Wednesday, July 29, 2009

Exam Mode + Fever

benda yg berlemak

15 minit, 10 minit, 5 minit pun jadilah.. Tapi 5 saat pun haram boleh dapat extra time dalam exam. Aku agak terkilan jawab test tadi sebab soalan dia sebijik macam tutorial dalam kelas. Sebijik! Memang aku spot soalan tu keluar sebab lecturer asyik bincang benda yang sama. Siap upload lagi dalam MMLS malam tadi pendapat philosopher yang takde dalam note dia. Aku pun pulunlah dua soalan tu hapal words by words tapi masa yang diberikan aku rasa memang tak sesuai langsung. Terkilan.. Satu soalan aku jawab complete, 3 page depan belakang dan satu lagi 3/4 kot, kotlah sebab 2 page jek. Tulisan first2 memang cam komputer masuk 15 min terakhir lagi sekali boleh jadi penyebab lecturer tu kena tekanan darah tinggi.huhu

Dalam main hall tadi aku dah start gigil2, nasib baik bawak sweater sebab sebelum exam tu aku ada kelas kul 8-10. Ni pun mungkin penyebab aku lambat tulis tadi. Terkilan lagi.. Aku dah rase cam aku nak start demam tadi. Tekak sakit plus badan pun panas. Tapi aku buat tak tahu jek sebab petang nanti aku ada kelas pukul 4-6. Jadi aku ingat kalau rasa panas lagi aku pergi klinik. Memang sahlah kan. Dalam kelas aku rase tekak cam terbakar, tak boleh nak cakap. Classmate tegur pun aku buat bahasa isyarat je, lantaklah. Dah tak tahan sangat, aku cabut pergi klinik dalam campus w/pun aku tak berapa suka dengan tempat tu. Aku prefer bawah rumah aku lagi sebab doc dia peramah & yang penting lagi murah.

bekalan buat dinner

Aku sembang-sembanglah ngan doc tu sekejap, pastu dia cakap kat aku jangan ponteng exam. Heck, sarcastic gila kot. Dia ingat aku buat-buat demam sebab nak dapat mc. Apelah, kalau aku nak mc dah lama aku jumpa dia before aku exam pagi tu. Jumaat ni aku exam lagi dan seboleh-bolehnya aku doa sangat aku sihat pastu boleh perah lagi otak aku yang tengah ting tong ni. By hook or by crook, aku nak attend exam tu w/pun dulu aku pernah down bila lecturer yang ajar subjek tu cakap only 50% of this class 'll pass. Ni lagi sorang.. Masalah betul.

Oh ya, aku nak cakap terima kasih banyak kat Aimuni. Hihi, awak baca ke blog saya ni. Bacekan, kan2.. Awak banyak tolong saya bagi tips-tips exam, pahamkan saya mcm mane nak jawab tutorial, pinjamkan past year Q's & wish good luck kat saya pagi tadi. Thanks a lot ey, doakan saya tau :D

babai.

Tuesday, July 21, 2009

dulu-dulu tapi sekarang

ingat lagi tak?




shhhhhhh..
keep silence.
kita je tahu :)>

.

.
.



p/s: gambatte!

Sunday, July 19, 2009

11.22

Dear blog,

Tak tahan! Dah 4 hari aku tak bukak laptop ni. Last aku bukak tuk download lecture note. Damn, jangan jadi terlampau nerd. Bukan aku taknak update kau, cuma aku tak tahu nak cerita apa. Nak kata takde masa, pembohong. Eh, betul jugak. Aku busy. Soalan tutorial yg tak henti2 plus aku ada 2 midterm test yang aku rasa hectic jugak. Paper yang satu tu hari jumaat pukul 8.00 - 10.00am. Gila! Test je pun nak buat 2 jam. 3 soalan, jawab 2. 2-2 problematic. Satu lagi aku belum tau lagi. Ada 1 subjek yang tak pasti lagi bila lecture aku nak buat, sebelum midterm break atau selepas. Dia boleh announce bila-bila masa. Yang ni aku rase takut macam nak mati lepas tu hidup balik jadi ikan tuna yang dimampat-mampatkan dalam tin Ayam Brands. 2 subjects tu pun aku tak habis revised. Takut!

Semalam (merujuk kepada sabtu), aku pergi Law Seminar secara paksa. Compulsory dekat budak kelas aku. Aku pergi sebab ada participation marks. Kalau nak ikut hati aku, GTH. Tapi bila aku kat sana, rasa macam berbaloi lah jugak sebab yang datang tu bukan calang-calang. Aku paling suka masa Dr.Azmi tu cakap tambah lagi dengan rambut dia, guna jari pun boleh. Yang lain aku tidur je, tersengguk-sengguk. Sempat jugaklah cameraman tu shoot kat aku. Idiot, tutuplah flash kamera kau lain kali, kesian dekat roh aku terpaksa pecut masuk dalam aku punya jasad. Aku rasa orang sebelah aku pun siap kutuk-kutuk aku sebab aku tidur berjam-jam. Mr.Gary belakang aku pun aku buat dunno. Huhu. Balik tu, aku dah janji dengan kawan nak main masak-masak. Tapi sekali lagi aku tertidur. Pukul 5 baru aku pergi rumah dorang. Takpelah, kita makan malamkan.

Hari yang sama, mak aku text cakap nak pergi seremban. Hati aku dah berbunga riang. Harap sangat parents aku dapat datang Melaka. Tapi aku taklah cakap straight to the point. Berkias-kias sudah. Lagipun aku kesian kat ayah aku nak drive jauh-jauh. Jadinya, lepas aku main masak-masak kat rumah kawan aku ni, aku terus pergi library. Siapkan tutorial sambil mesej ayah aku tanya jadi datang Melaka ke tak. Tengok tu, ada intention lagi. Adik aku reply dengan cara berteka-teki. Aku dah ada instinct dorang ni mesti dah masuk tol Ayer Keroh. Sekali dorang text aku cakap dah ada kat roundabout MMU. Thanks God! Aku punyalah suka. Kira malam yang terindah selama seminggu aku di MMU (fyi, last week pun aku balik). So, aku dengan lecture note, soalan tutorial sambil pakai t-shirt psp Quran usrah diceriakan trek suit & selipar 3 ringgit aku terus balik KL. Huahuahua. Housemate aku assumed aku sleepover rumah kawan yang kitaorang main masak-masak tadi. Lantaklah, released sikit tense aku sepanjang minggu ni. Mana tak bahagia jumpa family, ye tak.

Aku balik ke Melaka arini. Semalam pun jadilah. Tak tahulah, bila tengok muka mak, ayah & adik aku rasa bahagia jek. Bagi akulah. Disebabkan kepulangan aku secara mengejut, maka tiket dari Shah Alam pun sold out, wiken kan. Aku pun naik bus kat Puduraya yang sesak macam kat Bangalore. Tapi, tahun depan dah tak macam tu sebab dorang akan berpindah ke Bandar Tasik Selatan. Senang sikitlah, kut. Dalam bus, AJ text aku cakap nak jumpa sebab dia nak bagi surprised. Dia pun otw ke Melaka, amik barang kot. Malangnya, kami tak dapat jumpa. Dia siap nak buatkan aku oreo cheescake, tapi tak sempat. Takpe, jangn sedih. Masih punya hari selagi aku belum jadi tuna Ayam Brands.

