Hari jumaat yang lepas saya ke Ipoh untuk menghadiri majlis Khatam Quran anak sepupu saya yang sulung bernama Nazreen Haneeda. Saya bertolak dari Melaka Sentral tepat am 9.30 pagi dan singgah di Seremban dan Tapah. Saya tiba di Medan Gopeng lebih kurang pukul 3 petang. Majlis khatam Quran ini diadakan pada hari Sabtu pagi sehingga ke petang. Dalam pukul 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan Marhaban dan seterusnya ke agenda yang pertama iaitu berkhatam Quran. Selesai upacara tersebut, diadakan sedikit jamuan kecil-kecilan.
Siapakah?
Pada malamnya, kami (saya, mama, maklong, cikma & ucu) ke rumah sepupu Mama yang tinggal di Ipoh dan berdekatan dengan rumah sepupu saya ni. Yang lain ada yang tak mahu ikut sebab nak pergi shopping di Ipoh Parade, nak tengok wayang (midnight tuh :P), siapkan kerja office dan kemas-kemas rumah. Agak lama jugak lepak dekat rumah sepupu mama ni sampai saya tertidur =D. Segan sebenarnya. hehe... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan ... :D
Esoknya, saya pulang semula ke Melaka pukul 1 petang dan sampai dalam pukul 5. Penat tapi rasa berbaloi sebab bukan senang hendak berkumpul ramai-ramai macam ni. Boleh dikatakan majlis ni juga merupakan 'family gathering' of this year. Harapnya selalu lah dapat kumpul-kumpul macam ni. InsyaAllah. Jumpa lagi!
p/s: Ayat yang agak tunggang langgang sebab baru je sampai EP. Tak sabar nak update. =p

No comments:
Post a Comment