Salam ceria,
Semalam saya dan t-rex (athirah) ke Midvalley untuk menonton wayang bersama. Kami menonton cerita 'Bedtime Stories' pada pukul 3.20 ptg dan habis dalam pukul 5 lebih. Cadangnya kami nak main ice-skating, tapi isha & fana tak dapat join sebab dia orang ada kelas. So, kita orang decide pergi IOI Mall. Tapi, bila dah nak sampai dekat bus station terus tukar fikiran pergi Midvalley.
Saya & t-rex masa celebrate besday dia last year. Pic untuk sesiapa yg tak mengenali kami (",)
Sampai dekat sana lebih kurang pukul 12 tgh hari. Sampai-sampai je terus pergi makan dekat food court sebab t-rex tak makan lagi. Kita orang makan yong tau foo yang masin ya amat! Menyesal la jugak beli sebab dah la mahal, tak sedap pulak tuh. Takpe, first and the last! Lepas tu, kita orang pergi beli tiket wayang, window shopping and sembang-sembang sambil tunggu tayangan cerita 'Bedtime Stories'.
So far, cerita tuh boleh dikategorikan sebagai average dan lawak giler. Oklah bagi sesiapa yang nak release tension or untuk enjoy. Kita orang keluar dalam pukul 5 lebih, then saya pergi solat kat musolla dia. On the way nak cari musolla boleh pulak jumpa sorang student MMU ni. Kalau tak silap nama dia A****i. Jadi photographer masa orientation week saya dengan t-rex. Kita orang kenal dia sebab saya pernah sakat t-rex jadi skandal A****I tuh. Heheh. Nak tau macam mane boleh jadi macam tu? Saya pun dah lupa.
Dalam pukul 6 lebih kita orang pun balik dan bersesak-sesak dengan orang balik kerja. Memang dah macam tin sardin berhimpit dalam Rapid KL. Bus mula-mula memang dah tak muat. So, kita orang tunggu bus yang ke-2. Bus ke-2 pun lebih kurang sama. Jadi, nak tak nak kena berhimpit-himpit jugaklah. Dalam bus tuh, boleh pulak terjumpa dengan kazen Isha. Huhu. Kecilnya dunia ni. Nasib baik dia tolong pegangkan barang kita orang. Ala, bukannya banyak pun kita orang shopping. Big Apple 2 kotak je. Malas nak beli-beli sebab rasanya tak ada apa yang teringin buat masa ni.
Sampai rumah dah malam and saya tiba-tiba rasa pening. Sebab bersesak-sesak tu kot. Tak tahulah macam mana bila kerja nanti. Inilah yang saya kena face hari-hari. Itupun kalau dapat kerja dekat KL. Hope so lah.
Mr.Halim during a talk last year
Pagi tadi saya mandikan kucing dengan mama. Lepas tu, saya lepak-lepak je depan tv. Saya bukak channel Astro Awani sebab nak tengok berita di Palestin sana. Bila iklan saya nampak Mr. Halim masuk dalam rancangan WW yang pengacaranya Dang Suria. Siapa tak kenal Mr. Halim? Mr. Halim ni lecturer FBL (Faculty Business and Law) dekat MMU. Selalu buat talk mengenai duit Dinar. Saya pernah deal dengan Mr. Halim sekali masa nak approach untuk anjurkan Talk mengenai Islamic Monetary (saya pun dah lupa tajuk spesifik dia) sempena Pameran Penghayatan Islam program KKB. Senang sangat deal dengan Mr. Halim ni. Contact, pergi jumpa personally dekat bilik dia and briefed sikit mengenai tentatif dan objektif program. Terus approved dan bagi pinjam peralatan dia.
Masa tengok iklan tu, bangga la sikit jadi student MMU. Hehe. Dulu pun pernah ex-MMU student dijemput menjadi tetamu jemputan program WW tu.
Saiful Nang. Dia ni dulu pernah jadi student creative multimedia dekat MMU before jadi lecturer dekat Lim Kok Wing U. Then, baru jadi profesional photographer. Hebat2. Harap-harap saya pun dan yang lain-lain boleh jadi macam mereka. InsyaAllah.
Hingga ketemu lagi di lain waktu (",)
Ceria-ceria selalu.Truly,
Syamimi Azmira
4 comments:
Beshnya..pi ronda2 na..
rasa mcm biasa kenal ja A****L tu ja?
wakaka...
bila nak mai penang?
Best2..
Heheh. InsyaAllah aku dtg. Tapi bkn cuti ni. Sbb adik aku skola. Len kali na.
Hang igt lagi? Hahahah.... Mane ble lupa. Lg satu yang kita sume b'dikir barat psl a. B***K tu pun xleh lupak. Lwk2...
lurve,
(",)
owh..
tol jugak na..ak dok ingat yg skunk dok cuti skola lagi.. hehehe...Peace..B-)
Tak pa...
Ak xkisah...Pintu umah sentiasa terbuka pny utk rakan2ku.. ;-)
huisk..sapa kata ak lp? benda2 mcm nie ak ingt pny..wakakaka..
owh a.b***k segar dingatkn ku...
hehehe
miss u dear fren...
@@~
InsyaAllah, 1 hr nanti ceq mai umah hang okies!
Jgn lupak msk roti pisang :D
ahaha...Sweet memory mane ble lupak. Smpai ke anak cucu ;p
Miss u too :D
Post a Comment