Saturday, December 13, 2008

Harta Pusaka / Harta Puaka

Hari Khamis lepas dekat 1 jam saya berbual dengan mama mengenai macam-macam cerita. Memang menjadi kewajipan mama akan call saya setiap hari. Dan sekarang dengan adanya family plan lebih menjimatkan. Saya juga boleh call mama bila-bila masa.

Topik utama yang kami bincangkan malam itu mengenai harta pusaka. Sebabnya pagi khamis itu, mama ke pejabat tanah di Slim River untuk membuat urusan mengenai harta pusaka moyang saya. Harta yang sudah berusia 61 tahun dan baru-baru ini telah dijumpai oleh nenek saudara saya. (Satu-satunya anak moyang saya yang masih hidup) Bayangkan! Itupun setelah pihak TNB ingin membeli tanah tersebut untuk membuat pencawang elektrik. Sebenarnya tanah tersebut ada 3 nama. Salah satunya nama moyang saya dan 2 lagi sahabat almarhum. Saya tabik kepada keturunan sahabat moyang saya kerana bersusah-payah mencari waris kepada moyang saya dan tidak melupuskan nama almarhum. Satu tindakan yang mulia. Tidak semua yang boleh jujur sebegitu.


Jadinya, pagi khamis itu boleh dikatakan 'gathering' keluarga belah mama saya di pejabat tersebut. Kalau tiada urusan seperti itu, rasanya amat payah untuk berkumpul adik-beradik walaupun kebanyakannya tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Saya terfikir, sometimes harta boleh merapatkan hubungan antara saudara dan kadang-kala jua tidak mustahil menyebabkan perpecahan keluarga. Terpulang kepada diri sendiri bagaimana mahu menguruskannya.

Selepas kisah tersebut, mama menceritakan sedikit mengenai faraid. Bagaimana pengagihannya. Sebenarnya saya sudah lama maklum mengenai perkara ini. Jadi, saya hanya mendengar. Saya berterus-terang yang sebenarnya saya amat tidak berapa gemar atau agak sensitif apabila bicara soal wasiat harta ini. Bukan apa, saya jadi malu terutama pada diri sendiri seperti kita tidak boleh berusaha sendiri untuk hidup di atas dunia ini. Bagi saya, cukuplah mama dan baba hidupkan saya menjadi manusia, menyekolahkan saya dan kasih sayang yang tiada hujungnya. Harta-harta seperti inilah kadang-kadang menggelapkan mata hati kita. Yang pemurah jadi bakhil. Yang amanah, jadi tidak jujur. Yang saudara pula boleh jadi musuh. Simpang malaikat 44! Nauzubillah!

Lagi satu, apabila kita terlalu mengharapkan harta orang tua kita, indirectly kita mahu mereka cepat 'pergi'. Ini yang saya fikir. Sebab itu, saya amat sensitif bila bicara soal harta itu tadi. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ilmulah yang akan memacu kita sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Rasullah s.a.w bersabda: Hanya 2 perkara yang aku tinggalkan untuk umatku supaya kalian tidak sesat sehingga akhir zaman; Al-Quran dan Sunnah ku. Dari situ kita boleh observed sendiri. Bukan harta yang menjanjikan kita ke arah kesenangan dan kejayaan. Islam juga merupakan salah satu harta daripada keturunan. Jika orang bicara Islam itu sekadar dari keturunan, kita harus bersyukur kita dilahirkan dalam Islam. Ini satu anugerah Tuhan. Kita sempat mendengar azan ketika kita masih merah. Untuk mati dalam Islam, kitalah sendiri mencarinya. Terpulang pada kita bagaimana membentuk keimanan dalam diri. Secara semulajadinya, Islam itu merupakan harta dari ibu bapa kita. Bukan rumah, tanah, kereta dan sebagainya.

~ Kejadian tanah runtuh di Bkt. Antarabangsa ~

Lihat sahaja apa yang terjadi pada Highland Towers suatu ketika dahulu, Acheh, dan yang terbaru di Bukit Antarabangsa. Hilang dalam sekelip mata. Tuhan itu Maha Besar. Tuhan yang menguasai sekalian alam. Bila-bila sahaja Dia boleh tarik. Bukit Antarabangsa suatu tempat yang gah. Hanya orang kenamaan yang tinggal di situ. Macam-macam mereka boleh beli. Tetapi itu semua bukan jaminan. Event diri kita sendiri pun hanya sekadar pinjaman.

Iman seseorang itu sahaja yang menjadi haknya. Menentukan sama ada di mana kita ditempatkan di alam barzakh nanti. Iman yang tidak dapat diwarisi atau mewariskan. Kita yang cari sendiri. Sama seperti ilmu. Kalau ada harta tiada ilmu, tiada gunanya. Bila-bila masa kita boleh ditipu atau dimanipulasi sesetengah pihak. Tapi jika kita ada ilmu, campaklah di mana sahaja. InsyaAllah akan terus hidup.

~ Baba @ asSafa ~

Saya ingin membawa mode Raya Haji baru-baru ini. Khutbah semasa solat Aidiladha. Kisah yang sama iaitu dimana Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersama ibunya di Kota Mekah yang kering kontang masa itu. Nabi Ismail menangis kerana kehausan dan Siti Hajar tidak tahu di mana mahu mencari sumber air. Jadi, Siti Hajar berlari-lari anak dari bukit Safa & Marwah untuk menghilangkan kehausan puteranya. Dari situ, kita boleh mengambil iktibar bahawa Siti Hajar berusaha dengan sendirinya untuk mendapatkan seteguk air. Beliau tidak meminta-minta kepada Nabi Ibrahim untuk memberinya sebarang harta sebagai keperluan untuk terus hidup malah bekalan juga tiada. Siti Hajar tidak berputus asa berulang-alik 7 kali dari bukit Safa ke bukit Marwah. Saya tak nafikan kepenatannya kerana saya juga pernah merasainya ketika membuat Sa'ie untuk melunaskan Umrah. Tapi zaman yang saya lalui amat berbeza. Lantai sudah bermarmar. Penghawa dingin juga sudah disediakan. Bayangkan ketika zaman Nabi Ismail. Padang pasir yang gersang dan kering kontang.

~ Baba & adik wif telaga zamzam ~

Selepas 7 kali berulang-alik dari safa ke marwah, maka keluarlah air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail. Miracle doesn't come before affort! Dan sekarang kota Mekah tidak putus dari kunjung tiba umat Islam. Menjadi kota suci dan kota utama bagi kita. Air zamzam tidak pernah putus bekalannya. Kisah yang dapat memberi teladan buat kita generasi muda yang sentiasa selesa dan alpa dengan apa yang ada. Saya suka gunakan pepatah Arab jika saya terkadang malas untuk menelaah. Ketika saya sedapkan hati hanya dengan doa & tawakal sahaja sudah cukup. Saya motivasikan diri saya dengan pepatah ini; 'Man Jadda, wa Jada'. Sesiapa yang berusaha akan berjaya. InsyaAllah.

Saya sentiasa minta pada Allah supaya jangan sekali-kali palingkan hati saya mencintai harta lebih dari mencintaiNya, agamaNya, Rasul dan para sahabat, ibu bapa, keluarga dan sahabat saya. Moga Allah kabulkan doa hambaNya ini. Allahuma amin.

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”� [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Sekadar perkongsian setelah lama tidak mencari :)

p/s: Sape nak main Squash sila roger saya. Available untuk bersenam

1 comment:

mommy said...

thanx bagi peringatan yang sgt bermakna.