Monday, December 22, 2008

Juz my 2 Cents


Saya ada membuat sedikit carian untuk MPK kali ini. Hendak dikatakan progress pun, rasanya belum boleh dikira lagi. Mungkin apa yang saya cari ini sebagai pengenalan kepada yang lain. Permulaanya saya fokuskan kepada badan-badan yang bertanggungjawab secara suka rela dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, saya juga mempunyai beberapa cadangan yang belum dibawa ke dalam majlis syura.

Terlibat dalam organisasi program kemanusiaan ini tidak semudah membeli Nikon D60 bersama Memory Card 4 gig dan lens tambahan yang diberi secara percuma ;p Banyak yang perlu saya teliti dan MESTI alert dengan apa yang berlaku di sekeliling. Pemikiran juga perlu diberi pencahayaan. Idea mestilah 'out of box', tidak boleh asyik teringatkan 'shutter' berapa yang membolehkan gambar nampak cantik =D

Pencariaan yang tidak pernah kenal erti jemu akan membuahkan hasil yang menarik. Itu perkara utama yang harus saya pelajari. Kerja saya nampak 'enteng'. Research. Pergi google, type url dan enter. Mungkin itu di pemikiran anda. Saya juga tidak terkecuali pada mulanya. Tetapi bila semakin dalam pencariaan, semakin jauh hasil tersebut untuk saya capai. Interface, itu tidak cukup. Saya kira manusia perlu berinteraksi secara terus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas. Solusinya, saya telah menyenarai pendek beberapa badan yang saya kira boleh saya jumpa secara terus.


Saya mempunyai sedikit cadangan untuk berkongsi bersama. Kalau ada yang ingin menambah, silakan. Dan kalau ada yang ingin menyanggah pula, tiada salahnya. Cadangan utama, saya tujukan kepada divisyen sponsorship. Saya harap divisyen ini telah menyenarai beberapa badan yang ingin di 'approach'. RKSK, kalau tidak silap saya merupakan antara main sponsor. Saya cadangkan kali ini kita jadikan RKSK dan Stad sebagai sub-sponsor. Ada beberapa sebab. Sebab utama, sudah berpenggal-penggal kita mendapatkan budget dari mereka, dan apa kata kali ini kita cuba cari sponsor dari pihak lain. Cuba senarai pendekkan syarikat-syarikat swasta, badan-badan NGO, orang perseorangan dan sebagainya. Selepas itu, terus hubungi mereka dan bentangkan apa yang kita mahu. Jangan berlengah lagi dengan hanya membuat list yang akan di'approach' berkali-kali tetapi belum satu pun kita contact.

Yang seterusnya, buat iklan secepat mungkin bagi sesiapa yang ingin membuat persembahan. Sebab mereka memerlukan masa untuk practise. Keluarkan iklan sebanyak mungkin, bukan hanya tertumpu di kampus. Kalau mahu menjemput penggiat seni, sekarang juga kita perlu mengeluarkan surat jemputan kerana kalau lambat, mungkin mereka telah di'booked' oleh pihak lain. Cari dimana signifikannya kita jemput seseorang itu. Contohnya, kalau kita jemput Faisal Tehrani, apa yang beliau boleh sumbangkan. Dan lagi satu kita perlu take note, kondisi orang yang kita jemput. Susah atau tidak untuk beliau turut serta. Mustahil ke tidak untuk dia turun di MMU ini. Contoh lain, Ramli Sarip dan M.Nasir. Kalau mahu jemput mereka, saya rasa sekarang adalah masanya. Tidak perlu berlengah. Dapatkan contact PA dan cuba deal dengan mereka, terutama dari segi bayaran dan kesesuaian.

Untuk berhubungan dengan badan-badan tersebut, saya rasa penyediaan proposal merupakan perkara pokok. Proposal mestilah kasi gempak! Barulah nampak menarik. Kalau mahu exaggerate sikit pun, saya rasa tiada salahnya. Mungkin boleh menarik hati sesetengah pihak untuk menyumbang dari segi kewangan dan benda. Dan mungkin juga Amy Search akan turun membuat persembahan! Segalanya tidak mustahil bukan. Cadangan yang seterusnya saya pending dahulu. Ada perkara utama yang saya perlu aulawiyatkan.

Seterusnya, saya akan update mengenai badan-badan yang bertanggungjawab meneruskan misi kemanusiaan dan bagaimana ianya dapat memberi manfaat kepada program MPK ini. Kalau ada buah fikiran sila kemukan direct kepada saya di syamimi89@yahoo.com

"Keamanan yang dijanjikan Allah itu terbahagi kepada dua. Pertama pada diri Rasullah s.a.w itu sendiri selama mana baginda ada dan kedua pula pada istighfar. Banyakkan istighfar kerana ia berupaya membawa keamanan dan ketenangan serta menjauhkan dari gangguan makhluk-makhluk yang tidak kenali erti kemanusiaan."

No comments: