Salam semua,
Kali pertama saya men'update' blog di tempat awam. Pelbagai gelagat manusia yang lalu lalang melintasi pandangan mata membuatkan minda saya berputar akan halnya yang bergelar insan. Reaksi dan ragam mereka berpusar-pusar di pemikiran yang kosong ini. Ada yang lengkap berbaju formal, kasual, menutup aurat dan tidak kurang juga seperti tidak cukup kain. Ya, itu hak mereka. Freedom of choice, freedom of movement, freedom of speech dan pelbagai lagi jenis fundamental rights yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu semua milik mereka! Saya tidak nafikan dari sudut hak asasi.
Saya tidak mahu menjadi pesimis. Begitu juga bertindak untuk menjadi jumud. Biarlah mereka dengan cara mereka. Tidak semua yang tidak memakai tudung itu jahat. Dan tidak semua yang hanya memakai short Padini bersama singlet Topshop itu berhati busuk. Kadang-kadang mereka lebih mulia hatinya. Cuma kekurangan dari beberapa aspek. Itu yang perlu kita ubati secara perlahan dan halus. Berkawan dengan mereka dan berilah layanan yang sama rata. Tidak perlu wujudkan perasaan segan apabila ada mata yang memandang ketika berjalan bersama si 'hot', seksi dan gothic ini tadi.
Yang penting jangan kita hukum mereka apabila tidak menjaga aurat, mereka mestilah tidak akan menyentuh sajadah, tidak berpuasa, tidak menjaga pergaulan dan bermacam lagi kemungkaran. Jangan sama sekali! Satu yang perlu kita ingat, bertudung bukan lesen ke pintu jannah. Tidak semua yang bertudung menutup aurat tetapi yang menutup aurat itu adalah lengkap bertudung. Ada juga saya terdengar cerita dari rakan-rakan yang kononnya si polan ini hanya memakai tudung untuk ke kelas dan pulang ke kampung halaman. Saya tahu itu memang salah dari sudut Syara'. Tetapi, saya cuba halusi dari sudut yang lain iaitu at least dia punya hati untuk menutup aurat. Dia masih respect terhadap beberapa pihak yang menyebabkan dia memakai tudung dalam sesuatu kondisi. Mungkin dari situ satu hari nanti si polan itu tadi tergerak hati untuk terus menjaga auratnya. Itu lebih baik bukan dari terus menghukum beliau dengan sifat hipokrasinya itu tadi. Jangan terlalu menuding kerana ia akan menterbalikkan kepada kita semula. Ingatan untuk diri saya. :)
Saya rasa cukup setakat ini saya berbicara. Kondisi battery di laptop ini mengekang saya untuk terus meluahkan apa yang terlintas di pemikiran ini. Aroma kopi di sudut kiri pula seolah-olah menggoda untuk dihirup kembali dan sekaligus membuatkan fikiran saya melayang-layang pada serangkap pantun Pak Samad.
Menjelma suara mewangi hati,
Menyemai benih berakar budi,
Di sini kita nyanyi menari,
Merindu dunia damai abadi.
5.24 petang