Friday, January 2, 2009

Di Ambang 1430/2009

Salam tahun baru,

Tiada keazaman yang saya tanamkan buat tahun yang baru mendatang ini. Seperti kebiasaan, setiap manusia mahukan yang terbaik untuk dirinya. Begitu juga saya. Kejayaan menjadi fokus utama hidup. Cukuplah sekadar itu. Saya tidak mahu melakar seribu satu azam dan akhirnya terbang di awangan. Semangat dan usaha perlu disatukan jika mahu kejayaan itu menjadi potret hidup. Kata dan angan yang berlebihan bakal melelapkan saya diulit mimipi indah. Saya tidak mahu itu. Saya mahu terus berpijak di bumi yang nyata. Pengalaman yang dilalui sekitar 1429 Hijrah cukup untuk terus mematangkan saya.
_______________

~ D'Malaysia: RM 5 juta suatu jumlah yang 'berpatutan' untuk mendapat siaran khas perkahwinan si world ~

~ RM 5 JUTA: Apa yang boleh dilakukan untuk memberi sinar kepada mereka? ~

Tangisan Gaza terus bergema seiring dengan melodi Tolaal Badrul Alaina ketika umat Islam di ambang rentetan Hijrah Rasulullah. Seperti biasa,nilai kemanusiaan terus diinjak oleh manusia sialan yang rakus dan dahagakan darah As-syahidin. Keamanan yang dijanjikan oleh pihak sekutu pula terus dipersetankan. Mungkin ini hanya sekadar filem pendek buat yang di luar sana. Tiada apa yang menjejaskan diri kita, jadi biarlah ia sudah menjadi nasib mereka. Lagipun tiada apa yang boleh kita lakukan bukan? Untuk memboikot sesuatu produk, saya rasakan ini bukanlah suatu cara yang efektif. Bukan apa, kalau hanya sekadar di bibir mungkin boleh. Tetapi, bila sudah di alam realiti agak mustahil untuk laksanakan.
Contoh seperti KFC, MCDONALD, NESTLE,DISNEY, LEVIS, InTel, Nokia dan sebaginya merupakan produk import utama di negara kita yang menyebabkan secara tidak langsung bergantung harap dengan produk seperti di atas. Saya tidak nafikan produk keluaran tempatan yang sudah melepasi pasaran luar merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meyeru rakyat menggunakan barangan keluaran Malaysia dan negara-negara Islam. Tetapi apa yang dapat dilihat, produk yang tersenarai sebagai 'keluaran' Israel tetap mendapat tempat di hati pengguna bukan sahaja tempatan bahkan pengguna Islam di negara luar.

Apa yang dapat saya perhatikan, minuman Pepsi dan Coca-cola yang merupakan antara barangan Israel tetap menjadi soft drink kegemaran anak-anak muda (saya anak tua) terutama bangsa Arab. Walaupun ketika mereka makan makanan tradisi seperti Nasi Mandi, Falafel, Maklubah dsb, Pepsi atau Coca-cola tetap menjadi minuman hidangan. Saya pernah diberitahu oleh ustaz yang mengajar subjek Tasawwur ketika di sekolah, Pepsi dan Coca-cola ini merupakan silent killer yang dihantar oleh Israel terutama kepada negara Islam untuk menjadi 'agen' menghitamkan hati-hati umat Islam dari terus mencintai agamanya dan merosakkan keturunan dari segi akidah dan kesihatan tubuh badan sehinggakan bangsa Israel itu sendiri tidak sanggup untuk meminumnya walaupun mereka yang menghasilkannya.


Pelbagai alternatif lain yang lebih realistik perlu kita fikirkan. Antaranya, marilah kita sumbangkan tenaga dan wang bersama badan-badan kemanusiaan seperti Mercy, Unicef, Aman Palestin, Muslimaid, Peace Malaysia, MPK (",) dan sebagainya dalam membantu mangsa-mangsa teraniaya oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya kira, sumbangan yang dihulurkan seperti di atas merupakan 'senjata' yang mampu dimiliki oleh setiap insan yang punya hati dan nilai kemanusiaan dalam diri selain diiringi doa buat mereka. InsyaAllah, dengan apa yang kita hulurkan biarpun sekeping duit syiling dan setitik peluh bakal melepaskan kita dari sesi soal jawab bersama Sang Murabbi kelak.

3 comments:

Hanif Amir said...

Ayat-ayat awal dlm entri ini kelihatannya seperti diciplak dari ruang ekspresi seorang anak muda. Hurm. Sabar ajelah.

Mengenai boikot, efektif atau tidak tindakan itu bagi saya bukanlah dikira drpd betapa besarnya kerugian pengeluar2 barangan tersebut jika umat Islam memboikot barangan mereka.

Efektif perlu dinilai daripada semangat dan keazaman umat Islam seluruhnya dalam usaha membantu saudara seagama yang sedang terseksa. Adakah kita mampu menahan nafsu daripada memakan dan menggunakan KFC, MCD, Nokia dsb?

syamimi azmira said...
This comment has been removed by the author.
syamimi azmira said...

BuwekkKkkK...
Tak baik nuduh2 nih. Berikan saya al-bayyinah anda. Saya dah baca 10 kali tak sama pun. No ciplak. Hak milik anda masih terpelihara. Dengan kata lain, hak milik kekal. :)

Semangat dan keazaman umat Islam itulah sukar dibentuk. Jika berbicara, semu lantang mengeluarkan pendapat. Tetapi bila perlaksanaannya, kebanyakannya tumpas dengan hawa nafsu. Termasuk diri saya.

Dalam sebulan pun at least makan 2 kali KFC. Kurma boleh pula kita beli setahun sekali. Di kala Ramadhan menjelma.

Jadi, jika kita terlalu ber'kempen' boikot itu, boikot ini saya tak nampak di mana hasilnya. Bukan permasalahan untung rugi pihak terbabit yang saya persoalkan, tetapi signifikannya terhadap permasalahan umat di Palestin.

Sekian.
Mohon teguran =D