Saturday, December 13, 2008

Sambungan Ceritera Zulhijjah

Selamat pagi sabtu buat semua,

Saya nak ceritakan sedikit kisah sambutan Hari Raya Idul Adha baru-baru ni. Seperti kebiasaan raya haji, family saya tak pulang ke kampung sebabnya masing-masing akan beraya di rumah sendiri. Selepas solat raya tu, maybe akan ziarah ke rumah saudara yang lain atau sahabat yang terdekat. Tapi tahun ni kami tak kemana-mana sebab ramai tetamu yang datang. Sampai ke tengah malam barulah ada yang pulang. Raya tahun ni mama masak (saya tolong mengacau je) nasi minyak, rendang daging, sambal sotong, goreng ayam and laksa. Untuk dessert pula saya buat puding jagung with vanilla ice-cream as a topping. Hehe, marvelous la jgk rasanya.

Raya Haji tahun ni, Alhamdulillah saya dapat menunaikan solat Aidiladha di Masjid As-Salam Puchong Perdana yang berdekatan dengan rumah saya. Solat raya tahun ni special sikit sebab TV9 datang untuk membuat pengambaran secara langsung. Siapa yang bukak TV9 masa orang bersolat raya tuh maybe ternampak kot muka saya (perasan =p). Lepas solat, seperti biasa diadakan acara sembelihan dan sebelum tu ada sedikit jamuan untuk anak-anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Pengcara yang ada terlibat iaitu yang menjadi pengacara Akademi al-Quran dan finalis Gadis Melayu juga turut turn padang mengagihkan goodies beg untuk orang yang berkenaan. Saya tak join sembelih and menyembelih sebab hujan masa tu. So, balik rumah dan breakfast. Lepas breakfast tu macam-macamlah keje dibuat. Oklah, sampai ni je ye cite raya Haji. Gambar pun x sempat snap sebab layan tetamu. Jumpa lagi raya haji tahun depan. :)

No comments: