Monday, September 22, 2008

Kemanusian itu Pada Manusia

Salam al-Qadr,

Semalam saya di'buzz' oleh seorang rakan dalam YM menanyakan apa yang berlaku di Pakistan sekarang ini. Saya yang tidak tahu mengenai perkara ini mengingatkan ianya hanya sebagai perkara biasa. Tetapi apa yang mengejutkan saya pagi tadi setelah membaca di akhbar bahawa dianggarkan 60 orang terbunuh gara-gara pengeboman berani mati yang dilakukan di Hotel Marriott, Islamabad. Innalillah hi wainna lillah hirojiun. Itu yang terdetik dalam hati saya buat masa itu.

Serangan yang disyaki menggunakan bom jangka itu mengorbankan banyak nyawa ketika hotel tersebut dipenuhi dengan puluhan keluarga yang sedang berbuka puasa di situ. Di bulan Ramadhan ini masih ada lagi insiden yang menyayatkan hati. Lebih menyedihkan ianya berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan. Saya tidak tahu dimana letaknya nilai kasih sayang pada manusia itu. Dan saya sangat runsing, apa ertinya kemanusian itu pada manusia. Saya tidak faham dan semakin tidak faham apa yang mereka mahukan. Mereka terlalu hauskan darah manusia agaknya. Terlalu lahap untuk menjamah daging kanak-kanak itu yang sedang bergembira menyambut iftar bersama keluarganya. Ya, itu yang mereka mahukan. Nilai kemanusian sudah semakin menyepi dalam diri setiap insan di atas muka bumi ini.


Itu baru satu senario yang berlaku di Islamabad. Belum lagi dikira apa yang berlaku di Iraq, Palestin dan sebagainya. Kemanusiaan seperti dinjak-injak oleh mereka yang bernama 'manusia' ini. Ah, persetankan kemanusian ! Mungkin itu kata hati mereka.


Hati yang gembira untuk melayari al-Qadr tiba-tiba dijentik oleh berita sebegini. Sayu dan kecewa saya rasakan. Tidak sanggup rasanya menyuapkan nasi putih itu ke dalam mulut apabila teringatkan adik seagama saya hanya menelan roti kering yang dicampur pasir halus di Iraq sana. Tidak lalu saya menjamah kuih itu apabila fikiran ini beralih kepada makcik tua yang sama bersujud menyembah yang Esa hanya mampu minum air paip sahaja. Hati saya meruntun. Tetapi masihkah saya boleh berbicara? Bicara sama bulan. Hanya itu yang saya mampu.

lirik: Dato' A Samad Said
lagu: Ramli Sarip
Penyanyi: Ramli Sarip


Yang diucap dalam bahasa terindah.
jawapan yang bertanya didengar nabi.

antara kagum dan khusuk setiap ayatnya.

lereng gunung menjadi amat sunyi.
suara saja tegas bergema.
disampai arah berkias maksud serentak,
tapi jelas intinya.
tidak sedetikpun Allah menghindar.
atau mencemuh nabi disisi segala didoa.
dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,

penuh baraqah.

yatim ia tak berlindung,

tidakkah tersedia juga bumbung baginya.

awal begitu bergantung,
kini tidakkah merdeka, bebas hidupnya.

~ Tuhan bicaralah sama hambaMu~
Aku sudah ketandusan kata-kata.

4 comments:

mommy said...

masha allah..x taula plak cite pasal pengeboman tu..
rasa gerun hidup di akhir zaman ni..yang mampu kita buat ialah doa semoga keamanan kembali menyuburi..

syamimi azmira said...

sudah tak mampu lagi mendengar tangisan saudara seagama kita. Ya, doa itu saja senjata yang ampuh buat kita sekarang. InsyaAllah keamanan itu akan tiba. :)

Anonymous said...

Keamanan merupakan pembohongan yang dicipta manusia-manusia sialan atas nama kemanusiaan.

Bahasa terindah sebuah lagu yang menarik.

Mungkin saudari juga harus dengar lagu Masirah nyanyian M.Nasir. Liriknya lebih menyentak!

syamimi azmira said...

Atas nama kemanusiaan mari kita sama-sama perjuangkan nasib saudara seagama kita. Realitikan keamanan yang dicanang oleh manusia sialan itu supaya tidak menjadi propaganda lagi.

Bahasa terindah mempunyai bait-bait yang bisa menyentak jiwa yang punya rasa cinta!

Terima kasih. Mungkin lagu Masirah atau Bahasa Terindah bisa menjadi lagu tema. :)