Dalam minggu ni, aku punya hari sedih jugak. Aku cuma malas nak layan sebab aku ada test yang menakutkan lagi. Permanently, aku TERbuang folder Korean Craze dari laptop aku. Sebenarnya aku nak clearkan display item dari komputer aku tapi aku terdelete folder tu sekali. Meroyan aku sekejap. Aku nak restore balik memang tinggal harapanlah kan. Sebab recycle bin aku tak boleh nak support benda berat-berat camni. Besar kot. Dude, aku sedih campur sedih. Sebab benda ni kau bagi masa kita mula-mula rapat. Nasib baik lagu yang aku dengar hari-hari tu aku save dalam hp.Mirotic, ingat tak? Hari-hari aku dengar. Yang aku rasa terkilan aku lost semua scene Hyun Joong & Hwang Bo dalam WGM. Dan lagi satu program realiti SS501 yang lama punya. Tambah lagi, dengan aksi-aksi DBSK + Big Bang. Aku lost semua wei :( Aku promise bila aku free & tak terbeban dengan benda wajib, aku track balik benda-benda ni..

Hidup aku berbeza dari trimester lepas. Aku malas nak share dekat sini sebab aku taknak buat tribute untuk sesiapa. Aku anggap kau, korang masih ada dengan aku. Tapi aku rindu gelagat kita yang lepas-lepas. Sekarang aku tiada sesiapa nak share kegemaran kita itu. Mr.Lefts kita pula dah lama tidak dengar khabar berita. Sudahlah, aku lebih suka benda macam ni menjadi rahsia antara 'kita'. Tidak seronok pula apabila semua dirungkaikan. Basi campur command. Hate! Cuma, aku sangat tersentuh dengan last text kau tadi. Biarlah rahsia. Jalan kita lain-lain, tapi destinasi kita tetap samakan. Aku rasa kau lebih serasi dengan Jae, crush kau bila kita start kenal. Aku rasa dia bukan gay, buat-buat je tu. Hee? hurm.. Aku tetap dengan Min. Takpe, kitakan ramai Mr.Lefts. Mr.Right saje belum jumpa.

Sayang tidak semestinya diucap dengan kata-kata. Aku sayang midterm test aku, aku tak pernah cakap dekat dia tapi aku selalu menemani kearahnya. Korang faham? Takpelah, kefahaman itu subjektif. Tiap kali aku balik, mak aku mesti kirimkan makanan. Jadi, aku nak sambung makan dan kalau aku larat aku nak sambung siapkan tutorial yang tertangguh dek kepulangan mengejut itu.

Esok 27 Rejabkan? Kalau korang belum habis ganti puasa, nak diet, tak cukup duit beli makanan sebab bankrupt sementara akibat meleburkan duit dengan buku-buku gemuk Law, jomlah kita puasa. Memandangkan aku banyak makanan malam ni, aku nak habiskan supaya esok aku tak puasa separuh hari. Siapa yang nak execise malam ni tapi kat luar hujan pun, bolehlah buat solat sunat rejab 12 rakaat. Aku promote je..

Selamat malam blog.

11.22pm
19 julai 2009

Sunday, July 12, 2009

disebalik MJ

...ada kisah tragis yang lebih meruntun jiwa dan iman.

mengingatkan kembali pada pegangan Wafeya Mustafa terhadap kaffiyehnya.

ini kisah benar. Timbul tetapi di'anak tiri'kan kisahnya oleh media Barat. Manakan tidak, kisah MJ lebih enak menjadi santapan 'morning coffee' kita.

al-Fatiha buat Dr Marwa el-Sherbini. Ditikam demi mempertahankan hijabnya yang dianggap bercirikan terrorist.
.
.
.
.
.
.

Mengenalinya melalui karya novelis dari Singapura yang bertajuk Atas Nama Cinta. Melaluinya, terbit perasaan kagum terhadap semangat 'unity' kalangan Melayu-Islam demi mempertahankan akidah seorang anak Belanda dibawah jagaan Islam. Kita kalah, mungkin pada mata kasar. Tetapi tidak pada nurani Natrah. Barangkali.. Hidayah itu milikNya. Dalam keterpaksaan menghadap salib di dada Isa mereka saban minggu, mungkin dibibir mungilnya terbisik kalimah Allah. Itu yang dapat saya rasa usai bacaan karya ini. Jiwanya jiwa kita.

