Wednesday, December 24, 2008

Secangkir kopi, sebiji donut di Petronas Sg.Besi


Salam semua,
Kali pertama saya men'update' blog di tempat awam. Pelbagai gelagat manusia yang lalu lalang melintasi pandangan mata membuatkan minda saya berputar akan halnya yang bergelar insan. Reaksi dan ragam mereka berpusar-pusar di pemikiran yang kosong ini. Ada yang lengkap berbaju formal, kasual, menutup aurat dan tidak kurang juga seperti tidak cukup kain. Ya, itu hak mereka. Freedom of choice, freedom of movement, freedom of speech dan pelbagai lagi jenis fundamental rights yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Itu semua milik mereka! Saya tidak nafikan dari sudut hak asasi.

Saya tidak mahu menjadi pesimis. Begitu juga bertindak untuk menjadi jumud. Biarlah mereka dengan cara mereka. Tidak semua yang tidak memakai tudung itu jahat. Dan tidak semua yang hanya memakai short Padini bersama singlet Topshop itu berhati busuk. Kadang-kadang mereka lebih mulia hatinya. Cuma kekurangan dari beberapa aspek. Itu yang perlu kita ubati secara perlahan dan halus. Berkawan dengan mereka dan berilah layanan yang sama rata. Tidak perlu wujudkan perasaan segan apabila ada mata yang memandang ketika berjalan bersama si 'hot', seksi dan gothic ini tadi.

Yang penting jangan kita hukum mereka apabila tidak menjaga aurat, mereka mestilah tidak akan menyentuh sajadah, tidak berpuasa, tidak menjaga pergaulan dan bermacam lagi kemungkaran. Jangan sama sekali! Satu yang perlu kita ingat, bertudung bukan lesen ke pintu jannah. Tidak semua yang bertudung menutup aurat tetapi yang menutup aurat itu adalah lengkap bertudung. Ada juga saya terdengar cerita dari rakan-rakan yang kononnya si polan ini hanya memakai tudung untuk ke kelas dan pulang ke kampung halaman. Saya tahu itu memang salah dari sudut Syara'. Tetapi, saya cuba halusi dari sudut yang lain iaitu at least dia punya hati untuk menutup aurat. Dia masih respect terhadap beberapa pihak yang menyebabkan dia memakai tudung dalam sesuatu kondisi. Mungkin dari situ satu hari nanti si polan itu tadi tergerak hati untuk terus menjaga auratnya. Itu lebih baik bukan dari terus menghukum beliau dengan sifat hipokrasinya itu tadi. Jangan terlalu menuding kerana ia akan menterbalikkan kepada kita semula. Ingatan untuk diri saya. :)

Saya rasa cukup setakat ini saya berbicara. Kondisi battery di laptop ini mengekang saya untuk terus meluahkan apa yang terlintas di pemikiran ini. Aroma kopi di sudut kiri pula seolah-olah menggoda untuk dihirup kembali dan sekaligus membuatkan fikiran saya melayang-layang pada serangkap pantun Pak Samad.

Menjelma suara mewangi hati,
Menyemai benih berakar budi,
Di sini kita nyanyi menari,
Merindu dunia damai abadi.
5.24 petang

Tuesday, December 23, 2008

// Status terbaru //



------------
I was tagged by Maya about 7 weird things in myself but I already did it last time. So, i won't repeat it again. Do refer to this post. This picture was taken by myself in the afternoon and they were not satisfied me enough. There are many things i've to learn in order to achieve the satisfaction. But the most important thing D.I.Y ( do it yourself). You will learn where's the lack and which one we have to improve. Never ever give up !







Lokasinya adalah di meja tulis ku yang semak =D


Monday, December 22, 2008

Juz my 2 Cents


Saya ada membuat sedikit carian untuk MPK kali ini. Hendak dikatakan progress pun, rasanya belum boleh dikira lagi. Mungkin apa yang saya cari ini sebagai pengenalan kepada yang lain. Permulaanya saya fokuskan kepada badan-badan yang bertanggungjawab secara suka rela dalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Selain itu, saya juga mempunyai beberapa cadangan yang belum dibawa ke dalam majlis syura.

Terlibat dalam organisasi program kemanusiaan ini tidak semudah membeli Nikon D60 bersama Memory Card 4 gig dan lens tambahan yang diberi secara percuma ;p Banyak yang perlu saya teliti dan MESTI alert dengan apa yang berlaku di sekeliling. Pemikiran juga perlu diberi pencahayaan. Idea mestilah 'out of box', tidak boleh asyik teringatkan 'shutter' berapa yang membolehkan gambar nampak cantik =D

Pencariaan yang tidak pernah kenal erti jemu akan membuahkan hasil yang menarik. Itu perkara utama yang harus saya pelajari. Kerja saya nampak 'enteng'. Research. Pergi google, type url dan enter. Mungkin itu di pemikiran anda. Saya juga tidak terkecuali pada mulanya. Tetapi bila semakin dalam pencariaan, semakin jauh hasil tersebut untuk saya capai. Interface, itu tidak cukup. Saya kira manusia perlu berinteraksi secara terus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas. Solusinya, saya telah menyenarai pendek beberapa badan yang saya kira boleh saya jumpa secara terus.


