


Kami pulang dalam pukul 4.30 ptg selepas merayau-rayau di festival itu lebih kurang 3 jam dan menemani ****** membeli barangnya. Hari Jumaat pula saya hanya lepak-lepak di rumah, tengok cd korea dengan mama, main susun-susun buku di rak & himpun magazines lama dalam basket, kemas cd2 lama, dan macam-macam lagi. Kebanyakannya lebih kepada mengemas.huhu. (^-^)
Semalam saya hanya lepak-lepak sahaja di rumah, masak, makan-makan, marathon cerita korea dengan mama dll. Pagi tadi, saya tolong mama mencantas pohon Heliconia yang sudah tumbuh meliar di belakang rumah. Sebenarnya saya kurang minat bab-bab menanam pokok, tetapi selepas dikerah jadi paksa rela lah akhirnya. Takpe, gain for pahala. hehe
Hari ni sudah masuk minggu terakhir cuti. Esok, insyaAllah saya ke rumah T-rex [cik Dino ni baru balik dari Perlis -DT-] sebab nak 'copy' & 'paste' movienya ke dalam laptop saya. Cuti masih berbaki, jadi punya waktu lagi untuk bersuka-ria. Kekekeke.
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In the night, without a fight
We will not go down
In Gaza tonight
----------
Gambar dekat bawah ni macam poyo je kan? Hehe. Whatever lah. Yang penting gunalah 'senjata' yang kita ada sekarang iaitu DOA & BOIKOT.
Beberapa alternatif pemBOIKOTan yang InsyaAllah saya tengah menlaksanakannya:
1. Saya menggunakan facial foam Garnier - boleh je gantikan dengan Syahirah, Syurah dsb.
2. McDonald & fast food lain - saya akan tahan semampu mungkin untuk tidak memakannya. Mati ke kalau tak makan? Belum pernah dengar lagi rasanya. Ouh, lagipun cuba korang tengok dekat sini, Christian pun sudah ada yang memboikot McD ni. Kita bila lagi?
3. Nestle - biasanya ramai akan tertumpu pada MILO. Betul tak? Saya dulu pun memang suka jugak minum MILO ni. Tapi bila dah selalu minum, jadi jemu. So, saya beralih ke Cadboury hot chocolate. Saya tak sure Cadboury ni antara barangan keluaran Israel ke tidak. Jadi, boleh je kita cuba brand lain. Cth : Olio2 (saya lupa nama dia :P), minuman Radix keluaran HPA & byk lagi.
*Tak adanya kurang nutrisi kalau kita tukar brand makanan atau minuman yang lain*
4. Starbucks - tak perlulah lagi nak buang masa lepak dekat sini dan minum secawan kopi berjam-jam. Takde untungnya pun. Kalau ye pun nak Wifi, carilah tempat lain. Banyak dah tempat ada Wifi. Kalau kita perasan kan, secawan kopi pun harganya berbelas ringgit. Ni dah dikira evil vampire sebab dia overpriced the coffee. Minum kat kedai mamak lagi berbaloi. Huhu.
*Jangan hanya nak jaga imej/standard kita sanggup menyumbangkan peluru kepada Zionis*
5. GAP/DISNEY/Marks & Spencer dsb - Kadang-kadang saya fikir kita ni membeli barang atas dasar branded. Nak jaga imej, kualiti, nampak georgeous dsb. Saya fokuskan di Malaysia. Barang-barang di atas tu semua boleh dikategorikan sebagai mahal. Betul tak? Tapi sanggup nak beli w/pun kadang-kadang dah terpokai. Yang sebenarnya barang-barang di atas tak adalah mahal sangat kalau dekat luar negara & dianggap biasa-biasa sahaja. Saya tak pernah membeli baju Marks & Spencer dekat Malaysia (masuk je penah ^-^), tapi saya pernah membeli baju dengan Scottich skirt Marks & Spencer di Harrods/Oxford St. (da tak berapa ingat). Harga dia sangat-sangatlah berbeza dengan kita di Malaysia ni. Reasonable & tak dianggap branded item pun dekat UK. Tu dia! So, tak perlulah buang duit kita sebab nak beli barangan macam tu. GAP, MNG, ELLE, GUESS (tak sure barangan boikot/tidak) dsb pun sama. Kalau dekat Dublin dorang jual tepi jalan je. Kira-kira macam carboot dekat stadium sek 13, s.alam tu. Huhu.
6. Maggie - Saya memang tak berapa gemar sebab kalau makan akan cepat lapar balik. So, lepas ni bolehlah mintak talak 3 dari maggie. (",)
7. Kit Kat - Selagi Choki2 ada, insyaAllah saya tak akan menangis di ceruk rak pinggan.
8. Coca-cola - Dah lama saya tak minum. So, tak perlu fikir.
9. Danone - chocolate chip mama sepuluh ratus juta kali lagi sedap. Sekali lagi, tak perlu fikir.
10. Johnson&Johnson dan jenama kosmetik lain - saya memang pakai lotion & baby oil johnson. Tapi lepas ni kena tukar produk lain. Tak jadi masalah. InsyaAllah, tak adanya timbul ruam-ruam kat seluruh badan. Hehe. Revlon, L'Oreal and so ever tu, memang tiada dalam diari saya. Abaikan.