9 Julai 2009, tarikh yang dijanjikan untuknya pulang menghadap yang Esa. Bersemadilah Natrah bersama haruman kelopak yang tersembunyi. Hanya kau dan Dia yang bisa menguak kelopak itu.

Tuesday, July 7, 2009

7.7

Subuh tadi bangun badan dah rasa lain macam, panas semacam jek. Tapi gagahkan diri jugak bangun dlm 10min. Lepas solat tu tidur balik & terjage dlm kul 10 cmtuh. Siap2 & terus gi kelas & semalam dah janji lunch dgn azah kat exam hall. Dari minggu lepas lagi dah craving nak makan spageti kat sana. So, pas makan direct gi library nak study sikit for the coming midterm. Tension sbb baru tau ada 2 test sebelum midterm break awal bulan 8 ni.

Tepat kul 3 terus keluar dari lib sbb rase cam nak start demam. Pastu, tetibe rase nak minum 100plus & singgah jap kat uptown. On d way kesane dengar cam bunyi sreetttttttttttt..... Pang! Mak oii, kuat giler ok! Sy pun t'henti kat depan uptown tu & tibe2 jadi speechless kejap. Orang semua lari2 tengok termasuklah owner kedai uptown tu. 2 kete accident kat junction dpn EP ni. Tempat biaselah. Dasyat jugak tgk keadaan kete tu. Orang dlm kete pun macam cedera sikit sbb nampak dia jln terdengkot-dengkot. Kesian2.

Huhu..tu jelah nak share arini. entahlah, 2/3 hari yg mendatang ni cam sepi jek life..

9.06pm

Sunday, July 5, 2009

Fresh Sunday

izzani, aqila, uyah & me

Jumaat lepas sy sleepover kat rumah kawan di Tmn Bunga Raya coz dah rancang awal2 utk hiking Sabtu pg. Lepas subuh tu kami dah bising2 gerakkan yang lain. 2 h/mates kawan saya balik & 2 lagi ada aktiviti lain, jadinya kami pergi berempat saje. Kami bertolak lebih kurang pukul 7pg dan turun semula dalam pukul 9pg. Selalunya masa utk hiking di Bukit Beruang ni dalam 40min je, tapi kali ni kami banyak spend masa utk snap pic =p all in all, kami semua enjoy even penat & sakit2 kaki pas tu.

baru sampai puncak, keletihan

Puncak Bkt Beruang ::Pencawang Telekom::

Gambar sekandel yg b'jaya ditangkap oleh sisrazzi T.T

upps.! ade kecurangan disini



So called Amazing Race

eliminated ;p

view stage


Us

Akhirnya Bukit Beruang berjaya kami tawan w/pun pada mulanya ada yg tak yakin untuk naik sbb sebelum naik tu kena 'scan' dgn beberapa ekor anjing.Heee, ngeri ok! Nasib baik pagi tu mr & ms doggy tu tak bangun lagi. Lepas dari hiking tu masing2 mengeluh lapar & kami decide utk breakfast kat luar je.

Petangnya, sy & aqila dah janji utk 'hi-tea' di Kluang Station Kopitiam, Tesco Melaka. Basically, makanan kat situ sedap & mengenyangkan sbb dia big portion. So, next time kalau ada rezeki boleh pergi kat the origin of Kluang Station, Johor tu. Nak taste yg the real punya...

Aqila wif her asam laksa & i preferred Beef Curry Rice. Hehe.. Penat je hiking pagi tu :)

Kucing dlm cage tu dari SPCA Semabok.

Lepas makan2 tu, kami window shopping dlm Tesco & ter'lalu' pulak kat dpn Secret Recipe. Tapi nasib baik boleh kawal nafsu time tu, klu tak dah tergoda nak beli kek dia. huhu.. Enuf for today. Dah banyak makan & mybe for next time. So, harini (ahad) sy duduk senyap2 kat rumah je smbil buat tutorial. [ni pun tak sure coz dah ade yg ngajak gi IT fair kat campus, huh ;p]

gtg. Cooking time
^^