Saya mempunyai sedikit cadangan untuk berkongsi bersama. Kalau ada yang ingin menambah, silakan. Dan kalau ada yang ingin menyanggah pula, tiada salahnya. Cadangan utama, saya tujukan kepada divisyen sponsorship. Saya harap divisyen ini telah menyenarai beberapa badan yang ingin di 'approach'. RKSK, kalau tidak silap saya merupakan antara main sponsor. Saya cadangkan kali ini kita jadikan RKSK dan Stad sebagai sub-sponsor. Ada beberapa sebab. Sebab utama, sudah berpenggal-penggal kita mendapatkan budget dari mereka, dan apa kata kali ini kita cuba cari sponsor dari pihak lain. Cuba senarai pendekkan syarikat-syarikat swasta, badan-badan NGO, orang perseorangan dan sebagainya. Selepas itu, terus hubungi mereka dan bentangkan apa yang kita mahu. Jangan berlengah lagi dengan hanya membuat list yang akan di'approach' berkali-kali tetapi belum satu pun kita contact.

Yang seterusnya, buat iklan secepat mungkin bagi sesiapa yang ingin membuat persembahan. Sebab mereka memerlukan masa untuk practise. Keluarkan iklan sebanyak mungkin, bukan hanya tertumpu di kampus. Kalau mahu menjemput penggiat seni, sekarang juga kita perlu mengeluarkan surat jemputan kerana kalau lambat, mungkin mereka telah di'booked' oleh pihak lain. Cari dimana signifikannya kita jemput seseorang itu. Contohnya, kalau kita jemput Faisal Tehrani, apa yang beliau boleh sumbangkan. Dan lagi satu kita perlu take note, kondisi orang yang kita jemput. Susah atau tidak untuk beliau turut serta. Mustahil ke tidak untuk dia turun di MMU ini. Contoh lain, Ramli Sarip dan M.Nasir. Kalau mahu jemput mereka, saya rasa sekarang adalah masanya. Tidak perlu berlengah. Dapatkan contact PA dan cuba deal dengan mereka, terutama dari segi bayaran dan kesesuaian.

Untuk berhubungan dengan badan-badan tersebut, saya rasa penyediaan proposal merupakan perkara pokok. Proposal mestilah kasi gempak! Barulah nampak menarik. Kalau mahu exaggerate sikit pun, saya rasa tiada salahnya. Mungkin boleh menarik hati sesetengah pihak untuk menyumbang dari segi kewangan dan benda. Dan mungkin juga Amy Search akan turun membuat persembahan! Segalanya tidak mustahil bukan. Cadangan yang seterusnya saya pending dahulu. Ada perkara utama yang saya perlu aulawiyatkan.

Seterusnya, saya akan update mengenai badan-badan yang bertanggungjawab meneruskan misi kemanusiaan dan bagaimana ianya dapat memberi manfaat kepada program MPK ini. Kalau ada buah fikiran sila kemukan direct kepada saya di syamimi89@yahoo.com

"Keamanan yang dijanjikan Allah itu terbahagi kepada dua. Pertama pada diri Rasullah s.a.w itu sendiri selama mana baginda ada dan kedua pula pada istighfar. Banyakkan istighfar kerana ia berupaya membawa keamanan dan ketenangan serta menjauhkan dari gangguan makhluk-makhluk yang tidak kenali erti kemanusiaan."

Sunday, December 21, 2008

Ipoh mali !

Salam semua,

Hari jumaat yang lepas saya ke Ipoh untuk menghadiri majlis Khatam Quran anak sepupu saya yang sulung bernama Nazreen Haneeda. Saya bertolak dari Melaka Sentral tepat am 9.30 pagi dan singgah di Seremban dan Tapah. Saya tiba di Medan Gopeng lebih kurang pukul 3 petang. Majlis khatam Quran ini diadakan pada hari Sabtu pagi sehingga ke petang. Dalam pukul 10.30 pagi, majlis dimulakan dengan Marhaban dan seterusnya ke agenda yang pertama iaitu berkhatam Quran. Selesai upacara tersebut, diadakan sedikit jamuan kecil-kecilan.



Erin & Aunty Naza (ex-student MMU) .:hehe tak lari kemana:.




Antara anak-anak yatim rumah Darussalam Simpang Pulai



Me & Ezany ( adik erin)

Marsya & Adik

Marsya, Adik & Me

Kami (",) .:Berposing ketika orang sibuk berkhatam:.
bLuR .:Menggeletar tangan budak ni amik gambar kita orang:.
Siapakah?

Pada malamnya, kami (saya, mama, maklong, cikma & ucu) ke rumah sepupu Mama yang tinggal di Ipoh dan berdekatan dengan rumah sepupu saya ni. Yang lain ada yang tak mahu ikut sebab nak pergi shopping di Ipoh Parade, nak tengok wayang (midnight tuh :P), siapkan kerja office dan kemas-kemas rumah. Agak lama jugak lepak dekat rumah sepupu mama ni sampai saya tertidur =D. Segan sebenarnya. hehe... Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan ... :D

Esoknya, saya pulang semula ke Melaka pukul 1 petang dan sampai dalam pukul 5. Penat tapi rasa berbaloi sebab bukan senang hendak berkumpul ramai-ramai macam ni. Boleh dikatakan majlis ni juga merupakan 'family gathering' of this year. Harapnya selalu lah dapat kumpul-kumpul macam ni. InsyaAllah. Jumpa lagi!

p/s: Ayat yang agak tunggang langgang sebab baru je sampai EP. Tak sabar nak update. =p

Tugas yang menanti =D

Hadapinya dengan penuh tenang & enjoy!

Thursday, December 18, 2008

MPK?

Suatu posting yang sempoi =D

Mase aku nak start masak tadi, k.wani col aku. Terkezut gak. tp wat sore cam bese ala2 macho gituh. Huhu... k.wani tanya aku ade x hanif approach aku jd HOD utk research. Aku ckp ade. Tp sebelum dia approach aku jd researcher, dia suh aku jd pembancuh air vip. Xde hal la. Klu aku dpt autograf ramli sarip, jgn nangis ceruk dapur.haha.. Pastu k.wani ckp ape ntah, aku maleh nk taip. Yg aku take note ade meeting kul 10. Mak aii. Aku dah le xmandi lg, pastuh br potong bwg putih (utk goreng mee). Klu aku msk mmg sure smpai sore nggak siap. So, aku kms sume simpan dlm fridge blk. Gi mandi n siap2. Aku ajak azah (asp leper =p) tmnkn aku. X elok jln sorng2, bahaye.

Pastu aku cabut gi meeting kat fser. kelas mase foundation dulu di mana tempat kte org b'hibernasi. Sejuk yang amat sgt menyebabkan deria melihat aku menjadi pudar (nantok). Dah lm aku x attend aktvt usrah nih. Nak kate sibuk, barrack obama lagi sibuk. Tapi hormon maleh tuh kuat je b'tindak balas. Jgn ikot k.

Nih meeting 1st antara HOD dgn coordinator program MPK. Tp aku rs bkn 1st kot, sbb kebiasaanya director and ad (hi-hicom) akan wat meeting dgn tanzim. Cam dl ms kkb. heheh.. bile ckp kkb nih byk p'kara mematangkn aku. Byk sgt2. Sbb byk gak slh aku dah wat n skrg hrp x lah aku duk ulang lg perkara sm.

Aku harap aku leh disiplinkn diri n lbey komited pasni. The most important thing jd positive thinker. Xnak dah mudah sgt t'pengaruh dgn org. Kena kebalkan ati dr bnd2 lagha. Kurangkn ckp, tingkatkn kualiti keje, bykkn menangkap gmbo. Heheheh...eh, silap. wat research. Kali ni aku jadi researcher. Pelik ibn ajaib. Tp akan ku coba semampu mungkin meresearch, mengkaji dan juga mencari gali permasalahan manusia ini. Hoho... Pastu kena bentang kat tuan director.

Dah abih bicara soal tugas, soal komiti plak. Byk jgk muka2 baru yg aku x knl. Sbb da lm xjoin kot. Adik2 br yg pnggil aku kakak. Xpnggil aku kakak pun xpe. Nmpk tua sgt lah plak. Pnggil nm aku x kesah. Aku tgk dorng nih cm cool je. Harap leh bg kerjasama. It's my pleasure ok :)

Dulu mase join kkb, byk gler pengalaman yg kelakar, best, sdey, kecewa, pnt lelah, koma je blum =p. Tapi bnd tuh yg mendewasakan aku. Mengajar aku supaya bersabor, xyah nk emo lebey2, disiplin diri, differentiate mane lebey aula n byk lg. Tp bnd tuh aku observed pas hbs kkb and aku ttp syukur dpt muhasabah diri cket. Klu x, dulu mafia cam aku. Mubalaghah lah plak ;p Insap2. huhu...

Antara pengalaman yang aku x leh lupakan, mase aku approach Balai Cerap Melaka (Kompleks al-Khawarizmi) tuh. Kteorg kena interview memacam (aku n kak suraya) pastu kena tnggu dkt setgh jam plak tuh dgn bos dia. Sbb pakcik tuh ckp dgn sape ntah dlm tepon. Sng ati gler ar bile dia dah terima. Ada 1 hal yg aku x bgtau org len. Kelako pun ade. Meluat n menyampes cket pun ade. Ade sorng pekerja balai cerap nih slalu gler col aku. Bnd kecik2 pun nk tanya. Pastu dah settle aku terangkan, leh plak dia tanya memacm. Dah mkn, xletih ke buat keje nih, study mcm mane, adik org mn n memacm lg lah. Aku wat2 la sore serius kate bz. Nak marah karang dia tarik balik ape yg dorng setuju. Kenkadng col aku dlm kelas terutama mdm nilofar nye kelas, otw nk gi memane n dimana sajelah. Berkali-kali smpai aku maleh nk jwb. Esoknya col aku, tanya asal aku x jwb. Bkn pnting pun. Ulang perkara yg sm. Xpelah. Ni sume pengajaran. Aku ade dgr gak dr senior kate bnd nih pnh berlaku. So, konklusi nya eloklah kiranya yg deal dgn mereka sume nih dak2 laki. Hah! Baru padan muka.

Buat mase nih, tu je dulu aku nk cite pengalaman patik yang pacal nih. Len mase aku sambung lagi. Tu pun klu ade mood. Heheh... cow shin chan...

p/s: Hanya jauhari mengenal manikam.

Tuesday, December 16, 2008

Tawarikh Cinta


Tawarikh
membuka gapura masa
buat kembara merentas alam, melangkau zaman
mengenalkan diri akan tunjangnya
sampai terungkaplah makna cinta

Akhirnya selesai juga saya menelusuri Tawarikh Cinta karya Nisah Harun walaupun mengambil masa yang agak lama dari kebiasaan. Thanks untuk adik sebab hadiahkan akak buku ni sempena apa saya pun tidak tahu. Sudah lama saya mahu memiliki buku ini tetapi banyak perkara yang saya perlu aulakan terlebih dahulu. Memiliki mana yang wajib didahulukan.

Penceritaan yang bagus dengan gaya bahasa yang penuh gramatis mengingatkan saya kembali ke zaman sekolah menengah. Jika kita masih ingat lagi dengan buku KOMSAS seperti Sehijau Warna Daun, Seuntai Kata Untuk Dirasa, Anak Bumi Tercinta dan Kerusi, tidak jauh bezanya dengan konsep yang dibawa oleh Nisah Harun iaitu dengan mengetengahkan keindahan Bahasa Melayu sebagai lingua franca suatu masa dahulu dan kesyumulan Islam. Dalam pada itu, diselitkan juga akan kepentingan ilmu dalam sesebuah negara selain mempunyai pemimpin yang berwibawa.

Cerita ini dimulakan dengan mimpi yang dialami oleh Putera Jauhari Firus yang mana didatangani moyang beliau iaitu Ratu Hassanatul Ridhwan Kesuma yang menitahkan untuk mencari Kitab Gemala Sakti yang asli. Mimpi yang sama juga dialami oleh adinda baginda, Puteri Cempaka Wilis. Mereka berdua bertanggungjawab memimpin negeri yang diberi nama Ujana Madani setelah mangkatnya ayahanda Sultan.

Keadaan istana pada masa itu agak meruncingkan kerana pembesar-pembesar istana lagaknya tidak ubah seperti 'gunting dalam lipatan'. Putera Jauhari Firus menanam keazaman untuk mengembalikan kegemilangan Ujana Madani seperti zaman moyangnya dengan mendapatkan kembali Kitab Gemala Sakti yang asli. Dalam mimipi Puteri Cempaka Wilis, Ratu Hassanatul sempat berpantun bahawasanya Kitab Gemala Sakti itu diamnya di Temasik. Setelah menjalankan as-Syura bersama ayahanda Wazir Syamsul Azmi, Putera Jauhari membuka gapura masa, merentas alam dan melangkau zaman dalam pencarian seorang penyelamat serangan ikan todak yang dihukum pemimipin negaranya hanya kerana beliau memiliki sifat cendekiawan.

Pelbagai pergolakan yang berlaku sebelum majlis pertabalan disempurnakan. Tidak kurang juga dengan cabaran dan onak duri yang dialami oleh Putera Jauhari Firus bersama adindanya dalam mengembalikan Kitab Gemala Sakti yang asal. Dalam pengembaraan Nadim ke Ujana Madani, beliau dibawa kepada susur galur sebenar dirinya. Siapakah sebenarnya pemuda yang bernama Nadim? Dan dapatkah pula Putera Jauhari Firus mengembalikan Kitab Gemala Sakti ke duduknya yang asal? Tawarikah Cinta punya jawapan.

"Perintahlah Ujana Madani dengan jurus keadilan.
Kekuatan seorang perempuan itu tersimpan pada kelembutannya.
Bukankah pada lembutnya air yang mengalir,
kelikir di sungai beralah
menjadi pasir?


p/s:Karya yang membawa kerinduan saya pada Salsabila Fahim, Ungku Hamidah dan Syarifah Nusaybah.

Saturday, December 13, 2008

Harta Pusaka / Harta Puaka

Hari Khamis lepas dekat 1 jam saya berbual dengan mama mengenai macam-macam cerita. Memang menjadi kewajipan mama akan call saya setiap hari. Dan sekarang dengan adanya family plan lebih menjimatkan. Saya juga boleh call mama bila-bila masa.

Topik utama yang kami bincangkan malam itu mengenai harta pusaka. Sebabnya pagi khamis itu, mama ke pejabat tanah di Slim River untuk membuat urusan mengenai harta pusaka moyang saya. Harta yang sudah berusia 61 tahun dan baru-baru ini telah dijumpai oleh nenek saudara saya. (Satu-satunya anak moyang saya yang masih hidup) Bayangkan! Itupun setelah pihak TNB ingin membeli tanah tersebut untuk membuat pencawang elektrik. Sebenarnya tanah tersebut ada 3 nama. Salah satunya nama moyang saya dan 2 lagi sahabat almarhum. Saya tabik kepada keturunan sahabat moyang saya kerana bersusah-payah mencari waris kepada moyang saya dan tidak melupuskan nama almarhum. Satu tindakan yang mulia. Tidak semua yang boleh jujur sebegitu.


Jadinya, pagi khamis itu boleh dikatakan 'gathering' keluarga belah mama saya di pejabat tersebut. Kalau tiada urusan seperti itu, rasanya amat payah untuk berkumpul adik-beradik walaupun kebanyakannya tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Saya terfikir, sometimes harta boleh merapatkan hubungan antara saudara dan kadang-kala jua tidak mustahil menyebabkan perpecahan keluarga. Terpulang kepada diri sendiri bagaimana mahu menguruskannya.

Selepas kisah tersebut, mama menceritakan sedikit mengenai faraid. Bagaimana pengagihannya. Sebenarnya saya sudah lama maklum mengenai perkara ini. Jadi, saya hanya mendengar. Saya berterus-terang yang sebenarnya saya amat tidak berapa gemar atau agak sensitif apabila bicara soal wasiat harta ini. Bukan apa, saya jadi malu terutama pada diri sendiri seperti kita tidak boleh berusaha sendiri untuk hidup di atas dunia ini. Bagi saya, cukuplah mama dan baba hidupkan saya menjadi manusia, menyekolahkan saya dan kasih sayang yang tiada hujungnya. Harta-harta seperti inilah kadang-kadang menggelapkan mata hati kita. Yang pemurah jadi bakhil. Yang amanah, jadi tidak jujur. Yang saudara pula boleh jadi musuh. Simpang malaikat 44! Nauzubillah!

Lagi satu, apabila kita terlalu mengharapkan harta orang tua kita, indirectly kita mahu mereka cepat 'pergi'. Ini yang saya fikir. Sebab itu, saya amat sensitif bila bicara soal harta itu tadi. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai dalam hidup kita. Ilmulah yang akan memacu kita sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Rasullah s.a.w bersabda: Hanya 2 perkara yang aku tinggalkan untuk umatku supaya kalian tidak sesat sehingga akhir zaman; Al-Quran dan Sunnah ku. Dari situ kita boleh observed sendiri. Bukan harta yang menjanjikan kita ke arah kesenangan dan kejayaan. Islam juga merupakan salah satu harta daripada keturunan. Jika orang bicara Islam itu sekadar dari keturunan, kita harus bersyukur kita dilahirkan dalam Islam. Ini satu anugerah Tuhan. Kita sempat mendengar azan ketika kita masih merah. Untuk mati dalam Islam, kitalah sendiri mencarinya. Terpulang pada kita bagaimana membentuk keimanan dalam diri. Secara semulajadinya, Islam itu merupakan harta dari ibu bapa kita. Bukan rumah, tanah, kereta dan sebagainya.

~ Kejadian tanah runtuh di Bkt. Antarabangsa ~

Lihat sahaja apa yang terjadi pada Highland Towers suatu ketika dahulu, Acheh, dan yang terbaru di Bukit Antarabangsa. Hilang dalam sekelip mata. Tuhan itu Maha Besar. Tuhan yang menguasai sekalian alam. Bila-bila sahaja Dia boleh tarik. Bukit Antarabangsa suatu tempat yang gah. Hanya orang kenamaan yang tinggal di situ. Macam-macam mereka boleh beli. Tetapi itu semua bukan jaminan. Event diri kita sendiri pun hanya sekadar pinjaman.

Iman seseorang itu sahaja yang menjadi haknya. Menentukan sama ada di mana kita ditempatkan di alam barzakh nanti. Iman yang tidak dapat diwarisi atau mewariskan. Kita yang cari sendiri. Sama seperti ilmu. Kalau ada harta tiada ilmu, tiada gunanya. Bila-bila masa kita boleh ditipu atau dimanipulasi sesetengah pihak. Tapi jika kita ada ilmu, campaklah di mana sahaja. InsyaAllah akan terus hidup.

~ Baba @ asSafa ~

Saya ingin membawa mode Raya Haji baru-baru ini. Khutbah semasa solat Aidiladha. Kisah yang sama iaitu dimana Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim bersama ibunya di Kota Mekah yang kering kontang masa itu. Nabi Ismail menangis kerana kehausan dan Siti Hajar tidak tahu di mana mahu mencari sumber air. Jadi, Siti Hajar berlari-lari anak dari bukit Safa & Marwah untuk menghilangkan kehausan puteranya. Dari situ, kita boleh mengambil iktibar bahawa Siti Hajar berusaha dengan sendirinya untuk mendapatkan seteguk air. Beliau tidak meminta-minta kepada Nabi Ibrahim untuk memberinya sebarang harta sebagai keperluan untuk terus hidup malah bekalan juga tiada. Siti Hajar tidak berputus asa berulang-alik 7 kali dari bukit Safa ke bukit Marwah. Saya tak nafikan kepenatannya kerana saya juga pernah merasainya ketika membuat Sa'ie untuk melunaskan Umrah. Tapi zaman yang saya lalui amat berbeza. Lantai sudah bermarmar. Penghawa dingin juga sudah disediakan. Bayangkan ketika zaman Nabi Ismail. Padang pasir yang gersang dan kering kontang.

~ Baba & adik wif telaga zamzam ~

Selepas 7 kali berulang-alik dari safa ke marwah, maka keluarlah air zamzam dari hentakan kaki Nabi Ismail. Miracle doesn't come before affort! Dan sekarang kota Mekah tidak putus dari kunjung tiba umat Islam. Menjadi kota suci dan kota utama bagi kita. Air zamzam tidak pernah putus bekalannya. Kisah yang dapat memberi teladan buat kita generasi muda yang sentiasa selesa dan alpa dengan apa yang ada. Saya suka gunakan pepatah Arab jika saya terkadang malas untuk menelaah. Ketika saya sedapkan hati hanya dengan doa & tawakal sahaja sudah cukup. Saya motivasikan diri saya dengan pepatah ini; 'Man Jadda, wa Jada'. Sesiapa yang berusaha akan berjaya. InsyaAllah.

Saya sentiasa minta pada Allah supaya jangan sekali-kali palingkan hati saya mencintai harta lebih dari mencintaiNya, agamaNya, Rasul dan para sahabat, ibu bapa, keluarga dan sahabat saya. Moga Allah kabulkan doa hambaNya ini. Allahuma amin.

“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”� [AL-Shu'araa' 26: 88-89]

Sekadar perkongsian setelah lama tidak mencari :)

p/s: Sape nak main Squash sila roger saya. Available untuk bersenam

Sambungan Ceritera Zulhijjah

Selamat pagi sabtu buat semua,

Saya nak ceritakan sedikit kisah sambutan Hari Raya Idul Adha baru-baru ni. Seperti kebiasaan raya haji, family saya tak pulang ke kampung sebabnya masing-masing akan beraya di rumah sendiri. Selepas solat raya tu, maybe akan ziarah ke rumah saudara yang lain atau sahabat yang terdekat. Tapi tahun ni kami tak kemana-mana sebab ramai tetamu yang datang. Sampai ke tengah malam barulah ada yang pulang. Raya tahun ni mama masak (saya tolong mengacau je) nasi minyak, rendang daging, sambal sotong, goreng ayam and laksa. Untuk dessert pula saya buat puding jagung with vanilla ice-cream as a topping. Hehe, marvelous la jgk rasanya.

Raya Haji tahun ni, Alhamdulillah saya dapat menunaikan solat Aidiladha di Masjid As-Salam Puchong Perdana yang berdekatan dengan rumah saya. Solat raya tahun ni special sikit sebab TV9 datang untuk membuat pengambaran secara langsung. Siapa yang bukak TV9 masa orang bersolat raya tuh maybe ternampak kot muka saya (perasan =p). Lepas solat, seperti biasa diadakan acara sembelihan dan sebelum tu ada sedikit jamuan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Pengcara yang ada terlibat iaitu yang menjadi pengacara Akademi al-Quran dan finalis Gadis Melayu juga turut turn padang mengagihkan goodies beg untuk orang yang berkenaan. Saya tak join sembelih and menyembelih sebab hujan masa tu. So, balik rumah dan breakfast. Lepas breakfast tu macam-macamlah keje dibuat. Oklah, sampai ni je ye cite raya Haji. Gambar pun x sempat snap sebab layan tetamu. Jumpa lagi raya haji tahun depan. :)

Friday, December 12, 2008

Ceritera sekitar Zulhijjah

Salam semua,

FuhhhHhhH......! Jap nak tiup habuk, buang sawang2 n taik cicak kat blog ni dulu. Huhu... Da lama tak menjengah blog saya ni. Nak kata busy tak lawanlah kesibukan Obama. Tapi kurang mood sikit nak berblogging ni sebenarnya.

Sebelum tuh, saya nak ucapkan . . .


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Maaf, agak terlewat sedikit untuk ucapan Salam Idul Adha. Rakan-rakan yang ucapkan pun tempoh hari, saya terlambat balas. Tak tahu kenapa sekarang ni rasa macam nak menyendiri. Ym pun dah jarang on9. Time for MUHASABAH. Sudah lama saya tak membaca. Membaca yang saya maksudkan seperti menelusuri karya-karya penggiat sastera yang diminati, yang mana saya mesti baca setiap hari seperti dulu. Karya yang harus saya beli sekurang-kurangnya 2 buah setiap bulan. Sekarang ni sudah ada 3 buku yang tertangguh. Bila nak bukak, rasa malas itu datang. Saya tahu sifat itu tidak 'sihat'. Bila kurang pembacaan, pemikiran jadi lesu. Saya akuinya. Tapi, saya takkan mengalah. Cuba yang terbaik. Membaca bukan sekadar persiapan di medan peperiksaan.

Kita tutup kisah itu dahulu. Kalau cakap banyak pun tak guna jugak jika tiada progress. Saya nak ceritakan sedikit kisah-kisah yang berlaku di sekeliling saya. Terlebih dahulu saya nak ucapkan takziah kepada mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini. Dan tak lupa juga tahniah kepada para jemaah Haji yang selamat melaksanakan rukun yang kelima itu. Moga mendapat Haji yang Mabrur.

[tak de mood lah plak. Nnt smbunglah ye. Hahaha....! Jgn mare. =p]

Tuesday, December 2, 2008

Penyatuan 2 Hati



Update secara ringkas untuk mengucapkan a Big Congratulation to my cousins and friends yang akan atau telah bertunang dan bernikah pada bulan 11 dan 12.
Semoga perhubungan kalian berkekalan dan cinta yang bersemi mendapat barakah dariNya.


as a present
i will dedicate
Erti Cinta
for all
both of u

happiness
cherish

♥♥♥
Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar


Friday, November 28, 2008

No Title

Assalamualaikum,

How r u, guys? Lately I'm quite busying myself with so called assignment and revision for midterm test which be held around week 6. Hopefully, it will run smoothly. InsyaAllah. Yesterday, I'd an informal conversation with one Chinese boy who seat beside me in the library. He came to our table (me, Aimi and Azah) when he saw Aimi was alone waiting for me and Azah. He said he is a kampung boy and talk a bit about his village somewhere in Alor Setar. I'm quite impressed because it's rare nowadays people introduce himself from 'kampung'. Although they are really from 'kampung' but they might be ashamed to talk about their origin. For me, why we have to feel shy to introduce who really we are and where we come from. From there we may really know who will be our friend because of 'ikhlas berkawan' not according to our status. And one thing we should realized that all of us are from 'kampung'. Unless, some of them from aborigines.


He said youngsters nowadays are indulge themselves with so called gadget, networking, digital item or in other words with the modern technologies. Less of them are interested with our tradition. Malaysian tradition. Like main wau, gasing, panjat pokok kelapa, memancing, lari-lari tengah sawah and others. Permainan yang suatu masa dahulu nenek moyang kita pernah merasainya. Dan sebab itu, i thing kita juga perlu melaluinya untuk mengenal jati diri bangsa dan identiti kita. I'm not saying it's just for Malay but it's for all Malaysian. Orang Timur, Nusantara banyak keunikannya. Dan dengan keunikan yang kita ada, we should proud with our identiti yang tidak diciplak dari mana-mana identiti bangsa lain. Why we have proud to be others right?


If suatu masa dahulu Hang Tuah pernah berbangga dengan bangsa and tanah air kita and why don't we? Nothing impossible. And i'm not saying when kita kembali mengenal tradisi kita, kita akan jadi backwards, kolot. I'm not saying that. Kita tetap terus dengan aktiviti yang kita sedia ada. Belajar, bekerja and sebagainya. But it's really sayang if we never realized about our identiti. Dari mengenal identiti bangsa juga membuatkan kita terus berjaya. Sebab kita sedar siapa kita. Betapa susahnya nenek moyang kita nak bertapak dan memulakan segala-galanya seperti yang kita ada sekarang. Yang kita tahu sekarang adalah kemodenan, kecanggihan dan kemajuan. But we never ambil tahu how it was started right???

----------------


Yesterday evening, i took a nap around 5.15-6.30 pm after balik dari campus. I'd class in the morning and finished at 10am. Then, me, azah and lin had our breakfast at Plaza Siswa before did our revision in the library. After Zuhur prayer, we consult Mr. Hasbullah for our assignment and Alhamdulillah sir bagi pinjam 1 of his book for the referring. Then we all consult pulak Dr. Masum because of the same assignment. Around 4.30 baru sampai rumah. So, after Asar saya tidur kejap sbb letih and mengantuk sangat. But around 6pm dah kena bangun nak dinner dengan azah, lin, ina and aimi. Tapi 6.30 kut baru terjaga sebab lin datang nak simbah air kat saya.


Dia cakap susah gila nak kejutkan saya tidur and masa saya tidur tuh sempat pulak mengigau pasal something. Saya cakap something pasal kamera, nak tangkap gambar banyak-banyak and a bit about photographer. Hahaha....Ape lagi mmg gelak besar gaklah bila lin bagitahu. And i know ni semua sebab apa. Sebab saya dah t'impressed dgn gamabar-gambar yang ui snap. Memang smart gila and so professional. Rasa nak jadi macam dia. Tapi saya tahu mama mesti tak bagi. But from now saya dah bercita-cita nak beli DSLR camera. Nikon D90. Dah dalam wish list. Tapi tak tahulah lah bila boleh dapat. Huhu :[ Suatu masa nanti. Nothing impossible. :D


Sekarang nih duk ulit2 digital camera olympus 7.1 megapixels saya. But, i know semuanya mesti bermula dari bawah. So, bila snap gambar saya akan guna manually . Dah tak guna portrait. In certain circumstances je. Nak mahirkan diri dalam teknik snap2 gambar, blurring background and others. Start from below and minat tuh penting. Kalau guna DSLR tapi tak tahu nak snap gambar yang smart2 pun nanti membazir duit pulak. hehe...=p Oklah, saya rasa takat ni je nak membebel. Nak breakfast ok. C u. Chow :-)

p/s: Gambar di atas adalah dari UI. Bukan saya ;p
p/s/s: Saya ada terima jemputan dinner di Everly Ballroom, Everly Resort Hotel, Jalan Tanjung Kling Melaka but rasa mcm xboleh pegi. Sebab dah beli tiket balik raya jumaat pukul 2. Haish, apelah dorang ni. Inform last minute. Nak pegi ke x??? ;(

~ jumaat ~
8.36 a.m

Saturday, November 22, 2008

Tahniah My Lil Cuties....!

Selamat pagi kanak-kanak sekalian,

Sekarang kita bersiaran secara lansung dari program Tom Tom Bak yang dipengacarakan khas oleh Aunty Syamimi & pengacara undangan yang masih dalam tempoh praktikal iaitu Uncle Aznil di siaran mana lagi, kalau bukan di @stro Prima. Bagi ibu2, mama2, ayah2 dan papa2 di luar sana jangan gusar jangan risau kerana anak anda akan selamat di bawah jagaan kami. (boleh caye ke nih? =p).

Huhu...Dah la tuh. Malas nak makan kerepek banyak-banyak. Kita terus kepada tujuan asal posting kali ini. Sebenarnya saya dah agak terlambat untuk membuat ucapan tahniah secara rasmi & esklusif kepada kanak-kanak Ribena yang menjadi model sambilan untuk pakaian Anakku. Eh, silap...Bukan model tetapi mereka adalah adik & sepupu2 saya.

