Kebanyakan booth di situ menjual barangan buatan tempatan & dibuat oleh orang Islam. Tak kurang juga terdapat pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Kehakiman Syariah, Takaful Nasional, Pusat Zakat & Wakaf, Maiwp, Bank Negara dsb mengadakan pameran di festival tersebut.
Kami pulang dalam pukul 4.30 ptg selepas merayau-rayau di festival itu lebih kurang 3 jam dan menemani ****** membeli barangnya. Hari Jumaat pula saya hanya lepak-lepak di rumah, tengok cd korea dengan mama, main susun-susun buku di rak & himpun magazines lama dalam basket, kemas cd2 lama, dan macam-macam lagi. Kebanyakannya lebih kepada mengemas.huhu. (^-^)
Hari Sabtu pula saya ke rumah jiran untuk menghadiri majlis kesyukuran sempena cucunya yang selamat menjalani pembedahan saluran perkumuhan. Petangnya, saya & family ke Midvalley (ye, sekali lagi =p) sebab mama nak pergi ke festival yang saya pergi tempoh hari. Kali ni, kami hanya pergi ke festival tersebut dan tidak merayau-rayau ke shoplot lain sebab malamnya mama nak dinner di Juara Tomyam, Kg.Baru K.L. So, lepas solat maghrib di Midvalley kami terus ke Rest tersebut dan pulang ke rumah lebih kurang jam 11 malam.Semalam saya hanya lepak-lepak sahaja di rumah, masak, makan-makan, marathon cerita korea dengan mama dll. Pagi tadi, saya tolong mama mencantas pohon Heliconia yang sudah tumbuh meliar di belakang rumah. Sebenarnya saya kurang minat bab-bab menanam pokok, tetapi selepas dikerah jadi paksa rela lah akhirnya. Takpe, gain for pahala. hehe
Hari ni sudah masuk minggu terakhir cuti. Esok, insyaAllah saya ke rumah T-rex [cik Dino ni baru balik dari Perlis -DT-] sebab nak 'copy' & 'paste' movienya ke dalam laptop saya. Cuti masih berbaki, jadi punya waktu lagi untuk bersuka-ria. Kekekeke.
1 comment:
Post a Comment