukisan dan jimson dan Detektif Indigo Kembali.

Mereka dianugerah deria dan IQ yang luar biasa. Chen-Chung si hafiz, Faruq si serba tahu, Mihrimah Maryam si pakar sains forensik, Ruzbihan si bersin dengan deria bau yang tajam, Rabiah zaitun si ahli kimia dan Isamu pula si entomologis yang istimewa. Enam sahabat ini sedang mendalami ilmu-ilmu penyiasatan di Maktab Rendah Remaja Indigo. Mereka kenal sebagai kumpulan Detektif Indigo.

Kes penculikan prof. Aslan, Setiausaha Agung Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan kehilangan Dr. Recep Gul, pengasas Akademi Indigo menjadi ancaman kepada keutuhan dan perpaduan dunia Islam sejagat. Kumpulan Detektif Indigo dipanggil untuk menyiasat. Keupayaan mereka dicabar. Mampukah mereka merungkai misteri yang ada sebelum terlambat?

Mereka kembali!

Dalam lingkugngan kristal azurite dan lapis lazuli mereka ditubi untuk mengoptimumkan IQ dan deria keenam, demi keamanan sejagat. Ya, keamanan ialah hak sejagat. Dan jagat sudah hilang batas bangsa, budaya, politik.

Mereka dilatih bukan semata-mata untuk memperalat ilmu dan teknologi bahkan menjelmakan adab dan akhlak diterasi iman dan takwa.

Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson membawa anda ke lokasi kes forensik di Sungai Congkak; kes kecurian catan di dewan pameran Dubai; dan kes penderaan warga emas hartawan.

Detektif Indigo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Pembaca akan teruja dengan setiap kes dan cara penyelesaiannya yang tersendiri.

Buku yang saya masih belum baca....






2 comments:

Anonymous said...

Faisal boleh jadi jutawan kalau ada lagi blog-blog yang mempromosi karyanya seperti ini.

syamimi azmira said...

Apa salahnya menolong sesama Muslim...Dia kaya duit, kita kaya ilmu.Hehe...:D