Thursday, April 23, 2009

Menjamu Selera di PWTC

Dari hari ke hari nak update pasal pergi ke Pesta Buku Sabtu lepas. Tapi kena siapkan 1 assignment dulu. Dan semalam telah SETTLE semuanya dan terus submit dekat bilik lecturer. Yeay! Lega hatiku. Percutian di Korea pun boleh diteruskan dengan penuh suka cita.

Sabtu lepas, saya pergi berdua dengan Isha. Tira mulanye nak ikut, tapi dia ada test Sabtu pagi tuh. Cian2. Tak dapat balik. Kami bertolak lebih kurang pukul 11pg, lewat sikit coz pagi tuh Isha ada test. So, dari Shah Alam dia amik saya and direct pergi Bukit Jalil. Kteorg rancang nak ke Mid Valley dulu sbb saya nak survey sweater kat sana. Hehe. Akhirnya terbeli jugak kat Tropicana Life [dah boleh 'pangkah' satu wishlist sy]. Alang2 dah lunch hour, kteorg makan je kat sana. Isha je yg makan sbb saya dah kenyang. Mama masak special pagi tuh, Nasi Lemak kaler hijau. Best2 :D

Lepas Solat Zuhur, kami terus ke PWTC naik Komuter sebab klu naik kereta dah tentu sangkut berjam2. Jammed teruk sebelum sampai PWTC tu. Sampainya kat sana, for sure orang dah berkerumun and kami terus ke tingkat 1. Sebelum masuk dewan tuh, dah nampak booth Ameen Publishing dan terus ke sana. Ameen Publishing nih banyak jugak keluarkan novel2 sastera yang terbaru. Jom kita tinjau..!

Antara novel yang saya beli dari Ameen Publishing. Ada lagi. Malas nak snap semua buku :P

Bersama Isa Kamari, penulis novel 'Atas Nama Cinta', 'Memeluk Gerhana', 'Sumur Usia' [puisi] dan yang terbaru Rawa [mengisahkan tragedi Pulau Batu Puteh]. Saya pernah baca buku 'Atas Nama Cinta' beliau sebelum nih. Kisah Nadhrah yg pernah menggemparkan nama Tanah Melayu suatu masa dahulu. Ingat x? Tak ingat?hehe. Nanti baca ye, penting sbb bkn shj melibatkan sejarah Negara tetapi maruah Melayu & Islam... Di sebelah Isa Kamari tu penulis jugak. Penulis 'Cetusan Kasih'. Ngeh3. Nak autograf? =p

Hehe. Autograf dari FT ~~

Yang ni pulak dari Isa Kamari. Isa Kamari ni sebenarnya berasal dari Singapura. Jauh beliau datang ni. Actually, saya beli buku Rawa & yang Sumur Usia tuh dapat FREE [as a gift siapa yang beli buku beliau]. Tak tahu sekarang ada ke tak lagi. Lucky2~~ :D Dalam novel Rawa tuh pun ada autograf Isa Kamari. kues3 ;p

Dua buah buku kat atas ni wishlist saya bulan Januari lepas. Tapi macam out of budget, saya sabo2kan ler diri ni. Beli masa Book Fair, dapat lagiiii murah. [mcm ayat Misae lah pulak ;p] Rindu Andalusia tuh saya beli dari Telaga Biru. Dia tak translate lagi ke Bahasa Melayu. Guna bahasa Andonesy. Mak aaii. Mcm sinetron pulak bila baca buku nih. Baromkeh pulak saya beli dari Utusan Publication. Utusan takde novel sastera yg terbaru sebab klu hadiah Utusan biasanya dia released bulan Julai. So, saya beli 1 jek novel dari Utusan :(

FT tengah cakap2. Hehe ;) Ni masa dekat Booth ITNM. Time nih, FT promote buku The Prau With The Silent Soul [bedar sukma bisu]. Saya suggestkan dekat semua yang baca blog saya nih, anda bacalah novel nih. Memang best...! Wefada2~~

Saya singgah booth nih kejap, nak survey harga kamus Al-Mawrid. Sini banyak jual kitab-kitab Arab. So, masa nih saya cuba try test conversed tanya harga, itu, ini in Arabic. Huhu. Best2. Pakcik ni fhm saya ckp, sy pun fhm dia ckp. Tapi bkn guna bahasa Arab pasar ler :p

Ni ha kitab2 yang dia jual ~~


Ala2 macam Book Fair kat Alexandria dah =p

Isha tgh tunggu saya sebab saya naik ke Tingkat 2 jap. Nak survey booth Lexis Nexis. Mahal2 wo buku kat situ. [saya dtg mcm tgk pameran jek, xbeli pun] ;p

Ketahuilah, saya bukan peminat fanatik FT... heheh. Caye tak..?

Suasana di 'Hari Raya' ^-^

Lepas dah habis pusing kat tingkat 1 tuh, kami turun pula ke bawah sbb nak cari booth PTS & MOY. Adik sy kirim buku terbitan PTS yg bertajuk Kejatuhan Sesebuah Tamadun [something like that ler tajuk dia, sy pun xigt]. Ingatkan booth PTS kat atas, rupenya kat bwh. Ramai sesangat orang kat situ, kebetulan ada Nik Nur Madiha yg dapat 20A's buat sesi bertemu peminat. So, saya jalan jela coz susah nak cari buku time tuh. Usahkan nak cari, nak capai buku kat rak pun boleh turun 2kg. ish2. (hiperbola jek :P) . So, isha cpt2 tarik saya ke booth MOY sebab dia nak beli majalah Ujang.Heheh. Dari dulu lagik dak ni suke majalah cenggini. Boleh released tension kot :D

Saya beli nih untuk Mama. Saya selalu ber'cuti' di Korea. So, alang2 dah bercuti bolehlah fly dengan Mama sekali. Kekeke. Abaikan bagi sesiapa yg tak faham ;)

Ada beberapa buku lagi yang saya beli. Tapi, takyah ler nak masukkan semua gmbrnya kat sini :p Yg ada kat atas nih cukup lah ye.

Abg nih buat tutorial melukis muka Popeye, Donald Duck, Ben10 & byk lagi lah. Bila dah penat2 jln, kteorg lepak dulu di sini sebelum smbung, dan smbung, dan smbung, dan smbung, dan smbung lgi berjalan....

Hehe.Adik dapat present dari Pak Latip baru2 nih. Weih, nak jugak. Sy pun pelik mcm mane dia boleh minat novel2 yg berunsurkan sejarah. Saya suh dia baca Shin Chan, dia taknak. Ish2~~

Eh. Lupeee ;) Last but not least..

Bersama Faisal Tehrani. Dalam gambar lain sedikit. Kena tengok real punya. Weh, kelu lidahku berbicara...

Sudah2..! (sambil tampar2 pipi =p) All in all, bestlah Pesta Buku nih. Bagi yg pencinta buku, ilmu, disinilah kita boleh'melampiaskan nafsu' kita. [uppss..*sensored]. Heheh. Sesiapa yg tak tahu kemana time2 wiken, eloklah anda ke PWTC nih sebelum 27hb April, klu sy tak silap. This is the last Book Fair yg saya boleh pegi dgn Isha. Lepas nih, cannot predict. Ada rezeki kte boleh jumpa. InsyaAllah. Ingat, time nih boleh pergi berempat sbb the last chance before Isha fly. But, farhana tgh sibuk & athira pulak ada test. Takpe2. Next time ye :)

Bye2~~

No comments: