Monday, February 9, 2009

Rita & Aidil [zafuan/zakuan???]

Rita Rudaini boleh kewl down kejap. Walaupun Zubir duk sibuk hentam Rita & Aidil, tapi buat masa sekarang kita orang tak amik 'port' sangat. Bukan apa, isu di Perak tu lebih 'hot' daripada biasa. Bukan senang nak dengar kalimah-kalimah rakyat derhaka kepada Sultan. Kalau Hang Jebat dengar, boleh buat fanclub ni. Macam-macam. Si polan kutuk si anu, si anu kutuk si polan. Makin berpecah-belah. Sudahlah Islam semakin ditindas oleh Yahudi, ni nak bergaduh lagi. Sudah-sudahlah tu.

Saya teringat satu perkara ketika menelusuri kisah Tariq bin Ziyad. Kalau kita baca sejarah-sejarah penyumbang ketamadunan & peradaban Islam masa lampau, mesti intronya berkisar mengenai peribadi orang itu. Dan peribadi yang mereka tunjukkan mestilah yang baik. Kalau tak, masakan boleh dikenang sehingga sekarang. Kecuali Hitler dan tentera Nazinya lah kan.

Ada satu part yang boleh diambil iktibar buat kita sekarang iaitu ketika Tariq memilih tentera yang akan mengiringinya ke Andalusia, ramai yang menawarkan diri pada masa itu. Tetapi Tariq hanya memerlukan 12 000 orang tentera >kalau tak silap saya. Untuk berlaku adil, Tariq hanya memilih tentera dari kalangan yang bangun Tahajud pada malam sebelumnya dan berpuasa sunat Isnin & Khamis. Lihat, pemilihan tentera pun dilakukan dengan cara sedemikian, inikan pula kita melantik seorang pemerintah.

Hasil daripada pemilihan tentera itu, Tariq bersama-sama mujahidin yang lainnya telah berjaya menawan kota Andalusia sekali gus membina empayar Islam di sana. Iktibar dari kisah ini, seorang pemimpin yang berwibawa bukanlah semestinya dari keturunan pembesar, kerabat Istana atau pun keluarga bergelar. Pemimpin yang baik itu mempunyai keperibadian yang mulia & iman yang teguh serta semangat kepimpinan yang bukan calang-calang.

Kalau saya bercakap dari sudut undang-undang, saya rasa setiap akta, seksyen, artikel & sebagainya sudah tertanam di rerambut putih baginda. Untuk membeza-bezakan antara Ir. Nizar dengan Zambry takut pula mengaibkan orang lain. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa pree. Cuma apa yang saya mahu, kita yang dikurniakan akal ni, cuba ambil sedikit masa untuk analisa perbezaan karakter yang ada pada ex-MB, MB Perak sekarang, serta beberapa Menteri yang terlibat. Jangan lupa kenali juga ahli keluarga mereka walaupun mereka tidak kenal siapa kita. At least, kita tahu siapa yang boleh memimpin kita di 'sini' & di 'sana'.

Saya tidak mahu berbicara lebih lanjut. Bukan sebab saya bukan anak Perak saya tidak ambil peduli. Memang saya bukan anak Perak sebab saya anak kepada mak ayah saya tapi susur galur saya semuanya bermula di Perak. Nak tahu? Tahu nak? Baba saya berasal dari Teluk Intan (dulu dipanggil Teluk Anson), Mama pulak dari Sungai Kurus (Slim River). Tengok, kuat lagi darah Perak ni! Untuk memekatkan lagi sel darah Perak saya, moyang saya disemadikan di sebelah makam Si Puntum [dikenali sebagai Seputum dalam novel Pasir Salak ting. 2]. Ya, asal memang Pasir Salak. Tapi tak tahulah kalau moyang saya tali barut J.W.W Birch. Seganlah jugak mengaku orang Perak. Tapi kalau tali barut sudah disemadikan di Pulau Jerejak takpun di Songkhla. Sebelah Mama pula asalnya di Gunug Mesah, Gopeng. So, kalau sesiapa yang tidak tahu Gopeng tu di mana, pergi search sendiri kat GooOOOgle.

Huhu...Ini dah teranalisa susur galur sendiri. Takpe, takpe. Lepas ni, kita sama-sama doa moga negeri Perak terus gemilang. Malulah kalau Dato' Maharajalela dengar kita duk gaduh pung pang, pung pang sana sini. Oklah, saya rasa dah terlebih melalut ni. Karang tak pasal-pasal masuk ISA, tak dapat nak lipat tisu masa Aimi kawin nanti. hehe.

+++++++++++++

[patik sudah maklum memang Tuanku tidak berkenan mencemar duli membaca contengan patik yang pacal ini, tetapi sudi-sudilah Tuanku mengimbau kembali kisah nenek moyang kita semasa kejatuhan kesultanan Melayu Melaka dan cubalah Tuanku selak-selak sedikit riwayat Sultan Mahmud Mangkat Dijulang itu. Mungkin boleh menjadi pedoman buat kita semua. Ampun Tuanku, sembah patik mohon diperkenan.]

p/s: Sovereignty is belong ONLY to God, Allah :)

2 comments:

Zakiah Zazli said...

akak leh tlg bgtau sultan perak kalau awk nak? diorg rapat ngan ayah akak lagi2 nazrin,siyes ni.. :)

syamimi azmira said...

tolong2...

kate sy ckp !