Tuesday, January 20, 2009

Minggu ke-2 cuti

*Sama tapi tidak serupa*
^Thanx Maksu for da treat^
Salam semua,

Alhamdulillah. Sudah masuk minggu kedua cuti bagi student MMU. Saya tidak bercuti ke mana-mana kali ini. Hanya duduk di rumah, lepak-lepak menonton tv, habiskan bacaan mana yang belum selesai dsb. Sabtu lepas saya ke Shah Alam dengan Isha. Kita orang keluar lebih kurang pukul 10.30 pagi. Janjinya nak berkaraoke hari itu, tapi disebabkan Isha sakit tekak kita orang cancel plan tu. So, saya dengan Isha just ronda-ronda dekat PKNS, Plaza Alam Sentral & SACC Mall.

Mulanya, kita orang ke PKNS sebab Isha nak beli tudung mak dia & barang yang kawan dia kirimkan. Then, kami ke SACC Mall sebab nak cari CD Korea & Isha nak beli something. Last sekali baru kita orang ke Plaza Alam Sentral sebab saya nak cari skirt labuh & t-shirt. At last jumpa jugak apa yang dicari selama ni. Huhu. (",)

Lepas habis shopping, kita orang singgah kejap dekat INTEC Shah Alam sebab Isha nak hantar barang dekat kawan dia. Dalam pukul 3 barulah kita orang balik sebab Isha nak bawak mak dia ke Giant Bandar Bukit Puchong yang baru bukak tu.

Malamnya, mama dah janji dengan ucu, maksu & family nak pergi dinner. Tapi tempatnya tak decide lagi. Discuss punya discuss, ucu ajak ke Sate Hj. Samuri dekat Kajang. hehe. My favourite. Lepas dinner, just pusing-pusing dekat luar tempat makan Hj.Samuri tu. Dia orang ada bukak booth jualan macam dekat Jln TAR tapi tak sebesar dekat KL lah. Mama sempat grab 3 helai tudung Ekin sebab murah berbanding dekat PKNS Shah Alam. Maksu pulak beli 2 helai seluar untuk nenek nak pergi Umrah jumaat ni. Lebih kurang pukul 12 lebih baru balik tu pun tak sembang lama-lama sebab Naqib (my kazen) ada perlawanan futsal dekat Sports Planet Ampang pagi ahad.

Pagi Ahad macam biasa relax2 dekat rumah je. Isha call pagi tu kata nak datang rumah dalam pukul 12 lebih lepas hantar kereta dekat car wash. Rupa-rupanya dia bagi present. Huhu. Best2. Dapat baju =D Petangnya saya nak ke Mines sebab nak repair MP3 (x bole recognised dkt pc). Tapi baba kata kedai dia tutup, so saya dengan family ke One Utama. Saje jalan-jalan buang masa & buang duit. hehe. Kita orang tak lama pun dekat One Utama sebab crowded sangat. Maybe nak dekat Chinese New Year.

Semalam (Isnin) saya temankan Mama ke pejabat Pos sebab ada urusan sikit. Mulanya, saya nak sekolah tapi tak sempat sebab terbangun lambat =p So, rasanya maybe hari Rabu saya ke sekolah . Takpe lama lagi cuti. huhu.

Itu jelah program-program saya sepanjang beberapa hari ni. Hingga ketemu lagi. Btw, saya ada download satu lagu nasyid ni. Best. Saya jumpa masa jejalan dekat blog orang lain. hehe. Jarang saya dengar & jatuh cinta dengan nasyid ni. ^^

Lets share

lurve (",)
Syamimi Azmira

No comments: