Wednesday, January 7, 2009

10 Muharram


Salam 10 Muharram,

Pejam celik, pejam celik sudah 10 hari kita melangkah ke tahun baru. Kemelut peperangan yang melanda di tanah Gaza semakin menjadi-jadi mengingatkan saya kepada peristiwa Karbala suatu waktu dahulu. Cuma yang bezanya pada waktu itu, orang Islam sendiri yang membunuh cucu Rasullulah s.a.w serta keturunan Baginda. Dan sekarang rejim Zionis sudah semakin menggila! Suara tangisan Al-Dhurrah semakin kedengaran. Masihkan anda ingat apa yang berlaku pada Masirah? Di sini punya jawapan.

Peristiwa Karbala bukanlah suatu peristiwa yang penuh kegembiraan sehingga kita boleh bersuka-ria sambil memasak bubur asSyura. Karbala yang sebenarnya menyimpan seribu satu duka yang dialami oleh keturunan Nabi yang bergelar Ahlul Bait. Saya tidak mahu berbicara secara terperinci kerana gusar teratak ini kelak menjadi medan perbalahan di antara Syiah, Sunni, pendukung Wahabi dan segala macam lagi. Apa yang saya harapkan, sama-samalah kita doakan kesejahteraan Rasulullah dan Ahlul Baitnya bersama dengan saudara-mara kita di Gaza sana. Jika anda mahukan kefahaman yang lebih, luangkan masa seketika untuk menelusuri novel Karbala karya Faisal Tehrani. Mungkin input yang diberikan memberi sedikit kefahaman kepada kita semua.

Masirah buat semua !

Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-Durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata
memandang dusta

Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Masirah anak al-Durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan...


3 comments:

Fndy said...
This comment has been removed by the author.
alFaisal said...

http://demipena.com/2008/01/semakin-hampir-dengan-10-muharam-atau.html

Sekadar berkongsi hasil susun-susun dari bacaan-bacaan saya. Sebuah entri saya yang dhaif. Mungkin cik Syamimi boleh membetulkan mana-mana yang silap sebab pembacaan cik Syamimi lebih luas.

Saya dahulukan dengan terima kasih :)

syamimi azmira said...

Demi Pena mantap kowt! Jgnlah b'kate begitu. Pembacaan saya hanya sebesar zarah. InsyaAllah akan saya jenguk. Tapi mungkin ambil masa ye.

T.kasih kembali :D