Friday, January 2, 2009

Saasatul Ibaad dalam genggaman!

Sejak kebelakangan ini, agak sukar untuk menemui karya terbaru Faisal Tehrani yang semakin mendiamkan diri tanpa khabar berita. Selalunya saya akan menziarahi beliau di terataknya untuk mengetahui cerita-cerita terbaru beliau. Tetapi saya tidak tahu atas sebab apa teratak FT dikunci dan hanya tetamu yang dibenarkan sahaja berpeluang untuk singgah. Kerinduan pada Faisal akhirnya terubat apabila Saasatul Ibaad sudah berada di hadapan mata. Saya rasa ini yang latest.

Dahulunya agak sukar untuk mendapatkan karya yang berunsur Sastera hanya kerana golongan minoriti sahaja yang meminatinya. Itu alasan yang diberikan ketika saya menanyakan tentang kesukaran mendapatkan karya seperti ini. Jika dahulu, saya bersama rakan-rakan akan bersesak-sesak ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC untuk mendapatkan buku yang diidamkan, tetapi sekarang kedai-kedai buku seperti sudah memberi ruang kepada penggiat sastera mengetengahkan karya mereka. Thumbs Up untuk kedai buku di Malaysia!

Terdapat alternatif lain yang membolehkan kita untuk mendapat karya yang tiada di pasaran iaitu antaranya adalah melalui online. Tetapi saya lebih selesa melihat item itu sendiri sebelum memilikinya. Salah satu kelebihannya adalah kita boleh mendapat harga yang lebih murah kerana jika melalui online, kita perlu membayar duit pos dan menunggu sedikit masa untuk sampai ke rumah.

Tujuan bermain boling dan menonton wayang bersama mama dan adik pada Rabu lepas membolehkan saya ke Popular di IOI Mall untuk membelek karya-karya terbaru di pasaran. Banyak juga yang menggoda saya untuk memilikinya tetapi saya harus bertahan kerana Pesta Buku tidak lama lagi akan berlangsung. Dan di situ barulah saya akan memborong semampu mungkin. Hanya Saasatul Ibaad yang saya grab untuk memenuhi masa yang ada pada cuti semester 2 akan datang. Salju Sakinah yang terperap di rak mini saya sudah merajuk barangkali. Sudah berbulan saya tidak sentuh. Bukan apa, aura yang dicari masih tidak kunjung tiba. :D


~ Antara karya Pak Latip yang si adik ada ~
Adik seperti biasa sudah addict dengan karya Pak Latip , sampaikan dia suruh saya belikan buku yang terbaru untuk hadiah harijadinya. Yang latest si adik ada Abu Ubaidah Penakluk Parsi. Beli bersama Saasatul Ibaad. Harapnya Pak Latip lambat-lambatlah keluar buku yang terbaru =)


Saya pernah disarankan oleh seorang rakan di Cyberjaya ketika bersama-sama membelek buku di MPH Midvalley untuk membaca karya Sophie Kinsella iaitu Shopaholic series dan juga karya Cecilia Ahern. Pernah juga saya membelek novel tersebut sekali imbas. Menarik! Sesuai dengan genre woman fictionnya yang cukup bersahaja. Nanti suatu masa yang sesuai saya akan cuba memilikinya.

Buat masa sekarang buku di atas dan Rindu Andalusia terbitan Telaga Biru menjadi antara wish list saya dalam troli belian pada bulan January. Ada sesiapa mahu sponsor? =p

p/s: Nantikan review Saasatul Ibaad.

2 comments:

Hanif Amir said...

saya tidak sabar ingin membaca ulasan Saasatul Ibaad di blog ini. Tapi jika terlalu lama harus menanti, saya tetap perlu menatap ulasannya yang telah saya coretkan sejak lama dulu di laman Friendster saya! Ha ha ha. Apa nie? Lambat kot! Ha ha ha.

Eh, Pesta buku bila? Jangan lupa maklumkan nanti ya.

Mengenai bahan bacaan, kita harus mula melihatnya dengan mencapah. Jangan dihadkan hanya pada genre-genre yg diminati(sastera misalnya) tanpa cuba menghayati genre-genre lain yang bermanfaat.

syamimi azmira said...

Haha.. Saya rasa mcm lambat lagi je. Lepas awk baca kot, baru saya buat ulasan. Baru aci :P

Nanti lepas pesta buku, saya warwarkan dalam blog, FS dsb =D

Betul3..! Sebab itulah sambil baca buku FT, bukak buku Shin Chan. Lepas tu baru bkk buku Aziz Bari. Baca tajuk dia, then baca Conan. Huhu :D

Thanks atas komen yang bernas :)