~ AdiK ~

Akak (huh...! nampak macam tualah plak) nak ucapkan tahniah dekat adik atas kejayaan dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini iaitu dengan mendapat 4A 1B. Tak payah sedih-sedih untuk subjek yang lagi satu tuh. Tak payah ingat dah. Kalau main boling pun selalunya bukan dapat strike. So, samalah macam exam nih. Apa yang kita nak tak semestinya absolute fulfill okies! Lagi satu akak rasa subjek tuh pun dah tak ingat kat adik (motif??? xble bg perangsang tol akak nih). Heheh... :D Lepas ni buat betul-betul untuk exam yang akan datang. Kiranya UPSR ini bukan garisan penamat tapi merupakan starting untuk 'trek' kejayaan. Actually, I don't have any idea to give something for your present. It might be Hannah Montana stuff yang adik gila-gilakan sangat. Tapi according to my ketebalan wallet, perhaps i will buy u mechanical pencil yang ada muka Miley Cyrus tuh. Bukan senang nak dapat tuh cik oii... Do your best next time ya! Jangan asek main kucing je. Rimas dah kucen tuh tengok adik. (kata adik, kakak pun sama) Huhu =p

~ Haish budak2 zaman la nih ~

~ Kakak n Adik ~

~ Adlina Marsya ~

Yang duduk main gitar ni pulak sepupu saya. Sebaya dengan adik saya. Dulu duk main masak-masak sama2, main Barbie Doll sama-sama dan sekarang ni pe lagi gossip girl sama-sama. Main make up sama-sama. Duk masuk lagu kat iPod orang nih. Duk transfer lagu kat MP4 yang si adik. Budak-budak sekarang. Tak macam saya dulu-dulu. Main congkak. Main batu seremban (pembohong no 1 negara ;p). Heheh.... Ingat lagi masa-masa kecik-kecik kuaci saya tanya kat Marsya. "Sya nak jadi pe nnt?". Dia cakap nak jadi Dolphine Trainer. Pelik gakla M'sia mana nak cari Dolphine. Dolphine yang pengurut Gintell tu adelah kan. Dalam family saya mmg ramai kot Animal Lovers ni. Nak jugak sangkut paut dgn animal life. Tapi sekarang nasib baik dia dah ubah ambition. Nak jadi veterinar pulak. Sama macam adik saya. Everything mesti nak relate dengan animal je dorang nih. Pergi Sunway petting zoo sama-sama. Nak main tukar-tukar kucing. Pape jelah. Untung gak kenkadang jadi pet yang bertuankan dorang nih.

~ Ni for Marsya. Amiklah ;p ~

Huhu... Banyak pulak k.Mimi menceceh ye. Oklah... Kak Mimi nak ucapkan tahniah dekat Marsya sebab dapat 5A aritu for UPSR. Well done girl. And a big congratulation juga sebab tak jadi masuk Sek Sukan Bukit Jalil tuh. K.Mimi rasa tak kemana pun jadinya. Sibuk dengan sport nnt study tinggal. Habis2 nanti amik Sport Science kat U and jadi instructor. Oklah pasni k.Mimi nak request mainkan lagu Bubly dari Colbie Calliat sebagai hadiah Marsya dapat 5A arituh. [terbalikla pulak] Jangan lupa ! =p Huhu...

~ Azalea Mariah ~

Yang dekat atas tuh Kuda. Nama dia Moneda a.k.a Mana Ada [tu mmg dah sah2 la kan]. Hehe... Ni lagi sorang sepupu yang saya nak ucapkan tahniah. Bulan ni bulan tahniah kot. Bulan depan bulan apa tak tau lagi. Bulan depan saya rasa bulan bertunang sebab ada 3 orang sepupu saya akan bertunang. Tak tahu nak pegi mana satu. Kalau sponsor duit tambang, makan, minum saya pergilah semuanya. Hahaha... [Keji punya sepupu]. Kueskueskues....! Ok, berbalik kepada perkara utama. Yang nih tahniah bukan sebab UPSR ke, PMR, MidTerm Test or Final Test. K.Mimi nak ucapkan tahniah kat adik sebab menang championship untuk tournament kuda baru-baru ni. Sama tarikh saya pergi T'ganu. Tapi, masa tuh k.Mimi tak datang tengok adik sebab takut ganggu concentration adik. Nama tournament tuh Kuda Sokmo. She involved in Dressage category. Firstly and secondly dapat no 5 among the other contestant and finally the winner for the championship. Tahniah and tahniah girl. K.Mimi tau adik mmg enthusiastic and determine in this arena and u deserved for private sponsored from STC equestrian club when u won this championship. [sekali lagi family saya mmg xboleh lari dari animal life]. Hehe :) Last but not least, next time kalau jumpa lagi Qabil Ambak, kata k.Mimi kirim salam. (motif??? hahaha).

~ "Meh Moneda kita pegi gosok gigi dulu" ~

Oklah dah cukup kot tahniah2 nih. Sampai disni sahaja rancangan Tom2 Bak kita. Jumpa lagi di masa akan datang. Di waktu yang sama dan hari yang sama. Bye adik2...! (lari sebelum kena serbu dek bebudak nih) hir3... ;p

p/s: t'tinggal satu. Tahniah kepada kucen yang bernama Wawa (kucen saya la tuh!) kerana telah selamat melahirkan 4 ekor anak yang tak comel sebab mewarisi wajah bapaknya yang langsung tak pernah kena grooming (kucen jalanan). Nak cari pasni tolonglah demand sikit ey! Yang ensem dan macho! ;)