Friday, September 26, 2008

Imtihan

Asslammualaikum,

Hari ini sudah 27 Ramadhan 1429H. Cepat sungguh masa berlalu dan saya rasa seperti tidak terkejar rasanya Al-Qadr ni. Banyak yang saya masih lalai lagi. Ibadat entah diterima entahkan tidak. Saya harap sedikit sebanyak apa yang dilakukan diterima olehNya. Biiznillah. Dalam kesibukan mengejar al-Qadr ni, warga MMU tak kurang sibuknya membuat persediaan untuk menghadapi exam yang bakal tiba ni. Setahu saya yang paling awal iaitu 6 oktober bagi student engineering. Kesian.:P Orang sedap-sedap makan rendang, lemang, ketupat, kuih semperit, almond london, kuih tart (nak saya list lagi ke) hehe, tak payahlah nangis pulak karang, kita pulak terpaksa mengunyah note yang melambak tu kan. Budak-budak sibuk kutip duit raya, kita pulak terpaksa usung exam slip tercinta tu ke mana saja. Hish... takpe-takpe. Lepas exam kita raya betul-betul. Time tu kite jealouskan balik mereka-mereka ni. :P

~ Syamimi tengah study. Boleh caye ke? ;p ~

Di sini saya nak kongsi 2 perkara yang perlu diambil kira sebelum mengambil exam ni. Yang pertamanya, saya paling anti kepada meniru. Dan saya rasa meniru ni pun anti dengan saya kot. Hehe.:D Saya masih ingat lagi pesanan Ustaz Fahim yang mengajar saya Islamic Studies masa sem 2. Dia cakap lebih kurang macam nilah. (jap nak adjust suara jap) ;D. Dengar ey...

"Korang ingat lepas korang meniru ni korang boleh lepas ke ha. Dengan Invigilator tu boleh la korang auta. Tapi yang kat atas tu ingat Dia tak nampak ke apa korang buat. Dengar sini anak-anak, bapak nak cakap ni ha. Sekarang korang memang tak rasa apa-apa. Syok, bangga bila CGPA korang 3.67 and above. Balik bagi tahu mak bapak korang. Mak bapak korang pulak bagitahu tok nek korang. Tok nek korang pulak pegi habak satu kampung. Tu bila korang belum grad. Tapi ingat korang akan kerja satu hari nanti berbekalkan sijil yang terpampang CGPA korang yang kow-kow tu bukan hasil titik peluh korang, bukan jugak hasil sengkang mata korang. Tapi hasil daripada orang lain. Yang korang tahu gunakan skill yang ada dalam diri tu, tiru orang sebelah korang. Takpun korang dah siap tulis jawapan kat tangan korang baru masuk exam hall. Bila kerja pulak mestilah dapat gaji pulakkan. Dah dapat gaji, konon anak soleh/solehah la pegi bagi duit kat mak bapak korang. Lepas tu kawin. Korang bagi pulak duit gaji korang sebagai nafkah anak bini. Korang ingat duit tu bersih & suci ke? Haram tau tak. Haram seharam-haramnya. Korang guna kelebihan result korang hasil daripada meniru tu untuk dapatkan kerja. Bila dapat gaji sia-sia je makan duit haram. Tak senang hidup anak-anak oi makan duit haram ni. Sampai keturunan pun dapat effectnya. Ingat tu. Biorle repeat berapa kali pun tapi atas usaha sendiri daripada jadi Dean List dengan cara yang haprak macam tu. "


Memang saya ingat sampai sekarang kata-kata tu. Takdelah exact word macam yang kat atas tu dia cakap kan. Tapi lebih kurang macam tulah. Ini peringatan buat saya sendiri dan yang lain. Carilah dari sumber yang halal. Itu yang lebih penting. Dan juga jangan lupa sentiasa berdoa ilmu yang kita tuntut tu diberkatiNya. Amin ya rabb. Ni saya nak share yang ke-2 pulak ni. Pasal sign attendance. Sebelum tu sorryla ey kalau ada sesiapa yang terasa. Senario ni saya rasa bukan sahaja berlaku di IPTS/IPTA tetapi sampai ke tempat orang bekerja. Suruh orang lain punch card kan untuk dia. Dah terbiasa agaknya buat masa belajar dulu.

~ kalau penat study, rehatkan dirimu membaca akhbar bahagian Calvin & Hobbes tu :P ~

Saya rasa benda ni dah menjadi kebiasaan bagi kita terutamanya student. Alah bisa tegal biasa orang Melayu kata. Dalam kelas bila dapat je attendance list tu terus signkan untuk diri sendiri ( tu mestilahkan:P). Lepas tu pegi signkan untuk kawan yang lain. Hobi dia kut sign-menyain ni agaknya. Yang selalu tak datang tulah yang seronok. Walaupun banyak kali tak datang, tapi tak kena bar. Bahagia gila hidup. Ye, sekarang kau bahagia. Tengok kat 'sana' nanti behagia ke tak. Silap-silap attendance list tu jadi bahan bakar korang. Tu satu hal. Ada yang kata lambat lagi nak mati. Korang tau ke ajal korang. Ni tiba-tiba nak balik rumah kena tanduk dengan lembu jantan sebab korang pakai baju merah. Tau-tau je dah mati. Ha, pekehel nya. Tak ke sadis kematian tu. Huish, tak sayang mulut betul la kau ni. Sebab sayang mulutla aku cakap pasal benda ni. Aku taknak mulut aku kena bakar nanti.

~ Sumber inspirasi untuk cepat Grad ~

Sama jugak konsepnya dengan meniru tu. Awal-awal sem lagi sesetengah lecture ada bagi tahu. Sesiapa attendance dia bagus dia dapat extra marks for final. So, the lecture will look according to the attendance list tu. For sure. Yang tak datang pun tetibe je dapat extra mark. Tu kan tak adil namanya. Student lain penat-penat gosok baju, menapak, bangun pagi-pagi sampai sanggup tak mandi (tau-tau je kak Ros ni. hehe...:D macam kenal je kan. Shhh..) semata-mata nak pegi kelas. Manusia tak bertanggungjawab ni pulak sedap-sedap menambah ukur lilit peta kat bantal busuk yang tak pernah basuh tu kan di'sign' hadir pada masa tu. Mangkuk tandas betul. Yang orang sign pun biawak padang pasir kot. Baik tak bertempat. Perkara ni memang saya anti betul. Sama jugaklah macam kat atas tu. Dia pun enemy saya jugak. Katakanlah Tak Nak kawan-kawan. :) Bila markah tu dah termasuk dalam result final, dapatlah CGPA 3.8. Bangga gila. Dia tak sedar benda tu haram. Bukan lagha atau makruh lagi.

Tu jelah saya nak share buat masa ni. Sorylah, kalau-kalau bahasa tu agak kasar macam kertas pasir ke hape. Maaf zahir, batin tak payah. Hahahaha.... Gurau je. Maaf zahir & batin.

Perkara yang saya rasa patut diamalkan sebelum dan selepas imtihan ni:

- Solat jangan tinggal. Doa banyak-banyak. Mohon dipermudahkan segala pekerjaan. Jangan lupa jugak doa agar ilmu diberkati. Kot-kot ada perkara lagha yang kita lakukan masa menuntut ilmu tu. Terkutuk lecture ke. Hehe...:P Buat solat taubat, hajat, dll. Kalau nak buat solat sunat nikah tu suka hati korang la kan.

- Telefon mak bapak korang supaya halalkan segala pemberiaan dorang semua. Minta restu untuk menghadapi exam ni. Kalau nak kawin cepat je korang mintak restu walaupun korang kat Uganda sana tu. Jangan menderhaka sekali-kali. Besar padahnya. Tinggikan suara pun tak boleh. Jangan risau kalau duit top up korang habis. Call awek takpe berjam-jam sampai hp tu pun kalau ada short circuit boleh rentung telinga tu. ;-P

- Minta kawan-kawan doakan kejayaan korang. InsyaAllah doa orang di jalan mencari keredhaanNya ( menuntut ilmu dikira salah satu jihad ) akan dimakbulkan. Biiznillah.

- Buatlah amal jariah sikit. Jangan kedekut. Pergi MBO bayar RM 9 pastu beli McFlurry kat
mcD boleh. Makan Big Mac, Mega Mac boleh, takkan sedekah Rm1 -2 hengget ke berapa hengget tak boleh. Sama jugak dengan perempuan. Beli kasut Vincci Rm39.90 tak bising. Beli baju, seluar kat MNG sampai beratus senyum sampai ke telinga. Apa salahnya sedekah-sedekah la sikit duit tu dekat yang memerlukan. Duit balance seringgit dua lepas shopping kat Parkson tu masukkan lah terus ke dalam tabung Darfur. Bukan nilai yang jadi ukuran. Yang penting keikhlasan. Moga-moga berkat hidup kita. Amin. :D

- Yang ni bukan last sebenarnya tapi amalan seharian. Tawakal. Tawakal kepadanya dan sentiasa redha dengan apa yang kita dapat. Semua tu ada hikmah. Percayalah. :)

- Dapat result best belanja saya. Huhu... ( ni boleh ke masuk dalam list? :-/)

Kucen yang mewakili tuan blogger ingin mengucapkan . . .


2 comments:

AimiSabri said...

hehehe...tu pesan bapa... pesan cheq hang tak mau dengaq kah...????

syamimi azmira said...

cek igt eh...Mane ble cek lupa. Hang kan kwn cek dunia akhir hayat. keskeskes...Bkn takat dgr, cek save kat cek punya medula oblangata. Ni pesan hang yg cek igt duk smpai skrg. Pakai minyak wangi jumaat mlm utk pompuan. Muahahahahha...>:D