Friday, July 25, 2008

Buku itu Satu Fikrah

Sudah lama saya tidak berbicara dalam blog ini. Rindu rasanya untuk menumpahkan segala yang telah lama tersimpan elok di benak ini. Kesibukan tugas dengan assignment dan peperiksaan menjadi faktor utama saya menghilangkan diri. Saya 'aula'kan yang mana lebih 'aula' dahulu agar tiada yang bakal terbengkalai akan datang.

Baru-baru ini saya ada terjumpa satu entri yang agak menarik dan berkait rapat dengan pemikiran yang telah saya fikirkan lama dahulu. Anda boleh melihatnya di laman http://tehranifaisal.blogspot.com pada 20 Julai 2008. Agak menarik untuk dibincangkan. Saya tidak mahu menyentuh mengenai Syiah, Wahabi dan sebagainya. Tetapi apa yang membuatkan saya lebih teruja adalah mengenai fenomena Ayat-ayat Cinta hasil karya Saudara Habiburrahman el-Shirazy.

Karya bukan suatu perbandingan tetapi pemikiran

Saya kira rata-rata antara kita sudah pun membaca novel tersebut malah ada yang mengkhatamkannya lebih 10 kali!!! Ajaib bukan. Dan baru-baru ini Ayat-ayat Cinta telah difilemkan di pawagam seluruh Malaysia dan Indonesia.

Saya juga tidak terkecuali untuk mendapatkan novel ini. Saya telah membaca novel ini pada bulan Disember 2006 selepas tamat SPM. Saya beli novel ini bersama-sama beberapa novel Faisal Tehrani, Zaid Akhtar dan Shahnon Ahmad. Jadi semasa pembacaan, saya dahulukan novel-novel 3 orang penulis itu tadi. Dan akhir sekali baru saya sentuh novel Ayat-ayat Cinta ini.


Novel ini menarik minat saya kerana latar tempatnya iaitu di bumi Anbiya', ke'zuhudan' pelajarnya di sana untuk meneruskan hidup walaupun terlalu banyak dugaan yang mendatang dan cara hidup yang betul-betul menjadikan al-Quran sebagai petunjuk. The way of their life!!! Dan yang penting sekali kisah cinta si Fahri ni tidak sama sekali menarik minat saya. Sama sekali tidak saya tegaskan di sini.

Apa yang membuatkan jiwa saya agak terkilan dan mungkin ter'tekan' adalah apabila pembaca novel ini terlalu taksub dengan kisah cinta Fahri dan Aisya . Saya tidak faham pemikiran mereka dan apa objektif mereka meladeni novel yang pada saya perlu dibaca dengan fikiran yang matang dan rasional bukan emosi.

Bukan kisah cinta yang ala-ala Islami sahaja yang di'highlight'kan oleh Saudara Habiburrahman ni malah banyak lagi yang perlu kita ambil kira. Kegigihan Fahri ber'talaqqi', bagaimana kita mahu berhadapan dengan non-Muslim supaya mereka tertarik dengan Islam,dan banyak lagi. Tetapi kenapa lah kita terlalu sibuk nak cari orang seperti Fahri ini atau yang lelakinya ingin merebut hati seperti Aisya'. Kan lebih molek kalau kita menjadi seperti mereka dan bukan mencari.

Ini Novel Pembangunan

Befikirlah supaya menjadi seorang lebih realistik selepas ini. Berjiwa matang dan bukan hidup dalam angan-angan. Semakin hari semakin banyak buku cinta yang ala-ala Islami ini di pasaran. (saya guna perkataan ala-ala bukan berteraskan supaya anda lebih teliti memberi definisinya ya.) Semakin hari juga perasan saya semakin gusar dibuatnya. Takut penerimaan pembacanya nanti.

Kekecewaan saya pada novel Ayat-ayat Cinta ini berada di kemuncak apabila menontonnya di Youtube. Malas untuk membazirkan wang pergi ke pawagam. Saya tonton dengan hati yang dirobek-robek. Saya kasihan pada rakan-rakan di Mesir sana terutama di Al-Azhar. Impaknya sungguh besar kalau diteliti dengan akal yang waras. Bayangkan seorang perempuan yang bukan mahram boleh dipanggil oleh si Fahri pujaan ramai untuk masuk ke rumah mereka. Padahal ramai lagi ar-rijjal di sana yang reti mengenai komputer ini. Mengapa si Maria menjadi mangsa. Sungguh sedih. Saya dimaklumkan oleh rakan saya di Mesir untuk masuk ke rumah lelaki merupakan satu keslahan besar dan jika hendak berjumpa perlu bercakap di sebalik pintu. Itu yang saya tahu tetapi saya tidak dapat kesaninya di dalam filem ini malah disebaliknya pula.! Dan banyak lagi yang mungkin boleh di sedari secara tidak langsung.

Ini novel Islami. Ayat-ayat Cinta bukan novel biasa. Kita kena faham pembawaannya. Saya kenal siapa Habiburrahman. Saya tahu apa perasaanya bila pembaca mendapat kefahaman yang bukan seperti yang diharapkan. Saya pernah berbual dengannya. Kami berutus bicara seterusnya melalui emel. Saya minta nasihat dan pendapat daripadanya mengenai beberapa perkara. Dia minta komen dan kata-kata semangat dari saya. Kami saling memberi. Kami saling berutus. Itu yang membuatkan saya berani...

Bersambung....

No comments: