Saturday, June 27, 2009

Antara Rawa dan Memeluk Gerhana


Rawa

Ya, nama yang sinonim dengan selatan Tanah Melayu. Baginya tiada dua buah negara yang dipisahkan, malah di perbatasan itulah menjadi nadi dalam kehidupannya. Hidupan air sudah menjadi teman dalam nukilan usianya di zaman kanak-kanak sehinggalah dia menampung zuriat. Pau kajang warisan bapanya menjadi perteduhan siang dan malamnya. Di situlah dia memperoleh kebahagiaan dan ketenangan hidup. Tiada hak yang perlu diperbalahkan, kerana cukup sahaja dengan rukun kedamaian. Dialah Rawa, alam menjadi sahabatnya.

.......

Hassan terbaca liputan akhbar yang menyorot keputusan Mahkamah Pengadilan Antarabangsa di The Hague mengenai segugus pulau di pinggir Laut China Selatan. Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca menjadi milik Singapura manakala sebongkah batu yang dikenali sebagai Middle Rocks adalah milik Malaysia. Hak milik secarik batu yang dinamakan South Ledge tertakluk pada gari perbatasan antara dua negara yang bakal dibincangkan dan dipersetujui kedua-dua negara kelak.
Hassan tersenyum sinis.

Perbalahan politik antara kedua-dua negara tidak menimbulkan kesan mendalam kepadanya. Baginya, kisah peribadi yang terjadi khususnya di Pulau Batu Puteh membawa makna yang lebih akrab dan kekal pada jiwa daripada semua isu kenegaraan dan politik yang hangat dibincangkan ketika itu.


Dalam jiwanya, pulau itu bukan Batu Puteh atau Pedra Branca. Dalam jiwanya, pulau di siku laut itu adalah Rawa.


Memeluk Gerhana

Perjalanan tidak senantiasanya lancar. Memang, selalunya 'smooth' sahaja dari utara ke selatan kerana sudah ada 'highway'. Tetapi malang tidak berbau juga selalu menyinggah di mana-mana. Itu jalan raya, bagaimana dengan jalan kehidupan?

Ilham Sidek, kehidupan kanak-kanak yang penuh warna-warni. Kesempitan hidup bukan penghalang kejayaannnya. Dia terus mengukir nama sehingga mendapat tempat di Raffles Institution dan menjadi kebanggaan keluarganya. Malangnya, pendirian hidup yang berdiri teguh goyah dek asakan jiwa remajanya sehingga meragut sebahagian kegembiraan yang dikecapi. Dia cuba merawat luka-luka lama dengan meneruskan harapan kedua orang tuanya. Perjalanan hidupnya terus menemui lopak-lopak apabila jasadnya menjadi tahanan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Tetapi dia tidak gentar, perjuangan perlu diteruskan biarpun jasadnya dibaham oleh 'serigala-serigala' yang kelaparan.

.......

Zaman kanak-kanak kita merasa dengan kaki dan tangan. Sampai luka-luka bila tersadung dan jatuh. Kini sudah remaja, kita merasa dengan akal dan hati pula. Sering luka-luka juga kalau tersungkur dalam perjalanan. Kelak kalau dewasa bagaimana pula?

Kuliah yang baru bermula memberi sedikit ruang dalam menghabiskan dua buah novel yang tertangguh untuk dibaca pada cuti yang lalu. Nasib di awal semester 'lecturer' bagi keluar awal dan kebanyakan kelas tutorial dibatalakan. Enjin baru nak bermula manakan boleh pecut ke 180km/j, ye tak?

Sekian sahaja ulasan ringkas daripada pembacaan novel-novel yang ditulis oleh penulis yang sama tetapi berbeza judul. Semestinya berbeza penceritaan, jumpa lagi!

4 comments:

Unknown said...

wei ko da abes bce memeluk gerhana ke? nk pinjam tau :D

syamimi azmira said...

wokey.bole saje :D

Hanif Amir said...

wah, cik nurul aqila juga membaca novel seperti itu rupenya. heeee~

syamimi azmira said...

erk... :-/