*So, dah ada resolusinya bukan? Chaiyok2,
sama-sama kita laksanakan perubahan*
*Bukan susah, yang perlu kehendak kita*
::Btw, jangan kita lupa satu benda ni. Sibuk-sibuk boikot barangan,
US Dollar pun perlu diboikot::
"Selagi boleh mengatasi keinginan nafsu, lakukannya"
-Demi Palestin-
Mr.Halim during a talk last year
Pagi tadi saya mandikan kucing dengan mama. Lepas tu, saya lepak-lepak je depan tv. Saya bukak channel Astro Awani sebab nak tengok berita di Palestin sana. Bila iklan saya nampak Mr. Halim masuk dalam rancangan WW yang pengacaranya Dang Suria. Siapa tak kenal Mr. Halim? Mr. Halim ni lecturer FBL (Faculty Business and Law) dekat MMU. Selalu buat talk mengenai duit Dinar. Saya pernah deal dengan Mr. Halim sekali masa nak approach untuk anjurkan Talk mengenai Islamic Monetary (saya pun dah lupa tajuk spesifik dia) sempena Pameran Penghayatan Islam program KKB. Senang sangat deal dengan Mr. Halim ni. Contact, pergi jumpa personally dekat bilik dia and briefed sikit mengenai tentatif dan objektif program. Terus approved dan bagi pinjam peralatan dia.
Masa tengok iklan tu, bangga la sikit jadi student MMU. Hehe. Dulu pun pernah ex-MMU student dijemput menjadi tetamu jemputan program WW tu. Saiful Nang. Dia ni dulu pernah jadi student creative multimedia dekat MMU before jadi lecturer dekat Lim Kok Wing U. Then, baru jadi profesional photographer. Hebat2. Harap-harap saya pun dan yang lain-lain boleh jadi macam mereka. InsyaAllah.Buat masa sekarang buku di atas dan Rindu Andalusia terbitan Telaga Biru menjadi antara wish list saya dalam troli belian pada bulan January. Ada sesiapa mahu sponsor? =p
p/s: Nantikan review Saasatul Ibaad.
~ D'Malaysia: RM 5 juta suatu jumlah yang 'berpatutan' untuk mendapat siaran khas perkahwinan si world ~
~ RM 5 JUTA: Apa yang boleh dilakukan untuk memberi sinar kepada mereka? ~
Tangisan Gaza terus bergema seiring dengan melodi Tolaal Badrul Alaina ketika umat Islam di ambang rentetan Hijrah Rasulullah. Seperti biasa,nilai kemanusiaan terus diinjak oleh manusia sialan yang rakus dan dahagakan darah As-syahidin. Keamanan yang dijanjikan oleh pihak sekutu pula terus dipersetankan. Mungkin ini hanya sekadar filem pendek buat yang di luar sana. Tiada apa yang menjejaskan diri kita, jadi biarlah ia sudah menjadi nasib mereka. Lagipun tiada apa yang boleh kita lakukan bukan? Untuk memboikot sesuatu produk, saya rasakan ini bukanlah suatu cara yang efektif. Bukan apa, kalau hanya sekadar di bibir mungkin boleh. Tetapi, bila sudah di alam realiti agak mustahil untuk laksanakan.Contoh seperti KFC, MCDONALD, NESTLE,DISNEY, LEVIS, InTel, Nokia dan sebaginya merupakan produk import utama di negara kita yang menyebabkan secara tidak langsung bergantung harap dengan produk seperti di atas. Saya tidak nafikan produk keluaran tempatan yang sudah melepasi pasaran luar merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meyeru rakyat menggunakan barangan keluaran Malaysia dan negara-negara Islam. Tetapi apa yang dapat dilihat, produk yang tersenarai sebagai 'keluaran' Israel tetap mendapat tempat di hati pengguna bukan sahaja tempatan bahkan pengguna Islam di negara luar.
Apa yang dapat saya perhatikan, minuman Pepsi dan Coca-cola yang merupakan antara barangan Israel tetap menjadi soft drink kegemaran anak-anak muda (saya anak tua) terutama bangsa Arab. Walaupun ketika mereka makan makanan tradisi seperti Nasi Mandi, Falafel, Maklubah dsb, Pepsi atau Coca-cola tetap menjadi minuman hidangan. Saya pernah diberitahu oleh ustaz yang mengajar subjek Tasawwur ketika di sekolah, Pepsi dan Coca-cola ini merupakan silent killer yang dihantar oleh Israel terutama kepada negara Islam untuk menjadi 'agen' menghitamkan hati-hati umat Islam dari terus mencintai agamanya dan merosakkan keturunan dari segi akidah dan kesihatan tubuh badan sehinggakan bangsa Israel itu sendiri tidak sanggup untuk meminumnya walaupun mereka yang menghasilkannya.
Pelbagai alternatif lain yang lebih realistik perlu kita fikirkan. Antaranya, marilah kita sumbangkan tenaga dan wang bersama badan-badan kemanusiaan seperti Mercy, Unicef, Aman Palestin, Muslimaid, Peace Malaysia, MPK (",) dan sebagainya dalam membantu mangsa-mangsa teraniaya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya kira, sumbangan yang dihulurkan seperti di atas merupakan 'senjata' yang mampu dimiliki oleh setiap insan yang punya hati dan nilai kemanusiaan dalam diri selain diiringi doa buat mereka. InsyaAllah, dengan apa yang kita hulurkan biarpun sekeping duit syiling dan setitik peluh bakal melepaskan kita dari sesi soal jawab bersama Sang Murabbi kelak.