Wednesday, August 27, 2008

Mari Menuju Izzah !

Salam alayk,

Baru pulang dari Usrah Umum 1 o8/09 yang dianjurkan oleh Institusi Usrah Melaka. Apa perasaan saya ya?Hmm...Sedih bercampur gembira dan juga bersyukur atas nikmatNya kerana masih diberi peluang untuk menimba ilmu. Ya, ilmu yang akan membawa sesorang itu ke Jannah. Menuntut ilmu itu merupakan suatu kewajipan setiap insan seperti yang disampaikan dalam Surah al-Alaq. Ayat pertama yang disampaikan kepada Rasul junjungan s.aw melalui malaikat Jibril. Iqra', yang membawa maksud baca. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sudah menunjukkan betapa pentingnya kita mencari ilmu sehingga ke liang lahad. Tapi kita perlu ingat ilmu tanpa amal juga tidak membawa sebarang manfaat. Jadi kita perlulah bijak seiringkan antara ilmu dan amal. Ingat, kalau mahu akidah yang jelas mestilah melaui ilmu.

~ Usrah Umum last year (tak snap pic tadi :P ) ~

Saya tidak mahu menyentuh dengan lebih dalam lagi mengenai ilmu ini. Dengan kata lain 'serahkan pada yang pakar' :P. Apa yang saya nak ceritakan di sini merupakan Usrah Umum yang dianjurkan oleh IU Melaka dengan kerjasama STAD. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada yang terlibat. Hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian. Sesungguhnya, berjihad di dalam jalan dakwah dijanjikan ganjaran besar di akhirat kelak. Tapi, janganlah kita semata-mata berdakwah untuk mendapatkan ganjaran. Perlulah menanamkan niat yang betul seperti dalam Hadith 40 Imam Nawawi ada menyebut 'Innama a'malu binniyat', yang membawa maksud sesungguhnya sesuatu itu bermula dengan niat.

~ Tamrin 1 07 dalam kenangan terindah ~

Tajuk ceramah kali ini disampaikan oleh Ustaz Fahim yang merupakan lecturer Fosee dan juga penasihat kepada Institusi Usrah Melaka. Macam kenal je kan? Ustaz ni penah mengajar saya pada sem 2 semasa Foundation. Tak pernah skip kelas ustaz ni sebab saya suka sangat cara penyampaian dia. Tak terlalu rigid dan ia mudah masuk dengan pelbagai jenis pelajar. Pendidik macam inilah yang kita cari sekarang dalam mendepani masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan belia. ( bukan bermaksud nak ampu ye. Hehe...dah abis exam pun :D)

~ Bersatu dalam membina empayar Islam ~

Sedikit perkongsian hasil daripada ceramah tersebut:
  • Ibnu Kathir r.a yang merupakan penafsir hadith yang munfasil ada menyatakan mengenai perubahan diri manusia selepas Ramadhan yang terbahagi kepada 3. Antaranya:
    • Menjadi lebih baik dari sebelumnya ~ contohnya: Dulu si A ini jarang sekali datang ke masjid. Tapi, selepas Ramdhan A sangat rajin ke masjid terutama untuk solat Fardhu secara Jemaah.
    • Tidak berubah macam sebelum Ramadhan ~ Sebelum Ramadhan selalu 'dating' atau bergayut dengan aweknya. Masa Ramadhan pun tetap nak ber'dating' juga. Tapi baik sikitlah. Sebab pakwenya nak solat Terawih dulu. Selepas Terawih baru pergi 'date'. Sama jugak selepas Ramadhan.
    • Menjadi lebih teruk selepas Ramadhan ~ Contoh: Masa Ramadhan pergi 'dating' lepas Terawih tapi selepas Ramadhan terus lupa jalan pulang ke rumah. :D
~ Belon umpama amanat yang kita ada. Terpulang bagaimana kita menjaganya supaya tidak dicucuk kakak fasi :P ~
  • Amalan yang memberi manfaat bukan sahaja dari segi rohani tetapi jasmani. Amalan ini boleh diamalkan pada bulan-bulan yang lain dan bukan hanya pada Ramadhan. Antaranya:
    • Mandi sebelum Subuh ~ Dalam pukul 3.30 pagi dan mandi air sejuk. Tak perlu lah pakai heater ye. Kita bukan 'mat saleh' bak kata Ustaz. InsyaAllah, ia akan memberi kesegaran pada tubuh badan dan juga minda. Mungkin ada di antara kita telah ditakut-takutkan oleh mitos orang tua-tua 'jangan mandi malam-malam, nanti dapat paru-paru berair'. Tetapi, sampai sekarang kita tak dapat menjumpai kesahihannya. Ini amalam Nabi. Bila jadi amalan baginda, ia mestilah sunnah. Dan setiap sunnah itu memberi manfaat kepada kita. Kalau tak, mungkin Nabi pun sudah lama kena paru-paru berair ni.
    • Solat sunat dan baca Quran ~ Amalan ini terpulang kepada individu. Bak kata ustaz Fahim nak baca perkataan Yaasin 10 kali pun tidak mengapa. Setiap amalan yang baik itu tetap dicatat. Jangan risau. :)
    • Sahur ~ Seelok-eloknya sebelum Subuh. Dengan kata lain dilambat-lambatkan. Tapi, jangan azan Subuh berkumandang masih mengulum makanan ye. :P Sesungguhnya Sahurlah yang membezakan puasa bagi agama Islam dan agama lain. Agama lain tidak mempunyai sahur. Mengikut kajian saintifik pula, sistem penghadaman manusia berjalan aktif pada sebelah pagi. Jadi, ia merupakan suatu cara dalam mencegah penyakit kanser. Mari kita amalkan. Mencegah lebih elok dari merawat. :D
    • Mengimarahkan masjid ~ Solat Fardhu, Terawih,Qiam bolehlah dilakukan di masjid. InsyaAllah, Ukhuwwah sesama Muslim juga dapat diperkukuhkan. Besar syafaatnya.
    • Lailatul-Qadr ~ Kejar pahala pada 10 malam terakhir iaitu pada malam ganjil. Doa yang terbaik merupakan memohon ampun dari Allah sepanjang kita hidup atas muka buminya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. :)
~ Akhirul Qalam ~

~ Jika kita muliakan Allah, Allah akan muliakan kita pada pandangan manusia ~

No comments: