hi.
aku kadang-kadang pelik sikap manusia ni. tak jauh, sekeliling aku sahaja dan sejantina. Selalunya kata-kata manis keluar di mulut, berbunga-bunga, berpelangi-pelangi, berama-rama dan apa sahaja lah yang mengambarkan kesweetan kata-kata. mungkin dengan cara ini si perempuan nampak lebih ayu, sopan, lembut hati dan segalanya lembut lah. ayat-ayat pulak memang kopiket habis dari novel cinta sekolah menengah yang mana aku rasa paling bluek sekali. serius, aku tak nampak keayuan nya disitu atau keindahan kata-katanya, jauh sekali. tetapi apa yang aku nampak adalah hipokrit. dan ternyata senario ini menjadi realiti apabila aku ada observed seorang quite typical malay girl ni dah lama lah jugak. dan aku pernah terhang out dengan dia dan terjumpa di kampus. boleh dikatakan most of dia punya status fb sebelum ni memang baik-baiklah, ayat super power kata orang sekarang dan aku sudah ada instinct dia ni termasuk dalam kategori yang aku cuba describekan disini bila aku baca ayat dia yang ayu itu tadi. dan, nah malam ini sudah reveal siapa dia. muahahaha!
okok.memang tak baik dan agak offensive apa yang aku cakapkan di atas tetapi cubalah jangan taburkan gula di lantai kerana hanya semut yang sudi hurung :)
Baik kita berkongsi perkembangan diri kan?. mesti rindu hehe. maaflah sudah lama tidak update blog ni. nak kata sibuk memang dusta semata tetapi bila nak taip je idea lari 4x400m.haih saya dah masuk minggu pertama semester baru dan tiga kelas baru dihadiri; criminal law 1, islamic law 1 dan family law 1, tetapi hanya untuk introductory. tiga buku text, penal code & quran translation perlu dibeli dan sekarang perlulah berjimat cermat kerana kos buku-buku di atas mencecah RM500, kot dan mungkin lebih. Jadi, ingin diingatkan dari awal untuk diri sendiri kalau tak belajar betul-betul lebih baik sedekahkan duit itu ke tabung Palestin. Dapat jugak pahala.
Habis pasal semester baru kita beralih ke perkembangan buku yang saya baru habis baca iaitu Bahlut karya Faisal Tehrani. Novel ini mengisahkan anak muda suku semai yang kehilangan bapa pada mulanya dan kemudian ibunya dikatakan dibaham harimau di hutan. Bahlut kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi olahraga untuk ke sukan SEA setelah mendapat latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Kehilangan misteri ibunya akhirnya terjawab dengan beberapa insiden yang berlaku. Untuk mengetatahui lebih lanjut sila dapatkan novel Bahlut di pasaran dan saya rasa tak rugi memilikinya kerana dapat menadalami bahasa asas suku semai.hihi
Last but not least, kegiatan doramas tidak boleh dikecualikan :P occay, saya baru nak layan Personal Preference/Taste dan baru episod 7. Lame bukan -.- Mula-mula memang agak bosan tetapi disebabkan ada Lee Min Ho berlakon, saya layan jugaklah. Lama kelamaan jadi macam sindrom pulak disebabkan aksi-aksi yang cute.tehehehe dulu Jun Pyoism dan sekarang Jin Hoism. From jerk to a perfectionist guy★★★
2 comments:
cubalah jangan taburkan gula di lantai kerana hanya semut yang sudi hurung :)
...- sarkastik. :D
mcmane kelas? so far boleh catch up tak? jap2, the typical malay girl, aku kenal takk? ehehe sorry, ingin tau. :D
sory! lambat baru aku reply.sebok amat :P
kelas? urghh semakin hari semakin hectic.buat masa ni boleh la.tapi must work harder. girl tu kau tak kenal.hihi
Post a Comment