Saturday, April 24, 2010

Sekarang tak sama dengan tadi.huu

Rasa sangap sangat malam ni.

emotionless? tak jugak. bercampur-baur mungkin. Setelah enam hari bersama, kehulu-kehilir, kesana-kesinun dan hari ini masing-masing bertempiaran. Sunyi, tersadai saya di bilik yang berkepuk ini keseorangan. Sudah dua malam mereka sleepover di bilik ni. Cerita itu ini, terlelap dengan sendirinya. haih bila lagi ye dapat seperti tadi, semalam, kelmarin dan empunya kelmarin?.

selagi punya gigi & nafsu makan

Isnin malam kami ke Umbai. Makan hidupan laut yang segar dan bakal menyegarkan saiz badan. Sekali-sekala. Harap dapat makan di Parameswara, malangnya tutup pula sebab cuti isnin. walaweih. Selepas bersantap, lepak di pantai yang tak tahu namanya tetapi dekat dengan Eye on Malaysia sambil melayan blues.

Selasa ke utara Johor. Ada urusan yang perlu dibereskan. Noktah. Kuatkan hati masing-masing.

Rabu, nyaris kami masih ingat exam is just around the corner. Belajar-belajar.

jisim badan itu subjektif

Aktiviti makan-makan mana mungkin dipisahkan. Seoul Garden pula menjadi sasaran kami di hari khamis. Kenyang tahap melampau dah rasa. Tak boleh makan selalu takut lebih korea dari korean.hehe Saya rasa SG ni sesuai untuk mengeratkan hubungan tak kiralah keluarga, kenkawan, mertua, bakal, bekas dan segala jenis hubungan kecuali di luar tabii lah untuk meluangkan masa masak dan makan bersama. Contohnya, yang bakal-bakal tu bolehlah nak tunjuk bakat memasak dekat mertua ke dan sewaktu dengannya. kankan? :D

Jumaat malam, kalau ada machine untuk memperlahankan waktu amatlah nikmat. Destinasi pertama ke Chinatown atau lebih popularnya Jonker St. dan ada jugak insan-insan yang menggelarnya Jonker Walk. Saya ke sana boleh dikira dengan ruas ibu jari. Amatlah jarang sebab tak tahu apa yang hendak dibeli disana. Kebanyakannya benda kecil-kecil comel yang memang confirm tidak akan digunakan secara optimis dan hilang dalam masa seminggu. hihi tapi Petaling Street, i loike! Takpe sekali-sekala cuci mata tengok pakcik makcik cina berdongdang sayang tepi-tepi jalan, comel.

Penat di Jonker dan kehausan tahap gaban sebab tak tahu nak beli air dia mana, kami terus ke Pantai Puteri. Layan blues lagi. hehe taklah kali ni nak celup kaki kat air laut Melaka. Pantai Melaka sekarang amat menyedihkan. Semua mahu ditambak, demi pembangunan 1Malaysia. Disebabkan sampai pun 11 lebih malam, tak dapat nak tengok ketam merangkak. Ketam pun tahu tidur! Kami? Masih bercanda di persisiran pantai. Sekali-sekala ;)

Akhirnya terlaksana juga keinginan menyantap sup ekor. burrpp alhamdulillah kenyang, bolehlah. Ingat ingin terus pulang ke rumah, tetapi almaklumlah anak-anak masih tak puas berjalan. Jadinya, Sungai Melaka menjadi next station. Cantiklah jugak view malam disana dan sempatlah kami merakam gambar keluarga buat kenangan untuk anak cucu.

Hari ini hari Sabtu dan setiap yang berpisah dijadikan untuk bertemu kembali. InsyaAllah. Masing-masing, kumpul duit banyak-banyak untuk mendatangkan lebih nikmat berfoya-foya di masa akan datang. Berfoya-foya bukan bermaksud ke Aloha, ingat! hehe Sekarang masa untuk rindu-rinduan, fb-fban dan ym-yman.

Sayang untuk semua;

Syam/Mimi.

1 comment:

Zaitun said...

Jalan-jalan juga...makan-makan juga....BUKU...jangan dilupa...EXAM...around the corner...